Sign In

Kem Lubok Manggis

Kem Lubok Manggis

Category:

Product Description

Kem Lubok Manggis adalah merupakan sebuah kawasan pelancongan pinggir hutan dan sungai, tempat mandi manda yang berteraskan kepada konsep Ecotourisme dengan keindahan alam semulajadi…

Kesedaran dan kefahaman masyarakat tentang faedah dan kesihatan, kecergasan dan pembangunan rekreasi serta perhubungan social pada masa ini semakin bertambah selaras dengan ini, aktiviti riadah dan pelancongan rekreasi juga dapat menyumbangkan kearah pengkayaan kualiti hidup, kesejahteraan, perolehan kemahiran, kreativiti dan rasa kejayaan. Disamping itu ianya dapat juga menjauhi generasi muda dan anasir-anasir negatif.

Ianya terletak berhadapan (mengadap) jalan utama dan Taman Rekreasi Sungai Lubok Manggis, di antara Sungai Congkak dan Sungai Lopo Pangsun di atas tanah lot no: 3583, Batu 21, Jalan Pansoon, Hulu Langat Selangor Darul Ehsan. Kami mula beroperasi pada awal Disember 2009. Kedudukan kami amat strategik kerana dikelilingi panorama hutan hijau dan bukit serta berhadapan dengan sungai dan tempat perkelahan keluarga di Lubok Manggis Hulu Langat. Memandangkan lokasi yang amat unik dan menenangkan, kem ini telah mendapat perhatian tinggi daripada para penceramah motivasi, pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta serta persatuan dan badan-badan tertentu untuk mengadakan program di sini.

Reviews

There are no reviews yet.

Add Review

Add Review

Be the first to review “Kem Lubok Manggis”

Your email address will not be published. Required fields are marked *