Sign In

Sekolah Agama Nusantara, Gelang Patah, Johor Bahru, Johor. Sekolah / Madrasah

D/A SK Nusantara, 81550, Jalan Ulu Choh (33.30 km), Gelang Patah, Johor Bahru, Johor, Malaysia.

Assalamualaikum wbt.

Lembaran Baharu Untuk Ummah :

Tahun 2014 telah pun berlalu, dan masuknya 01 Januari 2015, maka genaplah 6 tahun penubuhan Sekolah Agama Nusantara ini. Semoga sekolah ini berjaya melahirkan anak-anak bangsa yang kukuh pengangan aqidah, hukum fiqahnya dan akhlaknya. Pada tahun 2015, pertambahan murid telah mencecah hampir 800 orang. Justeru itu, harapan untuk memiliki bangunan persendirian baru sangat dinantikan bagi menampung jumlah murid yang ramai, dengan jumlah guru seramai 10 orang sahaja. Semoga berkat kerjasama semua pihak dapat merealisasikan harapan kami, demi kelestarian pentarbiyahan Islam anak-anak Islam di Nusantara khususnya. Bantuan semua pihak amatlah diharapkan.semoga Allah mengganjarikebaikan semua yang terlibat untuk merealisasikan hasratbagi membangunkan sekolah Agama ini. Amal Jariah kita adalah untuk negeri Akhirat yang kekaL abadi.

Sekalung Penghargaan :

Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ustazah Siti Rohaya binti Bugal yang berpindah ke Sekolah Agama Sungai Danga, Ustaz Nor Halim bin Mohd Nor ke Sekolah Agama Nusa Perintis, dan Ustaz Mohamad Rafiq bin Abd. Rahman, atas kerjasama dan sumbangan kalian sepanjang bertugas untuk berbakti di Sekolah Agama Nusantara. Selamat Datang diucapkan kepada Ustazah Noor Azlin binti Abd. Rahman, Ustaz Ambok Mohamad Fierdaus bin Ambok Achok, dan Ustaz Azamudin bin Shafie, yang mula berkhidmat di Sekolah Agama Nusantara awal tahun ini, semoga dengan kehadiran kalian dapat bersama-sama mencurah bakti dan ilmu yang bermanfaat, demi memartabatkan Pendidikan Islam dalam diri anak-anak didik di Nusantara.

Organisasi Sekolah 2015 :

Ustaz Hj. Lizam bin Hashim, Guru Besar (DGA32)
Ustazah Hjh. Hafizah binti Abu Bakar, GPK 1 (DB17)
Ustazah Hamizah binti Ramli, GPK HEM (DGA29)
Ustaz Azamaudin bin Shafie, Pemangku GPK Koku (KAFA)
Ustazah Noor Zita binti Omar, Guru Penolong (KAFA)
Ustazah Rubiah binti Supar, Guru Penolong (KAFA)
Ustazah Norhatimah binti A. Manaf, Guru Penolong (KAFA)
Ustazah Zarina binti Abd. Rahman, Guru Penolong (KAFA)
Ustazah Noor Azlin binti Abdul Rahman, Guru Penolong (KAFA)
Ustaz Ambok Mohamad Firdaus bin Ambok Achok, Guru Penolong (KAFA)

Aliran Kelas 2015 :

DARJAH 1 (2.00 – 3.30 ptg) :

1 Ibn Sina : Ustazah Hamizah binti Ramli
1 Ibn Majah : Ustazah Noor Zita binti Omar
1 Al-Bukhari : Ustazah Rubiah binti Supar
1 As-Syafie : Ustazah Norhatimah binti A. Manaf
1 Al-Biruni : Ustazah Zarina binti Abd. Rahman

DARJAH 2 (2.00 – 3.30 ptg) :

