Product Description
PENGENALAN :
MAAHAD TAHFIZ AL-FATEH
Maahad Tahfiz Al-Fateh adalah, Sebahagian daripada projek induknya, Kompleks Latihan Pendakwah Dan Tahfiz Bersepadu yang dikendalikan oleh Pusat Latihan Dan Tahfiz Bersepadu Sdn. Bhd.
Maahad ini menawarkan sistem hafazan Al-Quran, dengan gabungan sistem hafazan lama dan metodologi terkini. Maahad ini juga menyediakan tenaga pengajar yang berkelulusan dalam bidang Pengajian Al-Quran, Bahasa Arab, Ad-Diniyyah dan Akademik. Selain itu juga, Maahad ini mempunyai kemudahan untuk aktiviti riadhah dan kokurikulum seperti padang, aktiviti menunggang kuda, memanah dan lain-lain.
Lokasi Operasinya bertempat di : Batang Kali, Selangor.
Keluasannya : 23 Ekar.
MOTO :
” PENGHUFFAZ YANG MANTAP, BERKUALITI, DAN PROFESIONAL “
PENGELOLA 1 :
Ustaz Mohd Rusdi Bin Alias adalah merupakan seorang Guru Bahasa Arab yang terkenal dengan Kaedah Pusar yang diperkenalkannya. Beliau juga merupakanbekas Pengetua Sekolah Menegah Islam Hira’ Jeram dan bekas Panel Segmen Hayya Bil Arabiya di Radio IKIM.FM. Kini beliau telah pun memiliki akedeminya sendiri,iaitu Akedemi Bahasa Arab Hud-Hud.
PENGELOLA 2 :
Ustaz Mohd Asri Bin Hasyim adalah merupakan seorang Pengarah sebuah syarikat Penerbitan Buku-Buku Islam yang terkenal di Malaysia, yang ditubuhkan sejak dari tahun 1982, iaitu Pustaka Alam. Beliau aktif dalam mendidik masyarakat melalui penerbitan dan terjemahan buku-buku Alim Ulama’ silam dan kontemporari yang terkenal dari seluruh dunia.
VISI :
Institusi Tarbiah Holistik Yang Melahirkan Generasi Beramal Dengan Al-Quran
MISI :
Reviews
There are no reviews yet.