Sign In

Madrasah Tahfiz Pondok An Nasihah Sekolah / Madrasah

No 23, Jalan Platinum 7/43C, Seksyen 7, 40000, Shah Alam, Selangor.

PENGENALAN RINGKAS :

 

…السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَ رَحْمَةُ اللهِ تَعَالَى وَ بَرَكَاتُهُ

 

Saya ialah Ustaz Azuan bersama isteri saya, iaitu Ustazah Nasihah adalah pengasas selaku sebagai Mudir ( Guru Besar Lelaki ) dan Mudirah ( Guru Besar Perempuan – Penolong Guru Besar ), bagi Madrasah Tahfiz Pondok An-Nasihah (MTPA).

ALHAMDULILLAH, akhirnya, impian kami untuk membuka sebuah Madrasah telah terksana, mohon juga doa dan sokongan daripada tuan-tuan dan puan-puan supaya dapat mengiringi usaha kami ini agar ianya  lebih lancar, berharap agar bilangan para pelajarnya semakin bertambah, dan semakin ramai lagi golongan yang ingin menyumbang kepada usaha kami ini, Insya’Allah. Setakatini Madarsah ini beroperasi di alamat :

No 23, Jalan Platinum 7/43C, Seksyen 7, Shah Alam, 40000, Selangor.

Buat masa ini, Madrasah Tahfiz Pondok An-Nasihah hanya dibuka untuk pelajar perempuan sahaja, memandangkan belumada rezekilagi untuk penempatan dan tempat pengajian untuk pelajar lelaki. Insya’Allah, sekiranya ada Allah kurniakan rezeki kepada kami, kami juga ingin membuka madrasah ini untuk pelajar lelaki kerana ada permintaannya kepada kami. Justeru itu, sekiranya ada pihakyang sudimenghulurkanbantuankepada kami untuk merealisasikan usaha kami ini, amat kami alu-alukan dan dengan besar hati kami harapkan.

Ucapan ribuan terima kasih kami ucapkan di ats segala huluran bantuan yang diberikan. Semoga Allah mengkurniakan kepada kita semua di atas segala amal jariah dan bakti yang diusahakan di jalan Redha Allah demi keselamatan hidup di dunia dan Akhirat, amin Ya Rabbana.

Saya Ustaz Azuan, selaku pengelola dan Mudir Madrasah Tahfiz Pondok An-Nasihah (MTPA) ini, dengan penuh merendah diri ingin mencari sponsor atau penaja bagi membantu kewangan pihak Tahfiz kami. Keperluan sponsor tersebut adalah seperti berikut :-

 

✅ Sewa bulanan rumah
✅ Bil Air dan Eletrik
✅ Barang Dapur

 

Dengan sumbangan tuan-puan, diharapkan dapatlah pihak Tahfiz menyelesaikan pelbagai kesulitan yang dihadapi dan supaya juga untuk menampung kos sewa rumah, bil air, bil elektrik serta kos-kos lain yang tertunggak setakat ini.

Marilah bersama-sama kami membantu untuk menggerakkan MPTA bertempat di Shah Alam, Selangor ini. Semoga dengan sumbangan dan bantuan tuan-puan itu, maka segala urusan pihak tahfiz dapat dipermudahkan. Amin.

 

MAKLUMAT TAHFIZ :

✅ SSM: SA0439047-K
✅ Pelajar: 21 orang
✅ Tahfiz Perempuan BANAT

 

Insya’Allah dengan sumbangan anda, didoakan agar beroleh pahala yang setimpal di dunia dan di akhirat di sisi Allah S.W.T, mendapat limpahan rezeki kebaikan yang luas, beroleh Taufiq Hidayah, PetunjukNya, beroleh kejayaan dan kemenangan di Jalan RedhaNya di dunia sehingga diakhirat, amin Ya Rabbal Alamin.

