Sign In

Maahad Tahfiz Al-Quran An Najihah Sekolah / Madrasah

No. Lot 13504, Jalan Salak, Kg. Jijan, 71800, Nilai, Negeri Sembilan.

INFO RINGKAS TENTANG MATAN :

Maahad Tahfiz Al Quran An Najihah (MATAN), dengan mottonya “Berilmu, Beramal, Bertaqwa” adalah merupakan sebuah Pusat Pengajian Tahfiz Al-Quran persendirian yang telah didaftarkan di bawah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS), pada 3 Mei 2011, dengan nombor pendaftarannya 41-122/2011.

MATAN telah diasaskan oleh Ustaz Mohd Zawawi Hj. Aman pada awal Januari 2009. 

Kurikulum MATAN adalah mengikut kurikulum yang telah ditetapkan oleh pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) dan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).

Jom Kita Sama-Sama Bantu Maahad Tahfiz Al Quran An Najihah, dengan bentuk sumbangan dan bantuan.

LOKASI PEJABAT PENGURUSAN :

Sila kunjungi ke pejabat kami yang beralamat di, No. Lot 13504, Jalan Salak, Kampung Jijan, 71800, Nilai, Negeri Sembilan.

Sekiranya anda mempunyai sebarang kemusykilan dan pertanyaan mengenai Maahad Tahfiz Al Quran An Najihah ini, kami bersedia untuk membantu anda menghuraikan dengan lebih lanjut. 

MOTTO :

“Generasi Al Quran, Pembela Ummah”

PRAKATA SEKALONG PENGHARGAAN : 

Saya mulakan dengan puji-pujian kepada Allah SWT yang mengurniakan pelbagai nikmat sehinggakan kita ini masih lagi dapat meneruskan cita-cita perjuangan kita ke arah melahirkan Huffaz Profesional yang bertaqwa.

Mengimbau sejarah penubuhan MATAN, bermula dengan pelajarnya hanya terdiri daripada lima orang sahaja pada 2009 yang lalu, tetapi Alhamdulillah, kini telah meningkat sehingga 100 orang pelajar, termasuklah penambahan cawangan baru MATAN, yang pertama di Jasin, Melaka pada awal tahun 2016.

OLEH USTAZ ZAWAWI HJ. AMAN.
PENGETUA MAAHAD TAHFIZ AL QURAN AN NAJIHAH.

SECEBIS PERKONGSIAN :

Menghafal Al-Quran adalah amalan yang sangat ditakuti Iblis laknatullahi alaih, dan sekaligus merupakan senjata yang paling ampuh untuk melawan serta melumpuhkannya. Allah SWT telah menjanjikan kelebihan bagi mereka yang menghafal Al-Quran seperti yang digambarkan seperti berikut (sumber dari hadis-hadis) :- 

Ditempatkan di Syurga Yang Paling Tinggi :-

Sabda Rasulullah s.a.w. dan Abdullah Bin Amru Bin AlAsh r.a. dari Nabi, beliau bersabda:

“Di akhirat nanti para ahli Al Quran diperintahkan, “Bacalah dan naiklah ke syurga. Dan bacalah Al Quran dengan tartil seperti engkau membacanya dengan tartil pada waktu di dunia. Tempat tinggal mu di syurga berdasarkan ayat paling akhir yang engkau baca.”

Hati Penghafal Al-Quran Tidak Diseksa :-

Sabda Rasulullah s.a.w. dan Abdullah Bin Mas’ud r.a.:
“Bacalah Al-Quran kerana Allah tidak akan menyeksa hati orang yang hafal Al-Quran. Sesungguhnya Al-Quran adalah hidangan Allah, siapa yang memasukkannya dia akan aman. Dan barangsiapa yang mencintai Al-Quran maka hendaklah dia bergembira.”

Mereka Lebih Berhak Menjadi Imam Dalam Solat :-

Sabda Rasulullah S.A.W. dari Ibnu Mas’ud R.A. :

“Yang menjadi Imam dalam Solat suatu kaum hendaknya orang yang paling pandai membaca Al-Quran.”

Disayangi Rasulullah (S) :-

Hadis yang diriwayatkan daripada Sayyidina Jabir bin Abdullah R.A. telah berkata, bahawa Nabi telah menyatukan dua orang daripada orang-orang yang gugur (Syahid ) dalam perang Uhud dalam satu liang lahad.

Kemudian Nabi (S) bertanya, “Daripada mereka berdua siapakah paling banyak menghafal Al Quran?”..Lalu apabila ada orang yang dapat menunjukkan kepada salah seorangyang paling banyak menghafal Al-Quran di antara kedua-duanya, maka Nabi (S) pun memasukkan jenazah itu terlebih dahulu ke liang lahad, sebelum yang keduanya dimasukkan.

Dapat Memberikan Syafaat Kepada Ahli Keluarganya :

Sabda Rasulullah S.A.W. daripada Ali Bin Abi Thalib R.A. :

“Barangsiapa yang membaca Al-Quran dan menghafalnya, maka Allah akan memasukkannya ke dalam syurgaNya dan memberikannya hak syafaatkepadanya untuk 10 anggota keluarganya, di mana mereka semuanya telah ditetapkan untuk masuk neraka.”

