Sign In

Maahad Tahfiz Al Quran Wal Arabiah – Maahad TAQWA Sekolah / Madrasah

(114.66 km), Jalan Kampung Muhibbah, Kampung Muhibbah, 83000, Peserai, Batu Pahat, Johor.

PENGENALAN RINGKAS :

 

بِسْــــــــمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِـــــــيْمِ

اللّٰهٔمّ صٙلِّ وٙسٙلِّمْ عٙلىٰ سٙيدِنا مُحَمَّد

وٙعٙلىٰ آلِه وٙأصْحٙابِهِ وٙبارٙكٙ وٙسٙلّٙم

 

Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Arabiah atau lebih dikenali dengan nama, Maahad TAQWA ( MT ) adalah merupakan sebuah Pusat Pengajian Tahfiz Al-Quran dan Fardhu Ain, yang ditubuhkan pada akhir tahun 2014, yang terhasil  atas kerjasama antara guru-guru, ibubapa, dan masyarakat setempat di kawasan Maahad Taqwa.

Kini Maahad TAQWA ( MT ) telah beroperasi di Sri Gading, Batu Pahat, Johor dengan jumlah pelajarnya 50 orang. Cawangan kedua MT akan sedang dalam pembinaan di Peserai, Batu Pahat, Johor, dan bakal beroperasi selepas Hari Raya Aidilfitri tahun 2016 ini, dan juga bakal menerima kemasukan pelajar baru di situ, dengan seramai 100 orang.

Sekiranya anda berminat untuk menjadi Penhafaz Al-Quran, anda dijemput untuk mengikuti pengajian di Madrasah Tahfiz ini.

Lokasi Madrasah Tahfiz ini yang berada di kawasan Peserai, Batu Pahat, Johor itu, adalah bertempat di alamat berikut :

=> LOT 1655, KG MUHIBBAH, PESERAI, 83000 BATU PAHAT, JOHOR.

#MAAHAD TAHFIZ AL QURAN WAL ARABIAH (MAAHAD TAQWA) ini telah berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ), dengan nombor pendaftarannya :-
*[ No. Pendaftaran : MTS/BP/016 ]*

Untuk maklumat lanjut sila hubungi :

Ustaz Nizam +6011-15335953 (Mudir)

Ustaz Nasir +6013-4734753 (Timbalan Mudir)

Haji Rashid +6019-7313605 (Setiausaha)

Sebarang sumbangan dan bantuan boleh di salurkan terus ke akaun madrasah ( Maahad Tahfiz Al Quran Wal Arabiah ) :

1) Maybank : 551584056643

2) CIMB : 8602369577

3) Bank Islam : 01032 01 0057260

 

Perihal :

Maklumat lanjut sila hubungi :

Pejabat : 07-4130424
Ustaz Nizam : 011-15335953 (Mudir)
Ustaz Nasir : 019-7884453 (Timbalan Mudir)
Ust Syawal : 019-3222930 (Setiausaha)

 

PERKONGSIAN DAN ULASAN :

 

Assalamualaikum wbt…

Ramai ibubapa yang bertanya kepada kami berkenaan kemasukkan anak perempuan ke Madrasah Tahfiz ini. Untuk makluman Tuan-Tuan dan Puan-Puan, Madrasah kami hanyalah menawarkan tempat pengajian untuk anak lelaki sahaja.

Sebagai khidmat kami kepada yang bertanya, di sini kami lampirkan senarai Madrasah Tahfiz yang menawarkan tempat untuk anak perempuan seperti berikut :

1. Maahad Tahfiz Al-Quran Ibnu Nafis (MATQIN), Kulai :
012-7528925 – Ustaz Selamat.

2. Madrasah Tahfiz Quran Hamidiyah, Batu Pahat :
013-3720457 – Ustaz Hamidi.

3. Pondok Tahfiz Al-Quran, Kluang :
0136681979 – Ustaz Zahar.

4. Madrasah Tahfiz Imam Haji Jaafar, Pontian :
012-7820500 – Ustaz Fairuz.

5. Maa’had Ad-Dirasatil Islamiyyah :
– Lokasi di Kampung Sinaran Baru, Skudai, Johor Bahru, Johor.
– Cawangannya ada di Pontian, Johor.
019-7992425 – Ustaz Abd. Rahman.