 

Sebarang bentuk sumbangan boleh disalurkan kepada :

 

MADRASAH TAHFIZ PONDOK AN NASIHAH (MTPA) :

 

ALAMAT :-

No 23, Jalan Platinum 7/43C, Seksyen 7, Shah Alam, 40000, Selangor.

 

NOMBOR AKAUN MAYBANK : 562272620015

 

Sebarang pertanyaan tuan-puan boleh menghubungi :

 

📱Ustaz Azuan : 017-3023108
📱Ustazah Nasihah : 018-9074108

 

Madrasah Tahfiz Pondok An Nasihah :

Masih mencari lagi sponsor bulanan Tanfiz Pondok An-Nasihah, dana masih belum mencukupi.

 

Madrasah Tahfiz Pondok An-Nasihah :

Pengambilan Pelajar 2018/2019 MTPA dibuka. Perempuan shj, umur 7-18 tahun.

Wassap :
Ustzah Nasihah : my.wassap.my/0189074108

 

Perihal :

Menghafal Alquran 30 juzuk. Ayuh mendaftar anak anak di tempat kami Madrasah Tahfiz Pondok An-Nasihah, Seksyen 7, Shah Alam.

Assalamualaikum,

Pihak madrasah mengalu-alukan kepada mereka yang bermurah hati memberi sumbangan atau infaq untuk madrasah kami (meringankan beban setiap bulan)

✔️ Sewa rumah madrasah rm2000
✔️ Elaun guru rm3000
✔️ Bil Air rm300
✔️ Bil Eletrik rm300
✔️ Belanja Dapur rm400 (seminggu)

InsyaAllah dengan sumbangan tuan/puan membantu perjalanan anak anak disini untuk teruskan mengaji/mebghafal Al quran.

Mohon SHARE ya, terima kasih 🤗

  Mencari penyumbang bulanan untuk madrasah kami, mohon share ya.

Hubungi atau wassap No Tel : 0173-023108 (Ustaz Azuan)

 

 

Madrasah Tahfiz Pondok An Nasihah :

Syarat syarat kemasukan :

7 tahun hingga 17 tahun .
Lulus interview
Berminat untuk belajar
Boleh taat peraturan madrasah.

 

MADRASAH TAHFIZ PONDOK AN NASIHAH SEKSYEN 7 SHAH ALAM :

 

Pengambilan pelajar baru :

 

Syarat kelayakan :

– Mempunyai minat yang mendalam untuk menghafal Al-Quran.

– Berumur 7 tahun ke atas.

– Perempuan sahaja.

 

Silibus pengajian:

 

– Iqro

– Fardhu Ain

– Nazirah

– Hafazan

– Syahadah

– Khidmat 1 tahun

 

Jika Berminat boleh hadir temuduga :

– Sila bawa Ic potastat ibubapa

– Sijil lahir anak / potastat ic pelajar

– Sijil / prestasi pelajar

– 4 keping gambar pelajar berukuran passport

 

Sila Hubungi :

017-3023108 ( Mudir )

018-9074108 ( Mudirah )

Terima kasih. Mohon share.
-Nasihah Binti Ilyas-

( Ustazah Nadsihah )

 

 

PERKONGSIAN 1 :

 

CARA MERUQYAH ANAK YANG MALAS UNTUK BELAJAR :

 

Ambil air minuman/air mineral segelas, kemudian bacakan :

Surat al-Alaq ayat 1 sampai 5, sebanyak 11 kali, sebagai berikut:

ﺑﺴﻢ ﺍﻟﻠﻪ ﺍﻟﺮﺣﻤﻦ ﺍﻟﺮﺣﻴﻢ
ﺍﻗْﺮَﺃْ ﺑِﺎﺳْﻢِ ﺭَﺑِّﻚَ ﺍﻟَّﺬِﻱ ﺧَﻠَﻖَ ‏( 1 ‏) ﺧَﻠَﻖَ ﺍﻟْﺈِﻧْﺴَﺎﻥَ ﻣِﻦْ ﻋَﻠَﻖٍ ‏( 2 ‏) ﺍﻗْﺮَﺃْ ﻭَﺭَﺑُّﻚَ ﺍﻟْﺄَﻛْﺮَﻡُ ‏( 3 ‏) ﺍﻟَّﺬِﻱ ﻋَﻠَّﻢَ ﺑِﺎﻟْﻘَﻠَﻢِ ‏( 4 ‏) ﻋَﻠَّﻢَ ﺍﻟْﺈِﻧْﺴَﺎﻥَ ﻣَﺎ ﻟَﻢْ ﻳَﻌْﻠَﻢْ ‏( 5 )

