Sign In

Maahad Tahfiz Al-Quran Ibnu Nafis

Maahad Tahfiz Al-Quran Ibnu Nafis

Category:

Product Description

PENGENALAN RINGKAS :

 

Maahad Tahfiz Al-Quran Ibnu Nafis ialah adalah merupakan sebuah Maahad Tahfiz yang dibuka untuk pelajar lelaki dan perempuan yang memiliki asrama.

 

Penubuhan Maahad Tahfiz Al-Quran Ibnu Nafis pada tahun 2002, adalah bermatlamat untuk menyediakan sebuah sistem Pendidikan Islam yang lengkap. Ianya menjadi alternatif kepada masyarakat untuk menghantar anak mereka mengikut sistem pembelajaran yang disusun di sekolah ini.

 

Seperti yang kita semua sedia maklum, keperluan kepada sebuah sekolah yang beraliran Islam ini sangat penting melihat kepada gejala sosial dan masalah Akidah yang berlaku pada hari ini di tahap yang amat membimbangkan.

 

Pada awal penubuhannya, Maahad Tahfiz Al-Quran Ibnu Nafis ini hanya mempunyai 6 orang pelajar sahaja. Namun, dengan semangat pihak pengurusan Maahad Tahfiz Al-Quran Ibnu Nafis, dalam meneruskan operasinya, maka hasilnya dapat kita lihat, apabila setelah 10 tahun, jumlah pelajarnya telah meningkat sehingga mencecah hampir 200 orang. Jumlah ini terus meningkat dari tahun ke tahun.

 

Dengan peningkatan jumlah pelajar yang memberansangkan, pihak Maahad Tahfiz Al-Quran Ibnu Nafis mengambil keputusan untuk membangunkan sebuah bangunan yang lebih kondusif bagi menampung jumlah pelajar tersebut.

 

Hasil sokongan semua pihak, sebuah tanah seluas 7.3 ekar telah dapat dibeli bagi membangunkan sebuah Kompleks Pendidikan Islam yang bukan sahaja menempatkan Maahad Tahfiz Al-Quran Ibnu Nafis, tetapi juga Sekolah Menengah Islam Ibnu Nafis, Sekolah Rendah Islam Ibnu Nafis, dan Pra Pendidikan Ibnu Nafis.

Visi :

“Melahirkan generasi pelajar yang beriman, beramal, dan bermaklumat”

Misi :

“Menjadi Sebuah Institusi Pengajian Pendidikan Islam moden bagi memenuhi keperluan ummah di zaman globalisasi yang mencabar ini dan mampu memupuk Sahsiah Insaniah yang bertaqwa dan cemerlang”

 

 

Moto :

“Berilmu, Beriman, Beramal”

Falsafah Pendidikan :

Mewujudkan insan yang berilmu dan bertaqwa serta seimbang dari aspek jasmani dan rohani menerusi falsafah pendidikan di bawah :

Pengukuhan akidah yang sebenar.

Penghayatan terhadap ajaran Al-Quran As-Sunnah.

Pembentukan sahsiah melalui amalan Akhlak yang mulia.

LOKASINYA DI ALAMAT :

MAAHAD TAHFIZ IBNU NAFIS, 317A, JALAN KENANGA, 29/9, 81000, INDAHPURA, KULAI, JOHOR BAHRU, JOHOR.

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI DI TALIAN :

 07-6623509

EMAIL :

( TIADA )

SEKIAN, TERIMA KASIH…

Reviews

There are no reviews yet.

Add Review

Add Review

Be the first to review “Maahad Tahfiz Al-Quran Ibnu Nafis”

Your email address will not be published. Required fields are marked *