Sign In

Lata Kolam Air Deru Ecopark

Lata Kolam Air Deru Ecopark

Category:

Product Description

Lata Kolam Ecopark merangkumi Taman Rekreasi Herba Dan Tapak Perkhemahan Lata Kolam yang dimajukan di Kawasan Hutan Simpan Gunung Tebu, Hulu Besut.

Ianya merupakan salah satu projek yang dilaksanakan oleh syarikat Big Scope Event And Travel Sdn Bhd dengan kerjasama kerajaan negeri dan masyarakat setempat untuk memajukan sektor pelancongan berasaskan pertanian dan berteraskan aspirasi “Transformasi Terengganu Baharu”.

Keseluruhan kawasan akan dibangunkan secara berperingkat-peringkat dengan menggabungkan bidang pelancongan bersama bidang pertanian. Ini merangkumi:

– Mewujudkan resort / chalet dan tapak perkhemahan dengan prasarana yang sesuai bagi penginapan pelancong
– Mewujudkan kawasan ‘Kebun Herba’ untuk sumber penyelidikan dan ekonomi berasaskan pertanian di samping menjadi tarikan pelancong
– Mewujudkan kawasan bebas pencemaran alam semulajadi bagi pengunjung dan pelancong yang datang ke Taman Rekreasi Herba dan Tapak Perkhemahan Lata Kolam
– Mempromosi lokasi menarik di Hulu Besut untuk aktiviti-aktiviti sosial dan kekeluargaan
– Mengadakan aktiviti riadah dan rekreasi dengan menyediakan litar ATV, gelanggang permainan, trek ‘mountain bike’, ‘jungle treking’, ‘survival camp’ dan sebagainya.

Pembangunan ini dijangka akan menjana pertumbuhan ekonomi di kawasan sekitar dengan memberikan manfaat bukan sahaja kepada pengusaha program, malahan akan menambahkan pendapatan penduduk setempat.

Aktiviti-aktiviti pertanian dan pelancongan yang bakal dilaksanakan di Lata Kolam Ecopark ini akan diperkenalkan sebagai salah satu produk pelancongan di kawasan Hulu Besut selain dari kawasan pelancongan sedia ada iaitu La Hot Spring dan Lata Tembakah. Secara tidak langsung, Lata Kolam Ecopark akan menjadi faktor nilai tambah bagi memajukan lagi kawasan Hulu Besut.

Reviews

There are no reviews yet.

Add Review

Add Review

Be the first to review “Lata Kolam Air Deru Ecopark”

Your email address will not be published. Required fields are marked *