 

Lalu tiupkan ke gelas tersebut 3 kali, dan air itu diminumkan kepada anak. Dengan izin Allah Ta’ala mudah-mudahan anak itu tidak nakal dan semangat belajar. Insya’Allah.

Lakukan sampai beberapa kali …
Bagi yang mahu mengamalkannya..

 

PERKONGSIAN 2 :

Bismillah..

Alhamdulillah selesai Majlis Mahabbah Rasulullah S.A.W. bersama Ustazah Profesor Madya Dr. Sharifah Hayaati yang bertajuk ‘Mencontohi Rasulullah SAW’.
Terlalu banyak amalan amalan sunnah yang boleh kita ikuti dan amalkan di sepanjang kehidupan kita yang singkat ini sehinggalah ke akhir hayat. Ustazah juga menganjurkan kita supaya sentiasa membaca kitab Syamail Muhammadiyah yang menceritakan tentang kesempurnaan Baginda Rasululllah S.A.W. dan mengamalkannya.

Turut hadir ialah anak-anak tahfidz dari Madrasah Tahfiz Pondok An-Nasihah yang menyumbangkan bacaan Al-Quran. Semoga Allah permudahkan hafazan anak-anak ini. Amin Allahumma Amin.

Jazakallahukhairan kathira’ kepada semua Qariah Muslimin dan Muslimat, terutamanya yang sama-sama membantu untuk menjayakan majlis ini. Hanya Allah S.W.T. sahaja yang akan dapat membalasnya. Insya’Allah.

 

 

PERKONGSIAN 3 :

Menghafaz Al-Quran bunyinya macam senang tetapi sebenarnya amat sukar untuk dilakukan. Dan lebih sukar lagi apabila menjaga hafazan agar tidak lupa atau hilang. Tidak hairanlah terdapat banyak keistimewaan yang dijanjikan oleh Rasulullah S.A.W. kepada mereka yang menghafaz Al-Quran.

Dikongsikan kepada anda beberapa tip menghafaz Al-Quran berdasarkan pengalaman dan tunjuk ajar daripada guru-guru yang berpengalaman :

1. Sebaik-baiknya menghafaz Al-Quran bermula pada waktu pagi sesudah solat subuh dengan suasana hening dan sunyi. Suasana begini memudahkan penumpuan kita kepada Ayat-Ayat Al-Quran yang mahu dihafaz.

2. Mulakan dengan sedikit doa penerang hati, selawat ke atas Nabi (S) dan membaca Surah Al-Fatihah. Kemudian baca apa yang mahu dihafaz. (tetapkan jumlah ayat yang ingin dihafaz atau muka surat misalnya).

3. Baca berulang kali sehingga pasti tiada berlaku kesalahan pada bacaan, sama ada dari segi Hukum Tajwidnya, panjang, pendek, baris atau sebagainya.

4. Baca satu ayat berulang kali (15 kali atau lebih) dengan melihat Al-Quran. Cuba bayangkan kedudukan ayat. Seterusnya baca tanpa melihat Al-Quran (jika terlupa lihat dan ulang kembali) sehingga lancar.

5. Beralih dari satu ayat ke satu ayat yang lain, setelah benar-benar ingat ayat yang sebelumnya.

6. Setelah menghafaz ayat yang kedua, ulang semula ayat yang pertama dan kedua sebelum beralih ke ayat yang ketiga. Begitulah seterusnya sehingga selesai satu muka Al-Quran. Ulang semula dari ayat pertama sehingga tamat (untuk muka surat berkenaan).

