Sign In

Madrasah Tahfiz Al-Quran Nadhwatul Ulum Sekolah / Madrasah

No. 8A, kampung gunung lambak 2, Jalan besar, 86000, Kluang, Johor.

Madrasah Tahfiz Al-Quran Nadhwatul Ulum adalah merupakan Madrasah Tahfiz yang beraliran Tahfiz dan Akedemik, untuk pelajarnya yang terdiri daripada lelaki dan wanita.

Nabi (S) pedrnah bersabda yang menyatakan bahawa Penghufaz Al-Quran adalah pendinding daripada cepatnya berlaku kiamat dan daripada kemurkaan Allah.

Walaubagaimanapun, kiamat tetap akan berlaku dan kemurkaan Allah itu akan terjadi, apabila kita sebagai hambaNya melakukan sesuatu perkara yang menyebabkan Dia murka kepada kita.

Tetapi sebagai seorang Muslim, seharusnya kita mendukung Kalamullah ini, sehingga ke nafas terakhir kita, sehinggalah kita juga dapat memberikan pendidikan Al-Quran ini kepada generasi-genrasi kita yang seterusnya.

Kerana Nabi (S) pernah berpesan kepada kita, bahawa Baginda meninggalkan dan mewariskan kepada kita dua perkara, iaitu, Al-Quran dan Sunnahnya. Barangsiapa yang berpegang teguh kepada kedua-duanya itu iaitu dengan mengamalkannya, memahami isi kandungannya, tafsirannya, membacanya,  mentelaahnya dan mentaatinya, maka orang itu tidak akan sesat buat selama-lamanya.

Semoga kita semua dijauhkan Allah daripada kesesatan dan jalan yang menyesatkan daripada jalan kebenaranNya. Amin.

Oleh itu, marilah kita bersama-sama memberikan Pendidikan Tarbiyah Islam yang terbaik untuk anak-anak kita, dalam berpegang teguh kepada ajaran Agama Islam yang sebenar-benarnya, serta pendedahan pendidikan Al-Quran yang betul.

Justeru itu, Tuan-Puan dijemput menghantarkan anak-anak Tuan-Puan ke Madrasah ini, bagi mendapatkan pendidikan yang berkonsepkan Ilmu Dunia dan Akhirat ke arah kehidupan Mardhatillah ( kehidupan yang mendapat Keredhaan dan keberkatan Allah ).

Wallahu A’lam, Bissawab. 

Terima Kasih.

Location

Add Review

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Service
Value for Money
Location
Cleanliness

Please in to see contact details.