Sign In

Madrasatul Quran Pasir Gudang Kota Masai Sekolah / Madrasah

Jalan Durian 5, Taman Kota Masai, 81750, Pasir Gudang, johor.

Dalam proses awal pembentukan sesuatu pertubuhan atau organisasi, matlamat dan objektif penubuhan merupakan batu asas untuk mencapai kejayaan. Objektif penubuhan amat diperlukan sebagai garis panduan untuk memastikan sesuatu pertubuhan atau organisasi itu, dapat berjalan di atas landasan-landasan yang betul sepertimana yang telah digariskan, disamping dapat mengelakkan daripada berlakunya penyelewengan terhadap matlamat awal penubuhan.

Merujuk kepada perkara ini, MQAJ mempunyai matlamat yang tersendiri di sebalik penubuhannya. Di samping pengajian menghafal al-Quran dan Ulumud Din (Ilmu Agama) sebagai pengajian utama, tersembunyi matlamat dasar penubuhan madrasah itu yang bersandarkan kepada

firman Allah:

“Hendaklah ada di kalangan kamu satu golongan yang mengajak manusia kepada kebaikan, menyuruh manusia berbuat baik dan mencegah daripada kemungkaran, mereka itulah golongan yang mendapat kejayaan sejati”

(Surah Ali Imran: 5: 104)

Ayat ini merupakan intipati kepada matlamat dasar penubuhan MQAJ. Dari sinilah dapat dipecahkan sebagaimana berikut :

1. Untuk melahirkan pendakwah yang berwibawa. Untuk itu adalah ianya pelengkap sebagai melengkapi sifat pendakwah. Justeru itu, penubuhan MQAJ merupakan halatuju dalam merealisasikan dua unsur tersebut ke arah melahirkan pendakwah sedemikian.

2. Melahirkan seramai mungkin para hafiz yang bukan sahaja berkemampuan dalam membaca Al-Quran dengan baik, malahan dapat pula menyebarkan dan mendidik masyarakat dalam pembacaan, hafalan al-Quran dan ilmu-ilmu agama.

3. Menjadi model kepada masyarakat dari segi keilmuan agama dan ketinggian akhlaq. Setiap pelajar dilatih dengan ilmu yang dipelajarinya sebagaimana tauladan RasuluIlah (S) kepada ummatnya.

Firman Allah yang bermaksud:

“Sesungguhnya telah ada pada Rasulullah (S) itu suri tauladan yang baik bagi kamu iaitu bagi orang-orang yang mengharapkan rahmat Allah dan hari kiamat dan orang yang banyak memuji Allah “

(Surah al-Ahzab: 32:21)

4.  Melahirkan pendakwah yang berani dan mampu menghadapi cabaran masa hadapan, berpendirian yang tetap, berwibawa yang boleh memimpin diri dan masyarakat.

5.  Melatih hidup berjamaah, hidup secara berjamaah itu adalah tuntutan dalam Islam. Praktikal di lokasi terbatas sebelum menghadapi masyarakat sebenar memudahkan kerja berdakwah.

6.  Melahirkan insan yang bertaqwa, beriman dan beramal serta sedia berkorban harta, diri, masa dan nyawa untuk meninggikan kalimah Allah.

Video

Location

Add Review

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Service
Value for Money
Location
Cleanliness

Hosted By madrasatul quran

Please in to see contact details.