 

 

MENJAGA HAFAZAN AGAR TIDAK LUPA :

 

 

Selain menghafaz, apa yang penting ialah mempertahankan hafazan agar tidak lupa. Di sinilah terletaknya kesukaran sebenar bagi Penghafaz Al-Quran. Mempertahankan hafazan akan menjadi lebih senang jika tips-tips yang diberikan di amalkan :

=> Sesudah solat Asar, baca kembali apa yang telah dihafaz. Contohnya, kita telah menghafaz 3 juzu’ Al-Quran, sebaliknya setelah solat Asar kita baca 1 juzu’ tanpa melihat Al-Quran dan jika lupa, lihat dan ulang membaca sebanyak 7 kali bahagian yang kita lupa itu.

=> Jika hafazan kita 3 juzu’ sehari, kita ulang baca 1 juzu’. Itu sudah memadai jika diamalkan secara berterusan.

=> Berpuasa sunat Isnin dan Khamis dan banyakkan solat malam. Banyakkan juga melakukan perkara-perkara sunat.

=> Minta bantuan daripada Allah dengan sering berdoa agar hafazan tidak lupa.

 

 

PETUA :

 

Menghafaz Al-Quran terdapat banyak petua, antaranya ialah :

 

~ Menjaga kebersihan diri

~ Gosok gigi sebelum membaca Al-Quran

~ Makan buah kismis 7 biji sehari

~ Makan habatus sauda

~ Amalkan membaca surah Al-Insyirah

~ Banyakkan selawat ke atas Nabi

~ Hindari maksiat

~ Banyakkan bertaubat

 

 

FAKTOR-FAKTOR PENYAKIT LUPA :

 

 

Penyakit lupa sememangnya sering dialami oleh semua orang tidak kira faktor usia. Namun punca terjadinya penyakit lupa ini adalah kerana :

 

11 MAKANAN PENYEBAB LUPA :

– Banyak makan epal yang sudah masam.

– Banyak makan makanan masam termasuk asam atau jeruk buahan.

– Banyak makan bawang besar.

– Banyak makan makanan yang mengandungi rempah dan ketumbar kering.

– Memakan kepala ikan.

– Memakan makanan dan minuman yang bercampur dengan semut. Semut dipercayai mengandungi sejenis kimia yang boleh melemahkan ingatan.

– Makan sehingga terlalu kenyang.

– Makan makanan yang disentuh oleh tikus.

– Makan makanan yang dijual di warung-warung yang kotor dan terdedah.

– Minum minuman yang memabukkan seperti arak dan tuak masam.

– Banyak makan makanan yang mengandungi bahan kimia termasuk bahan perasa dan bahan awet. Umpamanya minuman bergas dan makanan segera (junk food). Bahan kimia di dalamnya boleh menumpulkan fikiran dan daya ingatan seseorang.

~ Organ dalaman binatang seperti hati, limpa, jantung, perut dan yang seumpamanya melainkan atas nasihat doktor untuk keperluan kesihatan.

~ Sedikit mengambil makanan masam dan pedas.

~ Kurangkan makan hidupan laut.

~ Makan makanan yang tercemar oleh semut kerana semut dipercayai mengandungi sejenis kima yang menyebabkan daya ingatan menjadi lemah.

~ Makan berlebihan (makan semasa lapar berhenti sebelum kenyang).

~ Minum air antara suapan makan. Maksudnya jangan minum sebelum anda selesai makan.

~ Elakkan sukan yang boleh menyebabkan gegaran yang kuat kepada kepala seperti tinju, gusti dan sebagainya. Pergaduhan atau berkelahi sesama sendiri dengan memukul kepala juga boleh menyebabkan penyakit lupa. Gegaran di kepala yang kuat dan terlalu kerap akan mengakibatkan kadar sejenis bahan kimia yang dipanggil “dopamine” akan berkurangan di dalam sel otak. Lalu mengakibatkan daya ingatan lemah dan otot-otot kurang bermaya.

