Sign In

De Rimbun Inn Sekinchan Selangor Pusat Latihan

Parit 8, Sungai Leman, 45400 Sekinchan, Selangor Darul Ehsan,

Selamat Datang !

Suasana De Rimbun Inn
Menepati ciri-ciri suasana desa yang menjadi citarasa utama kebanyakan generasi kini. Sesuai dengan nama resort ini, iaitu De Rimbun Inn maka suasana yang ditawarkan adalah satu suasana kehijauan dengan rimbunan pepohon. Dedaunan dan pepohon akan menjadikan udara di sini begitu segar untuk dihirup sekaligus baik untuk kesihatan setiap pengunjung kami.

Persekitaran
Di sekitar De Rimbun Inn terdapat laut Selat Melaka di mana pengunjung boleh menjalankan aktiviti memancing atau boleh menikmati suasana senja yang hening. Bagi mereka yang tidak pernah melihat pokok padi, maka di Kampung Parit 8, Sungai Leman ini menawarkan pemandangan sawah padi yang menghijau atau menguning dan bagi mereka yang gemar memancing ikan air tawar, di perparitan terdapat banyak ikan seperti ikan puyu, keli, haruan, lundu, sepat, udang galah dan belut.

Kelapa adalah tanaman yang banyak terdapat di persekitaran resort ini. Kelapa muda boleh dibeli daripada penduduk tempatan dengan harga yang sangat berpatutan. Di pekan Sungai Besar terdapat banyak kedai yang menjual pakaian harga murah dan banyak gerai menjual hasil kampung seperti jagung, keladi, pisang, mempelam, jambu dan sebagainya serta tidak ketinggalan dengan hasil laut seperti mentarang.

Prasarana

Prasarana yang terdapat di De Rimbun Inn adalah seperti berikut :

  • 4 Buah Dormitory Dengan Kapasiti 120 Peserta
  • Bilik Berhawa Dingin
  • Khemah dan Tapak Perkhemahan
  • Dewan Kuliah
  • Dewan Makan
  • Surau
  • Dataran Patriotik
  • Padang Senamrobik
  • Gelanggang Futsal
  • Laluan Kembara
  • Lokasi Memancing
  • Rekreasi Pantai
  • PA System
  • Layar Putih
  • Free Wifi Rakyat
  • Free Parking
  • Bersebelahan Laut

Anda pasti teruja melihat antara aktiviti dan aksi pengunjung yang menginap dan menjalankan program disini sebelum ini.

Features

Location

Add Review

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Service
Value for Money
Location
Cleanliness

Verified Listing

Please in to see contact details.