Sign In

Baheera Hill View Eco Training Camp adalah sebuah kem yang terletak di Batu 21 ½ Sungai Lopo, Pangson, 43600 Hulu Langat Selangor. Kem Baheera menyediakan pelbagai kemudahan untuk penganjuran program latihan dan motivasi, hari keluarga serta sebarang majlis keraian. Antara prasarana yang disediakan ialah penginapan (chalet, dormitri dan khemah), tandas, dewan terbuka dan tertutup untuk aktiviti dalaman serta ceramah, kolam renang untuk kanak-kanak dan dewasa, kawasan halangan dan rintangan semula jadi.

Kawasan riadah dan rekreasi juga disediakan. Ada beberapa pondok dibina untuk aktiviti berkumpulan. Untuk aktiviti hutan pula kami mempunyai jurupandu yang mahir tentang hutan. Program di sini dikendalikan sepenuhnya oleh Perunding Latihan dan Motivasi HR(No.     )

Dengan keluasan 7 ekar, kem ini terletak di puncak bukit dan membentuk 5 segi. Ada 3 elemen keunikan Baheera Camp yang tiada di kem lain. Antaranya:-

1.        Berada di puncak bukit ,dengan ketinggian 227 kaki dari paras laut, memiliki pemandangan 360 darjah dipenuhi suasana kehijauan bukit, sungguh cantik dan nyaman. Udara disini sungguh bersih dan beroksigen tinggi. Apabila berada kem pengunjung boleh melupakan kesibukan kota dan sekaligus fikiran menjadi tenang.  Untuk pengkarya yang sedang mencari idea, ilham mudah diperolehi di sini dan juga penggemar fotografi banyak temapt menarik untuk di ‘shoot’ dijadikan latar belakang gambar.

2.      Kem ini berkonsepkan eco lestari. Kami meletakkan tag-tag nama pada pokok serta khasiatnya. Untuk pelajar dan orang awam perkara ini amat bermanfaat. Konsep eco juga diterapkan dalam penyajian makanan. Sayur-sayuran, lauk-pauk segar dari ladang. Menu  masakan menggunakan garam bukit, gula perang dan gamdum tanpa peluntur serta bahan asas organik. Ini penting bagi memastikan peserta dan juga pengungjung mendapat makanan yang menyihatkan.

3.      Baheera Camp menggunakan sumber air kelas pertama. Air ini diperolah dari mata air, penuh dengan mineral semulajadi dari celah-celah batu di atas bukit. Tiada pencemaran berlaku. Kami gunakan air ini untuk memasak mandi, penuhkan kolam dan juga aktiviti harian yang lain. Menggunakan air yang bersih dalam kehidupan seharian boleh menyebabkan badan menjadi sihat, dan cergas, membantu system pencernaan supaya menjadi lebih lancar juga sebagai rawatan awal untuk mencegah dari strok.

Features

Location

Add Review

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Service
Value for Money
Location
Cleanliness

Booking

Guests 1
Guests
Login to Book

Hubungi

    Preferred contact method


    Hosted By Baheera Camp

    Baheera Camp

    Please in to see contact details.