 

 

KEISTIMEWA PENGHAFAZ AL-QURAN :

 

SYAFAAT 10 ANGGOTA KELUARGA KE SYURGA :

 

Daripada Ali bin Abu Talib, Rasulullah S.A.W. bersabda, maksudnya: “Barang siapa membaca Al-Quran dan menghafaznya, Allah akan memasukkannya ke dalam syurga dan memberi hak syafaat kepadanya untuk sepuluh anggota keluarganya, mereka semuanya telah ditetapkan untuk masuk syurga.” (Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmizi).

 

 

BERADA DALAM RAHMAT ALLAH :

 

Daripada Abu Hurairah R.A. katanya Rasulullah S.A.W. bersabda, maksudnya: “Tidak ada orang yang berkumpul di salah satu rumah Allah untuk membaca dan mempelajari Al-Quran, kecuali mereka akan dikelilingi para malaikat dan mereka sentiasa disebut-sebut oleh Allah dikalangan para malaikat (yang di langit). “ (Riwayat Muslim, At-Tirmizi, Ibnu Majah & Abu Daud).

 

 

DIBERI GANJARAN PAHALA MENGIKUT SETIAP HURUF YANG DIBACANYA :

 

Daripada Abdullah bin Mas’ud R.A., katanya Rasulullah S.A.W. bersabda, maksudnya: “Barangsiapa membaca satu huruf dari kitab Allah (Al-Quran), maka dia akan memperolehi pahala satu kebajikan dan setiap satu pahala itu digandakan sepuluh kali. Aku tidak mengatakan bahawa Alif, Lam, Mim itu satu huruf, tetapi Alif itu adalah satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf.” (Riwayat At-Tirmizi dan ad-Darimi).

 

 

AL-QURAN SENDIRI AKAN MEMBERI SYAFAAT KEPADA PEMBACA DAN PENGGEMARNYA DI HARI KIAMAT :

 

 

Daripada Abu Umamah al-Bahili R.A. katanya: “Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: Bacalah Al-Quran, sesungguhnya dia akan datang pada hari kiamat bagaikan pemberi syafaat kepada tuannya.” (Hadis Riwayat Muslim)

 

 

DIPAKAIKAN MAHKOTA PADA HARI KIAMAT :

 

Daripada Mu’az bin Anas R.A. bahawa Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang membaca al-Quran dan beramal dengan apa yang terdapat di dalamnya, Allah akan memakaikan kedua-dua ibu bapanya dengan mahkota pada hari kiamat kelak. Cahaya mahkota tersebut lebih indah daripada cahaya matahari terhadap rumah-rumah yang ada di dunia. Maka apakah pandangan kamu tentang balasan yang akan diperolehi oleh orang yang membaca sendiri?” (Hadis Riwayat Abu Daud)

 

 

PENRKONGSIAN DARIPADA POTONGAN AYAT AL-QURAN :

 

Pengajaran ayat :

 

1) Tiada apa yang menjadi hak milik kekal kita. Semuanya adalah hak Allah. Baik harta, suami, isteri mahupun anak-anak.

2) Tanggungjawab untuk amar ma’ruf adalah tanggungjawab BERSAMA. Bukanlah semata-mata tugas ustaz atau ustazah, imam, atau qadhi sahaja. Bahkan kita yang mengaku Muslim, kesemuanya bertanggungjawab.

Jom berusaha sehabis baik.

 

 

 MADRASAH TAHFIZ PONDOK AN-NASIHAH, SEKSYEN 7, SHAH ALAM

 

Pengambilan pelajar baru :

Syarat kelayakan :
– Mempunyai minat yang mendalam untuk menghafal Al Quran
– Berumur 7 tahun keatas
– Perempuan sahaja

 

SEKIAN SAHAJA, TERIMA KASIH.

Video

Location

Add Review

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Service
Value for Money
Location
Cleanliness

Hosted By Tahfiz nasihah

Please in to see contact details.