Sign In

Pusat Rekreasi Lubuk Timah Pusat Latihan

Lubuk Timah Fall, 31300 Ipoh, Perak

Pusat Rekreasi Lubuk Timah mempunyai keunikan tersendiri kerana terdapat air terjun yang sejuk airnya dan kolam air panas. Kolam air panas yang dibina semula terletak dipinggiran sungai dan air terjunnya yang mengalir disisinya. Terdapat sebuah kolam utama yang dibina dan dialirkan ke kolam kedua dan seterus ke dalam sungai.

Air terjun pula turun dari tembok binaan seperti empangan dari kiri dan kanan tembok (empangan). apabila tiba musim air yang banyak, air kolam akan mengalir turun melalui tembok ini bagaikan Niagara Fall.

Mengikut cerita, empangan ini dibina di Sungai Anak Ayer Cina pada awal abad ke-20. pembinaannya berkait rapat dengan kerja-kerja perlombongan timahpada waktu tersebut. Empangan dianggar setinggi 30 meter yang kini dipenuhi dengan pasir dan ada anak sungai mengalir.

Pusat Rekreasi Lubuk Timah ini menjadi lokasi tumpuan percutian penduduk tempatan dan pelancong pada waktu cuti. Terdapat kemudahan asas disediakan  seperti tandas, surau, gazebo dan pondok rehat.

Pusat Rekreasi Lubuk Timah terletak 8KM dari tol Simpang Pulai (Exit 137). Untuk pergi kesana, dari tol Simpang Pulai belok ke kanan di lampu isyarat pertama dan 500 meter di lampu isyarat berikutnya. Menuju ke Cameron Highland 5KM dari simpang jalan utama tersebut akan terjumpa papan tanda kecil tunjuk arah simpang masuk ke Pusat Rekreasi Lubuk Timah dan perlu melalui jalan sejauh 1Km sebelum sampai ke lokasi air panas.

Features

Location

Add Review

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Service
Value for Money
Location
Cleanliness

Booking

Guests 1
Guests
Login to Book

Hubungi

    Preferred contact method


    Please in to see contact details.