Sign In

MAAHAD TAHFIZ AL-FALAHIYYAH

MAAHAD TAHFIZ AL-FALAHIYYAH

Category:

Product Description

PENGENALAN RINGKAS :

 

 

Maahad Tahfiz Al Falahiyyah

 

MAAHAD TAHFIZ AL-FALAHIYYAH (MATAF), telah ditubuhkan pada 15 Disember 2012. Lokasi asal MATAF adalah terletak di, Lot. 400, Lorong Sukun off Jalan 6, Kampung Melayu Subang Tambahan, Shah Alam, Selangor. Mulai 2015, MATAF berpindah di, Lot. 127-A, Jalan Utama, Kampung Melayu, Sumbang Tambahan, Shah Alam, Selangor.

 

MATAF boleh menampung 66 pelajar namun hanya membuat pengambilan 45 orang setiap tahun. Sejak 2013 – 2018, segala kos pengajian di MATAF adalah PERCUMA.

 

 

Tempoh pengajian di MATAF adalah selama 3 tahun. Pelajar dididik dengan Penghafazan Al-Quran, Tajwid, Tarrannum, Ilmu-Ilmu Fardu Ain, (Tauhid, Feqah, Tasawwuf, Munakahat, Jinayat, Muamalat, Faraid, Hadis, dan Sirah Tamadun Islam), Ilmu Fardu Kifayah, Akhlak Islami, Sesi Tarbiah & Motivasi, serta Latihan Kawad & Seni Pertahanan Diri, Muay Thai.

 

 

Pelajar juga diwajibkan menduduki Sesi Perujian Hafazan Al-Quran dan Peperiksaan Kefahaman Fardu Ain.

 

 

Pengambilan pelajar baru dibuka setiap tahun, tertakluk sesi temuduga pelajar, kekosongan asrama dan tempoh percubaan. Pelajar yang layak akan menikmati Dermasiswa Lembaga Zakat Selangor ( LZS ) & Skim Bantuan Awal Persekolahan ( SBAP ) – Insya’Allah.

 

 

Antara pasarana yang disediakan :

Asrama Pelajar – Penginapan / Bilik Air / Ruang Ampaian / Ruang Makan / Mesin Basuh / Mesin Air Panas, Sejuk, Coklat / Peti Ais / Alatan Audio / BBQ / Pentas Mini / Ruang Ibadah.

 Kelas Pengajian :

Nota Pengajian / Rak Buku / Rehal / Karpet / Kipas 

 

Pejabat Pentadbiran :

Kenderaan / Kelengkapan Pejabat / Wifi / Talipon / Mini Perpustakaan

 Padang Riadah :

Padang Futsal / Ping Pong / Alatan Qasidah / Permainan Dalaman

MISI :

 

 

“MENJADIKAN MADRASAHYANG MELAHIRKANMASYARAKAT PECINTA AL-QURAN”

 

“Tiada apa-apa kepentingan..Melainkan kita bersama-sama berkongsi kalam dan maklumat…marilah kita mengisi ruang MATAF ini…supaya kita bersama dapat mengambil faedah darinya…”

 

 

 

MORE INFO :

 

PERIHAL :

 

 

“Jikalau barisan ayat itu bukanlah “Thinker”, maka tak usahlah panggil diri anda yang manusia itu, “Thanker” hidup untuk bersyukur. Bersyukur mula dengan befikir”.

“Sesuatu yang sempurna tak akan wujud andainya tiada usaha yang berterusan..penerimaan adalah kunci utama di dalam berkenalan..kejujuran adalah pintunya..memilih itu kewibawaan diri kita..namun, menjadi pemilih itu seharusnya kita guna akal, fikiran dan hati..wallahualam – Sebagai Admin MATAF. Namun, tidak ingin dihidapi penyakit terkenal. Bagi saya, semua insan itu kamil, namun, diri sendirilah yang membuatnya tidak comel. Jadi, sekarang kita secara tidak langsung di dalam mencari jalan untuk kembali mengenal diri…letak tepi harta, status atau apapun yang menyempadankan diri anda dengan saya, andai keinginan anda adalah untuk menikmati santapan page mataf. Insya’Allah. Salam ukhuwah dan pengenalan pada semua saudarku sekalian!

 

 

 

 

KATEGORI :

 

 

MAAHAD TAHFIZ AL-FALAHIYYAH adalah Madrasah Tahfiz khusus untuk pelajar lelaki yang berasrama.

LOKASINYA DI ALAMAT :

N0. 400, JALAN 6, LORONG SUKUN, kampung melayu, subang tambahan, 40150, Shah Alam, Selangor, Malaysia.

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI DI TALIAN :

03-7832 4075

EMAIL :

TAHFIZFALAHIYYAH@XTAULAH.ENTAH

( BUKAN EMEL SEBENAR )

SEKIAN, TERIMA KASIH…

Reviews

There are no reviews yet.

Add Review

Add Review

Be the first to review “MAAHAD TAHFIZ AL-FALAHIYYAH”

Your email address will not be published. Required fields are marked *