Sign In

Denai Kabus

Category:

Product Description

Kenapa Denai Kabus? Denai bermaksud laluan yang digunakan haiwan. Sewaktu kami mengambil alih kawasan ini, banyak tapak kaki haiwan liar yang kami temui. Lembah ini berlatar belakangkan dua puncak yang menjadi mercu tanda Hulu Perak iaitu Gunung Kenderong dan Gunung Kerunai. Pada waktu pagi atau selepas hujan, dua puncak ini akan diselubungi kabus. Mengambil kira 2 faktor ini, kami menamakan lembah ini sebagai Denai Kabus.

Kami pernah terfikir untuk tidak membuka lembah ini kepada orang ramai. Selepas dipertimbangkan, tidak adil untuk kami menyimpan keindahan alam ini untuk dinikmati sendiri-sendiri. Kami bercita-cita untuk menjadikan Denai Kabus ikon agro pelancongan antara yang terbaik di rantau ini yang boleh dinikmati bersama. Proses ini mengambil masa yang lama tetapi kami di landasan yang betul. Sehingga sekarang, Denai Kabus masih belum dibuka secara rasmi.

Apa pun, kami mengalu-alukan kedatangan anda yang berhajat untuk menikmati keindahan dan ketenangan Denai Kabus sebelum pembukaan rasmi. Di sini, ada 3 anak sungai yang mengalir membelah kawasan. Bunyi air yang mengalir cukup menenangkan. Anda juga boleh memberi makan ikan atau tangkap sendiri patin Temerloh, tilapia dan lain-lain ikan air tawar untuk santapan anda atau mungkin anda cuma mahu bersiar-siar. Apa pun hajat anda, datang dan lihat sendiri mengapa Denai Kabus telah mula menjadi sebutan ramai. Selamat datang ke rumah kami!

Reviews

There are no reviews yet.

Add Review

Add Review

Be the first to review “Denai Kabus”

Your email address will not be published. Required fields are marked *