Sign In

PENGENALAN DAN SEJARAH PENUBUHAN :

Tadika Raudhah Imtiaz (RIZ) telah diasaskan pada bulan 1 Februari 2001, hasil usaha pengasasnya iaitu En Hilmi Bin Ismail. Ketika itu tadika ini dikenali sebagai Tadika Tahfiz Bistari (TTB). Idea penubuhannya terhasil setelah beliau melihat ‘vacum’ yang begitu ketara di dalam masyarakat terhadap pendidikan bersepadu dan seimbang. Konsep pendidikan di tadika Raudhah yang menekankan kecemerlangan Akademik di samping pembinaan peribadi yang unggul telah mendapat sambutan yang baik di kalangan para ibubapa.

 

 

FOUNDER RIZ : CEO PENGURUSAN DAN PEMASARAN
ENCIK HILMI BIN ISMAIL

 

Beliau adalah pengasas Tadika Raudhah Imtiaz yang ditubuhkan pada bulan Februari 2001, yang ketika itu dikenali sebagai Tadika Tahfiz Bistari (TTB). Idea penubuhannya tercetus bila mana beliau melihat suatu vacum yang ketara untuk pendidikan awal kanak-kanak berteraskan gabungan kecemerlangan Akademik dan Sahsiah Islam khususnya di daerah Kemaman.

 
 
FOUNDER RIZ : CEO AKADEMIK
PUAN TEH SOFIA BINTI SIDEK

 

Beliau merupakan tonggak kekuatan Tadika Raudhah Imtiaz. Ibu kepada 5 orang cahaya mata ini adalah seorang yang tidak jemu-jemu dalam menimba Ilmu Pendidikan. Beliau adalah individu yang sentiasa bertanggungjawab untuk memastikan perkhidmatan Tadika Raudhah Imtiaz berjalan dengan sebaik mungkin.

Beliau ialah pemegang Ijazah Sarjana Muda Usuluddin dari Universiti Malaya (UM) dan Diploma Pendidikan dari Kolej Agama Sultan Zainal Abidin (kini dikenali sebagai Universiti Malaysia Terengganu).

 

 

PROGRAM BACAAN JAWI RIZ
JAWI AL MANSURI

 

Tadika Raudhah memilih untuk mengunakan kaedah bacaan Jawi Al-Mansuri. Melalui kaedah ini, para pelajar akan didedahkan dengan teknik bacaan Jawi secara mudah. Setelah menguasai Kaedah Asas Bacaan Jawi Al-Mansuri para pelajar akan diuji dengan Himpunan Cerita-Cerita Jawi untuk memantapkan pembacaan mereka.
 
 

PROGRAM BACAAN BAHASA MELAYU RIZ
BACAAN BAHAS MELAYU DAN PENULISAN RIZ

 

 

Tadika Raudhah menggunakan kaedah Bacaan ‘Cahayaku’ yang telah terbukti berkesan melahirkan pelajarnya yang mampu membaca dengan baik, sebelum menempuh alam persekolahan. Menariknya, kaedah ini mengunakan asas ‘Mimik Muka’ untuk diajuk oleh para pelajar, supaya ianya menjadikan program bacaan B, iaitu bacaan secara santai. Melayu Cahayaku ini cukup menyeronokkan untuk dipelajari.

 
 
PROGRAM BACAAN BAHASA INGGERIS RIZ
KAEDAH ‘READING SKILL’ CAHAYAKU

 

Kaedah bacaan ‘English Paradigm’ Cahayaku adalah kesinambungan dari program bacaan B.Melayu Cahayaku. Program ini telah terbukti berupaya untuk membolehkan para pelajar membaca bahan bacaan dalam Bahasa Inggeris dengan sebutan yang tepat dalam masa yang singkat. Modul pengajaran Bahasa Inggeris Raudhah di ‘upgrade’  lagi dengan penggunaan tatabahasa (grammar) yang tidak membebankan pelajar.

 
PROGRAM BACAAN AL QURAN RIZ
KAEDAH BACAAN AL QURAN ‘QIRAATI MENTAL’

 

Kaedah ini terbukti berkesan untuk membantu anak–anak membaca dengan lancar dan menggunakan sebutan (makhraj) yang tepat dan bertajwid. Program ‘Qiraati Mental’ ini adalah modul yang digubal untuk melahirkan suatu keseronokan kepada anak-anak dalam mempelajari Hukum Tajwid Al-Quran dengan betul serta mengetahui dengan jelas Hukum Tajwid Al-Quran.

 
 
LAIN-LAIN PROGRAM RIZ
LAIN-LAIN PROGRAM TADIKA RAUDHAH

 

Bahasa Inggeris Komunikasi, Creative Movements, Art & Craft, Pendidikan Islam, Praktikal Ibadah, Arabic Language, Practical Life, HafazanAl-Quran, Modul Pembinaan Peribadi dan Keterampilan Diri.

