Sign In

Madrasah Tahfiz Medik Sekolah / Madrasah

Jalan Bakau, Felda Bukit Tongkat, 86000, Kluang, Johor.

PENGENALAN RINGKAS :

 

Projek Madrasah Tahfiz Medik

 

Pembinaan bangunan ini bertujuan untuk dijadikan Pusat Pendidikan berasaskan Tahfiz Al-Quran yang dinamakan Madrasah Tahfiz Medik, yang terletak di Daerah Kluang, Johor, di atas tapak berkeluasan 4.3 Ekar. Bangunan ini adalah satu-satunya projek pembinaan bangunan Sekolah Tahfiz di Negeri Johor yang kutipannya di perolehi daripada skim Saham Wakaf Johor. 

Projek ini dibuat adalah disebabkan keperluan yang sangat penting di kalangan masyarakat Islam pada masa kini. Kos pembinaan Madrasah Tahfiz, yang boleh menempatkan 250 orang pelajar ini, adalah sebanyak RM13 juta, yang dibiayai sepenuhnya daripada hasil kutipan Saham Wakaf Johor. Madrasah Tahfiz Medik ini bakal menempatkan pelajar-pelajar dari usia 10 tahun hingga 17 tahun. 

 

Silibus Tahfiz Medik ini ialah :

Ilmu Al-Quran, matapelajaran Seni Sains Sahsiah, Pengajian IlmuTafsir Quran, Bahasa Arab, Bahasa Inggeris serta Pendidikan Akademik turut dijadikan silibus utama.

Justeru itu, Jawatankuasa Tahfiz Medik bersama Majlis Agama Islam Negeri Johor, mengalukan-alukan kepada semua golongan masyarakat agar dapat bersama-sama menjayakan Projek Madrasah Tahfiz Medik ini, agar 103 pelajar dan 12 kakitangannya yang sedia ada, yang kini menumpang di Surau Asrama Sekolah Arab Kluang, dapat menggunakan bangunan tersebut dalam masa terdekat ini dan akhirnya melahirkan akan dapat para Huffaz dengan iltizam daripada pihak Tahfiz, “Satu Rumah Seorang Tahfiz”.

Kami juga sangat mengharapkan bantuan dan sumbangan daripada anda semua agar Madrasah Tahfiz ini tidak terkubur  begitu sahaja, memandangkan kos-kos yang ditampung adalah besar.

Ribuan terima kasih kepada yang memeberikan bantuan dan sumbangannya. Semga Allah menggajari semua kebaikan yang dihulurkan itu. Amin.

Perihal :

“Melahirkan generasi Hafiz Al-Quran Multi-Disiplin yang mempunyai nilai kerohanian, kejiwaan, Keilmuan dan Ketaatan”

Video

Location

Add Review

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Service
Value for Money
Location
Cleanliness

Hosted By tahfiz medik

Please in to see contact details.