Sign In

Sekolah Rendah Islam Tahfiz Taman Pintas Jaya Parit Raja Sekolah / Madrasah

Jalan Pintas Jaya, Taman Pintas Jaya, 86400, Parit Raja, Batu Pahat, Johor.

PENGENALAN RINGKAS :

 

 

Sekolah ini ditubuhkan pada Januari 1997, dengan bermula seramai 30 orang pelajar dan 4 orang guru yang bermula beroperasi di sebuah rumah kediaman salah seorang guru tersebut di kawasan Parit Raja, Batu Pahat, Johor. Dan kini, hasil kerjasama penduduk kawasan setempat, usaha kerja yang berterusan daripada semua pihak, termasuk pihak pengurusan sekolah, para guru dan ibubapa, serta permintaan dan jumlah pelajar yang semakin bertambah, sekolah ini dapat beroperasi di bangunan sendiri di kawasan Taman Pintas Jaya, Parit Raja, Batu Pahat, Johor. 

 

Ustaz Mohd Rafie Bin Borhan, adalah merupakan Pengetua Sekolah ini. Beliau dilahirkan pada 13 Ogos 1980. Beliau mendapat pendidikan di Sekolah Kebangsaan Air Hitam Batu 18, Muar, Johor. Kemudian, beliau meneruskan pendidikan ke Madrasah Lughatul Quran, Muar. Selepas itu, beliau meneruskan lagi pengajian ke Maahad Johor, Johor Bahru. Kemudian, beliau melanjutkan pengajian ke Institut Pengajian Tinggi Islam Johor ( MARSAH ) dalam bidang Usuluddin. Kemudiannya, beliau menyambung pengajiannya di Universiti Kebangsaan Malaysia ( UKM ), dalam bidang Dakwah dan Kepimpinan. Dan seterusnya, beliau menyambung lagi pengajiannya di Asia E University ( AEU ) dalam Pendidikan Islam.

 

 

 

MISI :

 

 

– MELAHIRKAN GENERASI YANG BERILMU, BERIMAN DAN BERAKHLAK MULIA

– MEMBENTUK DIRI MEMPUNYAI SIFAT KEPIMPINAN YANG BOLEH DITELADANI

– MEWUJUDKAN SUASANA HARMONIS DI KALANGAN MASYARAKAT DI DALAM MAAHAD DAN MEMBENTUK SIFAT KEKITAAN

– MEMENUHI TUNTUTAN ILMU YANG MEMBAWA KEBAIKAN UNTUK BEKALAN DUNIAWI DAN UKHUROWI

 

 

VISI : 

 

“MEMBENTUK GENERASI AL-QURAN”

 

 

FALSAFAH PENDIDIKAN :

 

PENERAJU TERAS KEKUATAN DAN PEMBENTUKAN UMMAH YANG BERJAYA, BERSATU PADU TANPA MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI DENGAN SEIRING AJARAN AGAMA ISLAM YANG SEBENARNYA DAN BERSAMA MEMBANGUN SEPERTI FALFASAH PENDIDIKAN NEGARA MALAYSIA.

 

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI DI TALIAN YANG TERTERA DI WEBSITE INI.

 

SEKIAN SAHAJA, TERIMA KASIH.

Video

Location

Add Review

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Service
Value for Money
Location
Cleanliness

Please in to see contact details.