Sign In

Kem Lambaian Danau

Kem Lambaian Danau

Category:

Product Description

Kem Lambaian Danau terletak kira-kira 2 jam perjalanan dari Kuala Lumpur atau Johor Bahru. Tapak perkhemahan kami dikelilingi oleh 106 ekar Tasik Semula Jadi dan mempunyai pelbagai fasiliti untuk menjalankan aktiviti camping seperti dewan, tandas, tapak khemah, chalet dan free wifi (urusetia).

Suasana di KLD sejuk, hijau dan berudara segar. Terdapat aktiviti air seperti berakit, berkayak, free fall (terjunan 3 meter ke dalam tasik), memancing dan banyak lagi. Selain itu, disebelah kem juga terdapat kawasan mini canyon iaitu kawasan peninggalan lombong bijih timah berlatarbelakangkan Gunung Ledang dan peserta kebiasannya akan dibawa ke tempat ini untuk mengambil gambar dan membuat aktiviti ringan sebagai kenangan.

​Pihak kami menyediakan pelbagai jenis kem untuk pelbagai jenis organisasi. Ada kemudahan meletak bas sehingga 15 buah bas dalam kawasan KLD. Kem Lambaian Danau telah beroperasi sejak tahun 1999 dan boleh memuatkan sehingga 800 orang pada satu masa.

Pakej yang disediakan:

  • Pakej Sekolah Rendah
  • Pakej Sekolah Menengah
  • Pakej Kolej/Universiti
  • Pakej Korporat
  • Pakej Hari Keluarga

Fasiliti yang disediakan:

  • Dewan besar
  • Tapak khemah
  • KLD Shoppe
  • Dataran Insan
  • Anjung Tembusu
  • Jeti
  • Parking bas
  • Chalet
  • Tandas
  • Anjung tepian tasik

Senarai aktiviti:

  • Water confidence
  • OTOS (One Team One Spirit)
  • Danau Race
  • Rakit
  • Wargame
  • Running KLD
  • serta pelbagai lagi aktiviti

Reviews

There are no reviews yet.

Add Review

Add Review

Be the first to review “Kem Lambaian Danau”

Your email address will not be published. Required fields are marked *