Sign In

Excel Training & Country Resorts Pusat Latihan

PT 927, Kampung Kapal, Ulu Beranang, 71750 Lenggeng, Negeri Sembilan

Your best choice for teambuilding/seminar/workshop

Excel Training & Country Resorts Sdn Bhd (ETR) diwujudkan bagi memenuhi kehendak dan hasrat pelanggan yang mahukan kelainan dalam menganjurkan program-program latihan dan motivasi. Keluasan ETR adalah 18 ekar dan terletak di pinggir hutan simpan Lenggeng yang dikelilingi bukit bukau yang pasti mempersonakan mata setiap pengunjungnya. Dengan suasana alam semulajadi yang nyaman dan permai serta jauh dari kesibukan kota, pasti menjadikan setiap kunjungan anda satu memori indah yang tidak dapat dilupakan.

Pembinaan ETR mengambilkira pemuliharaan alam semulajadi yang mengadunkan konsep bangunan moden dan tradisional dengan gabungan keindahan semulajadi, suasana lembah yang nyaman serta ketenangan air terjun yang mengasyikkan.

ETR menyediakan pelbagai pakej dan kemudahan kepada para pengunjung seperti tempat latihan dan penginapan (chalet, asrama dan khemah), kawasan untuk kegiatan riadah & rekreasi, menu masakan ala kampung yang menyelerakan serta layanan mesra, pasti menggamit perasaan setiap individu yang menginginkan suasana yang tenang dan jauh dari kesibukan kota.

ETR terletak di pinggir hutan simpan Lenggeng, Negeri Sembilan. Ianya dibina di kawasan lembah yang dikelilingi oleh bukit bukau dengan kehijauan hutan yang menjanjikan satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Air terjun setinggi 7 tingkat yang segar dan nyaman menambahkan lagi suasana alam semulajadi.

ETR juga dibina di kawasan dusun yang dipenuhi dengan pelbagai jenis buah-buahan tempatan. Pengunjung boleh menikmati kelazatan buah-buahan tempatan seperti durian, rambutan, langsat, nangka, jambu dan banyak lagi.

Features

Location

Add Review

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Service
Value for Money
Location
Cleanliness

Booking

Guests 1
Guests
Login to Book

Hubungi

    Preferred contact method


    Hosted By Excel Training

    Excel Training

    Please in to see contact details.