 

 

MISI DAN LOGO TADIKA RAUDHAH IMTIAZ

 

“ Ke Arah Melahirkan Generasi Beriman, Berilmu Dan Beramal ”

 

 

LOGO TADIKA RAUDHAH IMTIAZ

 

Logo Tadika Raudhah Imtiaz ditafsirkan sebagai :

 

1.   Matahari Pagi Yang Memancarkan Cahayanya : Tadika Raudhah membawa cahaya kepada masyarakat setempat. Kewujudan dan kehadirannya mampu memberi impak kepada masyarakat sekitarnya.

 

2.   Sebuah Buku & Pena : Kekuatan pencapaian dan kecemerlangan akademik yang menjadi teras kekuatan Tadika Raudhah Imtiaz.
 

 

PROGRAM MATEMATIK RIZ
MATEMATIK

 

Raudhah turut meningkatkan sasaran pencapaian matematik pelajar dengan meningkat penguasaan pelajar dalam aspek arahan matematik dalam bahasa Inggeris. Ia sekaligus akan meningkatkan kecekapan dan keberkesanan penguasaan pengiraan matematik pelajar melalui sistem latihan yang bermodul dan sistematik.

 

 

PROGRAM PEMBINAAN PERIBADI RIZ 1
PROGRAM SANTAPAN JIWA PAGI

 

Tadika Raudhah mengorak langkah untuk mendominasikan penghayatan nilai-nilai Islam melalui program baru yang dikenali sebagai ‘Santapan Jiwa Pagi’. Para pelajarnya akan didedahkan dengan pelbagai modul pembinaan peribadi sekaligus ianya akan menjadi makanan rohani harian untuk anak-anak.

Melalui program ini para pelajar akan sentiasa diberi motivasi dan penekanan terhadap amalan seharian Agama Islam melalui amalan Zikir, penghayatan dan pengamalan adab-adab dalam kehidupan secara menyeluruh. Mereka juga akan diberi kefahaman untuk beramal dengan Intisari Ayat Al-Quran dan Hadis Rasulullah S.A.W. secara praktikal di dalam program ini.

Modul program ini dirangka untuk menanamkan benih-benih Tauhid dan Akhlak bagi membentuk personaliti terpuji yang telah terbukti keberkesanannya. Para ibubapa Insya’Allah pasti akan ‘teruja’ melihat perkembangan positif anak anda melalui program baru Raudhah ini.

 

 

ROGRAM PEMBINAAN PERIBADI RIZ 2

PROGRAM PESANAN SEBELUM PULANG

 

Tadika Raudhah turut menekankan kepentingan amalan adab-adab seharian dalam kehidupan para pelajarnya, setelah pulang ke rumah. Justeru itu, pelbagai pesanan sebelum para pelajar pulang sentiasa diberikan dari masa ke semasa. Kandungan pesanan merangkumi adab-adab seharian, bagaimana untuk menguruskan diri dan Akhlak di khalayak ramai atau bermasyarakat. Pelbagai doa serta penghargaan kepada ibubapa, guru, pemimpin dan disimpulkan dengan kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T. Para ibubapa akan melihat perkembangan personaliti anak anda yang positif melalui modul ini.

 

 

PROGRAM PEMBINAAN PERIBADI RIZ 3
PRAKTIKAL IBADAH & HAFAZAN

 

Tadika Raudhah menekankan penguasaan praktikal Ibadah dan Hafazan. Rutin ini diulangi setiap minggu sebagai latih tubi pergerakan dan bacaan sehingga dikuasai oleh para pelajar

 

PROGRAM PEMBINAAN SOFT SKILL RIZ
SLOT FIZIKAL & KREATIF PELAJAR

 

 

Setiap minggu satu slot Fizikal & Kreatif pelajar akan dijalankan. Ia melibatkan aktiviti Permainan, Kemahiran Hidup dan Pergerakan Kreatif pelajar sesuai dengan usianya. Sekaligus memberikan aktiviti pembelajaran tambahan yang baik secara tidak langsung kepada pelajarnya.

 

 

Waktu Operasi ialah :  

Rabu :

7:00 Pagi – 6:30 malam

Khamis :

7:00 Pagi – 6:30 malam

Jumaat :

Tutup

Sabtu :

Tutup

Ahad :

7:00 Pagi – 6:30 malam

Isnin :

7:00 Pagi – 6:30 malam

Selasa :

7:00 Pagi – 6:30 malam

 

MISI DAN LOGO TADIKA RAUDHAH IMTIAZ

 

“ Ke Arah Melahirkan Generasi Beriman, Berilmu Dan Beramal ”

 

 

Perkataan Ilmu & Amal :

 

Misi Tadika Raudhah Imtiaz untuk melahirkan generasi yang berilmu dan beramal dengan apa yang dipelajari.

Location

Add Review

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Service
Value for Money
Location
Cleanliness

Hosted By Tadika imtiaz

Please in to see contact details.