2 Hambali : Ustazah Hjh. Hafizah binti Abu Bakar
2 At-Thobari : Ustaz Ambok Mohamad Fierdaus bin Ambok Achok
2 Al-Hanafi : Ustazah Noor Azlin binti Abdul Rahman
2 An-Nawawi : Ustaz Azamudin bin Shafie

DARJAH 3 (Sesi i : 3.30 – 5.00 / Sesi ii : 5.00 – 6.30 ptg) :

3 Al-Hanafi (i) & 3 Al-Hanafi (ii) : Ustazah Noor Azlin binti Abdul Rahman
3 An-Nawawi (i) & 3 An-Nawawi (ii) : Ustaz Azamudin bin Shafie

DARJAH 4 (3.30 – 6.30 ptg) :

4 Ibn Majah : Ustazah Noor Zita binti Omar
4 Bukhari : Ustazah Rubiah binti Supar
4 Syafie : Ustaz Ambok Mohamad Fierdaus bin Ambok Achok

DARJAH 5 (3.30 – 6.30 ptg) :

5 Hambali : Ustazah Norhatimah binti Abd. Manaf
5 Al-Biruni : Ustazah Zarina binti Abd. Rahman
5 Al-Maliki : Ustaz Hj. Lizam bin Hashim

DARJAH 6 (3.30 – 6.30 ptg) :

6 Ibn Sina : Ustazah Hamizah binti Ramli
6 At-Thobari : Ustazah Hafizah binti Abu Bakar

Sekolah Agama Nusantara diambil sempena nama Taman Nusantara, Gelang Patah, Johor Bahru, Johor. Ianya telah ditubuhkan dan beroperasi pada awal Januari 2008 dengan menumpang bangunan Sekolah Kebangsaan Nusantara di alamat Jalan Ulu Choh, 81550, Gelang Patah, Johor Bahru, Johor.

Hasil perbincangan Bahagian Pendidikan, Jabatan Agama Johor, dengan Jabatan Pendidikan Negeri Johor, maka berhasillah dengan tertubuhnya Sekolah Agama gred C, berstatus menumpang bangunan Sekolah Kebangsaan dalam kawasan Taman Nusantara, bagi memenuhi permintaan masyarakat sekitar dan menampung jumlah murid yang kian bertambah.

Kini Sekolah Agama Nusantara ditadbir oleh Ustaz Hj. Lizam bin Hashim, selaku Guru Besar dan Pengasas kepada penubuhan Sekolah Agama Nusantara, Gelang Patah, sejak tahun 2008 hingga kini. Dengan seramai 10 orang Guru dan jumlah murid yang meningkat setiap tahun, kini hampir 700 orang murid dari darjah 1 hingga 6 dan masih menumpang bangunan Sekolah Kebangsaan Nusantara.

Usaha mendapatkan bagunan sekolah persendirian kian giat dijalankan oleh pihak Badan Kebajikan Sekolah, Majlis Guru dan para ibubapa untuk menjamin keselesaan suasana pembelajaran kepada hampir 700 orang murid ini .

Tapak bangunan Sekolah Agama Nusantara yang berhampiran Bangunan Sekolah Kebangsaan Nusantara, masih menjadi tanda tanya bilakah ianya mula untuk dibangunkan. Pelbagai inisiatif telah diambil oleh pihak yang berkaitan dan pihak sekolah sendiri bersama AJK Badan Kebajikan Sekolah Agama Nusantara  juga telah berusaha sedaya mungkin bagi memastikan bangunan tersebut supaya segera dibina bagi menampung jumlah pelajar yang semakin meningkat setiap tahun.

Kami juga telah menyuarakan permohonan kami ini di Akhbar Harian Metro bertarikh 23 Februari 2014.

Moga ada pihak yang sudi menghulurkan bantuan supaya Sekolah Agama Nusantara ini dapat dibangunkan segera.

Terima Kasih.

Video

Location

Add Review

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Service
Value for Money
Location
Cleanliness

Hosted By sk a nusan

Please in to see contact details.