Penghafal Al-Quran Akan Memakai Mahkota Kehormatan :

Sabda Rasulullah S.A.W. daripada Abu Hurairah R.A. :

Orang yang menghafal Al-Quran nanti pada hari kiamat Al-Quran akan datang  kepadanya dan Al-Quran itu akan berkata;

“Wahai Tuhan, pakaikanlah dia dengan pakaian yang baik lagi baru.” Maka orang tersebut diberikannya Mahkota Kehormatan.

Al Quran berkata lagi: “Wahai Tuhan tambahilah pakaiannya.” Maka orang itu diberi Pakaian Kehormatannya.

Al-Quran lalu berkata lagi, “Wahai Tuhan, redhailah dia.” Maka kepadanya dikatakan; “Bacalah dan naiklah.” Dan untuk setiap ayat, dia diberi tambahan satu kebajikan. ( Subhanallah )

Hafal Al-Quran Merupakan Bekal Paling Baik :

Sabda Rasulullah S.A.W. daripada Jabir bin Nufair R.A. :

“Sesungguhnya kamu tidak akan kembali menghadap Allah dengan membawa sesuatu yang paling baik daripada sesuatu yang berasal daripadaNya iaitu Al-Quran”.

Kelebihan memberi makan orang yang berpuasa di bulan Ramadhan amatlah digalakkan sesuai dengan hadis Nabi S.A.W. yang bermaksud ;

“Barang siapa yang memberi makanan untuk orang yang berbuka puasa, maka ia kan mendapat pahala seperti pahala orang yang berbuat tanpa mengurangi sedikitpun pahala orang yang berpuasa itu”.

(Hadis Riwayat At Tirmizi, Ibnu Majah dan Ibnu Khuzaimah )

Berasaskan hadis di atas kami Maahad Tahfiz Al Quran An Najihah (MATAN) Nilai, dengan sukacitanya mengalu-alukan para dermawan yang dirahmati Allah S.W.T. samada secara individu, pertubuhan, syarikat atau korporat untuk menaja juadah berbuka puasa seramai 100 orang setiap hari terdiri daripada pelajar-pelajar Tahfiz dan guru-guru Tahfiz MATAN sepanjang Ramadhan ini.

Tuan/Puan boleh memilih tajaan bagi mengadakan Majlis Berbuka Puasa serendah RM200

hingga RM1000 untuk setiap hari ataupun mengikut kadar kemampuan masing-masing.

Semoga Allah jualah yang mengganjari segala amal jariah kita bersempena Ramadhan yang bakal tiba tidak lama lagi.

Sebarang sumbangan boleh disalurkan ke akaun rasmi MATAN atau MAAHAD TAHFIZ AL QURAN AN NAJIHAH di :

No. Akaun Maybank : 555108301296

Ataupun di :

No. Akaun Bank Islam : 05076010002174 .

Untuk memperolehi maklumat lanjut, sila hubungi :

Pengetua, Ustaz Mohd Zawawi Bin Haji Aman di talian: 013-3331120

ataupun pejabat : En. Nasrul 017-9725497

ataupun Cik Sofia : 06-7915070 (No. Pejabat)

 

Ma’had Tahfizini Telah Ditubuhkan pada 1 Mac 2009. 

Misi :

Menjadi matlamat utama penubuhan ialah :

1. Untuk melahirkan anak-anak yang mampu menghafaz Al Quran sedari kecil bermula dari usia 9 tahun ke atas.

2. Mewujudkan pendidikan berasrama penuh berasaskan tarbiyyah dan taalim dengan menjadikan hafazan Al Quran sebagai matapelajaran teras disamping pelajaran fardhu ain dan akdemik yang asas.

3. Melahirkan para penghafaz Al Quran yang berketrampilan dan mampu mengisi keperluan ummah Islamiah secara global.

Perihal :

Maahad Tahfiz Al Quran An Najihah, Nilai, Negeri Sembilan. 

Impressum :

No. Pendaftaran JHEAINS: 41 – 122 / 2011
 
Ia merupakan sebuah Pusat Pengajian Hafazan Al-Quran persendirian, yang memulakan oroperasinya seawal tahun 2009, yang breralamat di, Nombor Lot 13503 & 13504, Jalan Salak, Kampung Jijan, 71800, Nilai, Negeri Sembilan.

Telah berdaftar di bawah Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan dengan nombor pendaftarannya 41-122/2011 pada April 2011.

Mempunyai kemudahan asrama yang boleh menampung sehingga 50 orang. Keutamaan pengambilan untuk  anak-anak yang berumur di antara 9 hingga 12 tahun sahaja.

Kelayakan ialah mempunyai minat yang penuh terhadap penghafazan Al-Quran, berakhlak baik dan bersedia mematuhi disiplin sekolah, serta mampu membayar yuran pengajian bulanan.

Pengamblan baru dibuka sekarang sementara masih ada kekosongan tempat.
 
Founding Date :
Ustaz Mohd Zawawi bin Haji Aman
 
Produk :-

=>Kem Anak Soleh
=>Program Cuti Sekolah
=>Kem Tahfiz

Video

Location

Add Review

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Service
Value for Money
Location
Cleanliness

Hosted By Tahfiz Najihah

Please in to see contact details.