Sign In

Maahad Tahfiz Quran Muhammadi, Ledang Sekolah / Madrasah

No.19, Jalan Besar Kg. Parit Medan, Kundang Ulu, 84710, Ledang, Muar, Johor.

Perihal :

Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Muhammadi (MTQM) adalah sebuah Maahad Tahfiz yang diusahakan secara sukarela dan professional oleh Dato’ Dr. Mahfodz Bin Mohamed.

HAFAZAN (30 Juzuk Al-Quran) :

Tahap Awal, pelajar dibimbing untuk tartil bacaan Al-Quran dan seterusnya menghafal sehingga khatam 30 Juzu’. Jangkamasa tahap ini disasarkan sekitar antara tiga (3) hingga empat (4) tahun.

Catatan: Telah ada pelajar-pelajar yang berjaya menamatkan khatam dalam jangkamasa dua (2) tahun dan kurang dari tiga (3) tahun sahaja.

Pelajar meneruskan program Syahadah Hafazan Al-Quran, di mana mereka perlu menamatkan sekurang-kurangnya 5 kali ulangan khatam untuk layak menduduki Ujian Syahadah Hafazan Al-Quran berdasarkan perakuan oleh Lajnah Pendidikan Hafazan Maahad ini. Jangkamasa tahap ini disasarkan sekitar antara enam (6) bulan hingga dua (2) tahun.

KURIKULUM (SMU – YIK) :

Selain daripada pengajian Al-Quran dan hafalannya, MTQM tidak mengabaikan kepentingan mata pelajaran akademik. Oleh itu, MTQM telah turut serta dalam Peperiksaan Sijil Menengah Ugama (SMU) mengikut sistem kurikulum Yayasan Islam Kelantan (YIK).

SMU merangkumi Al-Quran, Bahasa Arab (Nahu & Sorof, Balaghah, Mutola’ah & Insya’, Sirah), dan Diniah Thanawi (Fiqah & Tauhid, Tafsir & Hadith, Akhlak & Sirah, Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris).

SPM :

MTQM telah menyertai peperiksaan SPM sejak 3 tahun sebagai calon menumpang. InsyaAllah tahun 2015 kami berharap mendapat status pusat peperiksaan SPM sendiri, apabila beberapa syarat yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia telah dicapai. Alhamdulillah sekarang berstatus dalam proses.

Founding Date :

Dato’ Dr. Mahfodz Bin Mohamed

Misi :-

MATLAMAT UTAMA :

*Melahirkan para Huffaz yang mahir dalam pembacaan Al-Quran bagi memelihara kefasihan membaca Al-Quran.
*Memelihara para Qurra’ yang berkemahiran dalam Ilmu Qiraat.
*Melahirkan para Pendidik masyarakat yang mampu berdakwah melalui ilmu-ilmu Al-Quran.

OBJEKTIF :

*Memantapkan Iman kepada Allah SWT dan RasulNya.
*Sentiasa bertaqwa kepada Allah SWT.
*Menghayati dan mampu menyampaikan ilmu yang dipelajarinya.
*Peka dengan permasalahan ummah dan Agama Islam.

SASARAN :

PEMUDI DAN PEMUDA. TERBUKA UNTUK PELAJAR LELAKI DAN PEREMPUAN.

Video

Location

Add Review

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Service
Value for Money
Location
Cleanliness

Hosted By Tahfiz Muhammadi

Please in to see contact details.