6. Akademi Tahfiz Teknologi Takzim, Segamat :
0167719471 – Ustaz Omar.

7. Maahad Tahfiz Al-Quran Darul Ta’lim, Kluang :
011-12490076 – Abang Jamil.

8. Madrasah Tahfiz Darul Ulum Miftahul Falah/Najah, Kluang :
011-55088895 – Ustaz Bakhtiyar.

Demikianlah sedikit perkongsian daripada pihak kami untuk makluman Tuan-Tuan dan Puan-Puan tentang maklumat Madrasah Tahfiz yang menyediakan pengajian untuk anak perempuan.

Semoga dengan maklumat yang dilampirkan ini, dapatlah sedikit sebanyak  membantu para ibubapa yang ingin menghantarkan anak perempuannya bagi mengikuti Pendidikan Tahfiz.

Mohon juga “SHARE” maklumat ini untuk sahabat-sahabat kita di luar sana yang mencari Pusat Pengajian Tahfiz untuk anak-anak mereka…Moga dengan bantuan tuan-puan share posting ini, akan dinilai oleh Allah sebagai amalan soleh untuk bekalan amal jariah yang berkekalan hingga ke Akhirat…Amin Ya Rabbana…

Sekian Sahaja, Terima kasih…

 Nota :

#MUDIR MAAHAD :
Al-Ustaz Muhammad Khairil Nizam Bin Harun Ad Dimasyqi.

 

#PENGAJIAN YANG DITAWARKAN  IALAH :

1) Pengajian Tahfiz 30 Juzuk & Fardhu Ain.

 

*YURAN PENGAJIAN :

 

1) Yuran Pendaftaran : RM300
2) Yuran Tahunan : RM220
2) Yuran Bulanan : RM380

 

*SYARAT² ASAS KEMASUKAN :

 

1) Berumur 13 tahun (lepasan UPSR).
2) Mampu membaca Al-Quran dengan baik (bukan peringkat Iqra).
3) Mampu membaca dan menulis Jawi dengan baik.
4) Berminat dengan kehendak sendiri (diutamakan).
5) Sihat tubuh badan.
6) Menyelesaikan yuran pengajian.
7) Lulus temuduga.

 

AYUH BERINFAQ / BERWAQAF

 

Dengan segala rahmat dan kasih sayang Allah S.W.T, pihak madrasah sedang menjalankan projek pembinaan DEWAN MAKAN baru yang lebih selesa bagi menampung keperluan warga madrasah.

Butiran projek sebagaimana yang berikut :

– Projek : Pembinaan Dewan Makan di Maahad Tahfiz Al Quran Wal Arabiah.

– Nilai Projek : RM400,000 (Ringgit Malaysia Empat Ratus Ribu Sahaja).

– Tempoh Projek : 8 bulan (Tarikh mula 01 Februari 2018, tarikh siap 25 September 2018).

– Kontraktor : MDA Builders Sdn Bhd.

 

Sehubungan dengan itu, kami memohon sumbangan daripada para DERMAWAN yang diberi kelebihan harta oleh Allah S.W.T, dan ingin beramal jariah bagi membantu menampung dan memenuhi keperluan madrasah.

Sumbangan dan bantuan masih diperlukan bagi memenuhi keperluan pengajian, penginapan serta perbelanjaan asas. Sumbangan boleh disalurkan terus ke akaun madrasah :

Maahad Tahfiz Al Quran Wal Arabiah :
MayBank : 551584056643
CIMB : 8602369577

Keterangan lanjut sila hubungi :

Ustaz Khairil Nizam (Mudir) : 011-15335953
Ustaz Nasiruddin (Timb. Mudir) : 019-7884453
Hj. Abdul Rashid (Pengerusi) : 019-7313605

Mohon sebaran dan bersama kita beramal menjayakannya, Insya’Allah.

Sekian, Terima Kasih.

Video

Location

Add Review

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Service
Value for Money
Location
Cleanliness

Hosted By Tahfiz TAQWA

Please in to see contact details.