Sign In

Kalumpang Resort & Training Centre

Kalumpang Resort & Training Centre

Category:

Product Description

KALUMPANG RESORT AND TRAINING CENTRE merupakan resort milikan bumiputera yang telah memulakan operasi sejak dari tahun 2005 lagi. Resort yang berkonsepkan ala agro ini telah di bina di dalam kawasan dusun buah-buahan di tanah seluas 17 ekar.Kecantikan alam semulajadinya sangat mengasyikkan dan pasti menggamit ramai pengunjung yang cintakan kedamaian.

KALUMPANG RESORT AND TRAINING CENTRE mempunyai lebih dari 70 unit chalet yang di bina dengan cantuman eleman semulajadi dan moden. Malah, kalumpang turut mempunyai penginapan asrama bagi pengunjung yang datang dalam kapasiti yang ramai dan tapak perkhemahan untuk mereka yang sukakan
aktiviti outdoor.

KALUMPANG RESORT AND TRAINING CENTRE amat mementingkan keselesaan pengunjung, atas alasan itu maka ia turut dilengkapi dengan kemudahan seperti
kafe, surau, tandas awam, mini zoo, taman permainan, kolam mandi, taman rekreasi, padang dan sebagainya. Malah ia turut dilengkapi dengan dewan sebagai memenuhi kehendak pengunjung yang ingin menjalankan latihan.

KALUMPANG RESORT AND TRAINING CENTRE bukan sahaja boleh dijadikan tempat rekreasi, malah ia juga sesuai dijadikan sebagai tempat latihan, kursus, seminar, mesyuarat, hari keluarga dan perkhemahan. Kalumpang Resort turut berdaftar dengan Kementerian Kewangan dan merupakan salah sebuah syarikat yang berada di bawah naungan Malasia Budget Hotel Assosiation.

Reviews

There are no reviews yet.

Add Review

Add Review

Be the first to review “Kalumpang Resort & Training Centre”

Your email address will not be published. Required fields are marked *