Sign In

D’impian Resort & Training Centre

D’impian Resort & Training Centre

Category:

Product Description

Adakah anda mencari – cari tempat untuk mengadakan kursus atau menjalankan aktiviti perkhemahan dengan budjet yang rendah dan terbaik?. Kalau betul.Pusat Latihan dan Rekreasi D’impian Group adalah jawapannya. Anda pasti seronok dan teruja apabila berada di sini kerana pengalaman kami lebih 5 tahun dalam bidang motivasi dan perkhemahan mengetahui kehendak anda.

Pelbagai kemudahan di sediakan bagi memudahkan anda menjalankan sebarang xtvt kursus malahan ia juga di buka untuk anda yang ingin bercuti ala kampung atau pun bercadang mengadakan Hari Keluarga . Semoga anda berpuas hati dengan khidmat yang di berikan oleh kami. Jom jumpa di Pusat Latihan dan Rekreasi D’impian .  Kami Sentiasa Menantikan Kedatangan Anda !.

Pusat Latihan dan Rekreasi D’impian Group sebenarnya mempunyai dua resort iaitu D’impian Resort & Training Centre di Parit Kassim, Muar dan D’impian Country Resort, Sungai Belukang, Muar Johor.

Terletak kira-kira 30 minit dari susur keluar Lebuhraya Tangkak dan kira-kira 15 minit perjalanan dari Bandar Muar, tempat ini menjanjikan satu pengalaman yang menyeronokkan dengan kedudukan yang jauh dari keriuhan dan kesibukan kota, ianya mewujudkan ketenangan dan sesuai untuk aktiviti seperti kem motivasi, berkursus, seminar, aktiviti keluarga dan agro-pelancongan menjanjikan keselesaan kepada para pengunjung.

Reviews

There are no reviews yet.

Add Review

Add Review

Be the first to review “D’impian Resort & Training Centre”

Your email address will not be published. Required fields are marked *