Sign In

Madrasatul Qur’an Ar-Redha Sekolah / Madrasah

26, Jalan Tasek 13, Bandar Baru Seri Alam, 81750 Masai, Johor

Pusat Tahfiz ini, berusaha memberikan pembelajaran yang terbaik buat pelajar-pelajarnya. Oleh itu, dengan menggunakan teknik hafazan yang bagus, berkesan dan memudahkan anak-anak untuk menghafal Al Quran. Di sini juga didedahkan dengan cara dan suasana pembelajaran yang santai serta pelbagai aktiviti yang berfaedah.

Pusat Tahfiz ini juga sangat terbaik untuk anak dan golongan dewasa yang ingin mendalami Ilmu Al-Quran.

Bagi Penghafaz Al-Quran (Hamalatul Quran), atau secara umumnya masyarakat kita lebih mengenali penghafaz al-Quran ini dengan gelaran “ Al-Hafiz ”  atau ” Budak Tahfiz ” akan mendapat 2 ganjaran :-

•Ganjaran di dunia.
•Ganjaran di akhirat.

GANJARAN DI DUNIA:

Selain ganjaran-ganjaran di akhirat, yang dijanjikan dalam Hadis Nabi S.A.W terhadap golongan Hamalatul Quran, terdapat juga ganjaran di dunia yang diberikan terhadap mereka, iaitu;

•Penghafaz al-Quran merupakan VVIP Allah S.W.T di dunia.

“Sesungguhnya Allah memiliki kerabat-kerabatnya di kalangan manusia. Lalu mereka bertanya : Siapakah mereka Ya Rasulullah S.A.W? Lalu jawab Baginda : Mereka adalah Ahli Al-Quran, maka merekalah kerabat Allah (Ahlullah) dan dan orang-orang pilihanNya.” (Hadis Riwayat Ibnu Majah)

•Penghafaz Al-Quran juga diangkat sebagai pemimpin.

“ Yang menjadi imam suatu kaum adalah yang paling banyak hafalannya (Al-Quran).” (Hadis Riwayat Muslim)

•Penghafaz al-Quran mendapat certificate (pengiktirafan) dari Nabi S.A.W.

 Adalah Nabi mengumpulkan di antara dua orang syuhada Uhud kemudian Baginda bersabda, “ Manakah di antara keduanya yang lebih banyak hafal Al-Quran, ketika ditunjukkan kepada salah satunya, maka Baginda mendahulukan pemakamannya di liang lahat.” (Hadis Riwayat Al-Bukhari)

•Al-Quran menjanjikan kebaikan.

“ Sebaik-baik kamu adalah yang mempelajari Al Quran dan yang mengajarkannya. ” (Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

GANJARAN DI AKHIRAT:

•Ibu bapa penghafaz al-Quran mendapat kemuliaan.

Sesiapa membaca Al Quran dan beramal dengan apa yang terkandung di dalamnya, maka kedua dua ibu bapanya akan dipakaikan mahkota pada hari kiamat yang sinaran mahkota itu akan melebihi daripada cahaya matahari, sungguhpun matahari itu berada di dalam rumah-rumah kamu di dunia ini. (Riwayat Imam Ahmad dan Abu Daud)

•Penghafaz al-Quran akan mendapat syafaat (penolong).

Dari Abi Umamah (R.A), dia berkata, “ Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda; “Bacalah olehmu Al- Quran, sesungguhnya ia akan menjadi pemberi syafaat pada hari kiamat kepada para pembacanya. (penghafalnya) ” (Hadis Riwayat Muslim)

•Penghafaz al-Quran mendapat bonus berlipat kali ganda.

Sesiapa yang membaca satu huruf daripada kitab Allah (Al-Quran), maka baginya (pembaca) dengannya (Al-Quran) pahala dan pahala itu pula akan digandakan dengan sepuluh sebagaimananya. Aku tidak kata bahawa “alif laam mim” itu satu huruf, tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan mim itu satu huruf (Hadis Riwayat Tarmizi)

Oleh itu, marilah kita sama-sama berdoa agar di dalam kalangan ahli keluarga kita, mempunyai sekurang-kurangnya seorang penghafaz al-Quran. Insya’ Allah.

Video

Location

Add Review

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Service
Value for Money
Location
Cleanliness

Please in to see contact details.