Sign In

Kem Markisa

Category:

Product Description

Kem Markisa merupakan sebuah tempat persendirian seluas kira-kira 2.5 ekar yang terletak di TL 225, Kg Sg Nibong Darat, Semerah, 83600 Batu Pahat, Johor. Tempat ini telah dibuka sebagai kem motivasi, perkhemahan, majlis perkahwinan, hari keluarga, dan program-program santai.

Terdapat beberapa kemudahan yang ada dan akan sentiasa di tambah baik dari masa ke semasa antaranya ialah 4 buah bangunan 2 tingkat yang berlainan sais dan rekabentuk, sebuah bangunan setingkat 2 bilik, sebuah dewan terbuka, sebuah dewan tertutup (surau), gelanggang bola tampar berpasir, tapak khemah, laluan berhalangan, kantin, studio, tandas, dan tempat letak kereta yang boleh memuatkan kira-kira 50 buah kereta dalam satu masa.

Kem ini boleh memuatkan kira-kira 40-100 orang untuk bermalam manakala untuk aktiviti tidak bermalam boleh memuatkan kira-kira 800 orang dalam satu masa. Lokasi yang agak terpencil dan jauh dari kesibukan kotaraya membuatkan kem ini mempunyai tarikannya yang tersendiri. Dikelilingi oleh pokok kelapa sawit dan nanas membuatkan suasana kampung amat terasa.

Sejarah Kem Markisa ini mula dibangunkan dari tahun 2011 hingga sekarang. Dibangunkan sendiri oleh ahli keluarga pemilik kem dan rakan-rakannya sedikit demi sedikit bagi mengisi masa lapang. Nama kem markisa diberi sempena pokok markisa yang ditanam di sebahagian kawasan di tapak kem.

Reviews

There are no reviews yet.

Add Review

Add Review

Be the first to review “Kem Markisa”

Your email address will not be published. Required fields are marked *