Sign In

Maahad Tahfiz Nurul Huda

Maahad Tahfiz Nurul Huda

Category:

Product Description

PENGENALAN RINGKAS :

 

MAHAAD TAHFIZ NURUL HUDA ditubuhkan pada Januari 2001. Dalam bangunan ini, sekumpulan AJK pelajar memulakan sejarah sekolah, dengan program melancar dan menghafaz Al-Quran dengan guru Al-Hafiz. Mereka belajar sekali dalam seminggu. Bertitik tolak dari itulah pihak AJK Surau di kawasan sekolah, merancangkan usaha untuk memperkembangkan lagi bangunan ini. Maka hasilnya dengan izin Allah, bantuan dan kerjasama semua pihak bangunan ini telah pun siap dibina.

Bangunan bernilai RM 150,000.00 ini, berupaya menyediakan pembelajaran harian yang fleksibel. Bangunan ini mengandungi kemudahan 2 kelas, surau, tandas, pejabat, kantin dan padang permainan .

Maahad Tahfiz Nurul Huda telah mula menjalankan program sepenuh masa mulai 21 Disember 2003, dengan bermula pengambilan 10 orang pelajar bersama seorang guru sepenuh masa.

 

 

FALSAFAH :

 

Islam bukanlah sekadar satu agama yang dipelajari sahaja, akan tetapi ianya hendaklah diamalkan dalam kehidupan seharian sebagai cara hidup yang sebenar. Sebagaimana firman Allah Taala yang bermaksud :

“Sesungguhnya Agama yang benar ( dan diredhai Allah ) di sisi Allah ialah Islam”

 

 

MATLAMAT :

 

 

=> Untuk melahirkan insan yang menggunakan Al-Quran dan As-Sunnah Rasulullah S.A.W. sebagai sumber dalam menerokai semua bidang ilmu .

=> Untuk melahirkan golongan yang dapat merealisasikan Ajaran Al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW dalam kehidupan seharian.

 

OBJEKTIF :

 

 

Individu yang mengikuti program di Maahad Tahfiz Nurul Huda ini akan dapat :-

 

1. Mengutamakan Ilmu Fardhu Ain.

2. Mengenali Al-Quran.

3. Membaca Al-Quran dengan betul.

4. Memahami ajaran Al-Quran.

5. Menghafaz Al-Quran.

6 Menghayati serta mengamalkan
ajaran Al Quran.

7. Memahami ilmu duniawi dan ukhrawi
dengan lebih mendalam.

 

 

Rsulullah S.A.W. telah bersabda yang

Bermaksud :

“Sebaik-baik kamu ialah mereka yang belajar Al-Quran dan mengajarkannya”.

( Hadis Riwayat Imam Bukhari )

 

 

SUKATAN PELAJARAN :

 

 

Menggunakan sukatan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Mata pelajaran yang disediakan adalah seperti berikut :

 

1.TAHFIZ AL-QURAAN :

 

– Sistem Hafalan Secara Talaqqi

– Hafalan di hadapan guru

– Hafalan 30 juzuk di hadapan guru

– Ulang hafalan 30 juzuk di hadapan guru sebanyak 2 kali khatam

-Hafalan terakhir 30 juzuk di hadapan guru

– Sijil Syahadah

 

 

2. PENGAJIAN ISLAM :

 

a) Al-Quran: Tajwid.

b) Ulum Syariah:

c) Akhlak.

 

 

3. BAHASA ARAB :

 

– Nahu

– Sorof

 

 

SUMBANGAN DAN DERMA :

 

Maahad Tahfiz Nurul Huda mengalu-alukan sumbangan wang untuk membiayai projek asrama dan rumah guru.

Akaun Bank Islam : 12092010018790
{ Tetuan Maahad Tahfiz Nurul Huda }

Untuk pSebarang Pertanyaan, Sila Hubungi :

1) Ustaz Sahibon bin Mohd. Yusoff : HP : O13-225O476 (Pengerusi)

2) Ustaz Fathur Rahman : HP : 019-2068254 (Pentadbiran)

3) Ustaz Ahmad Shahroini : HP : 016-9660463 (Guru Hafiz)

 

 

CARA PEMBELAJARAN :

TAHFIZ SEPENUH MASA

Reviews

There are no reviews yet.

Add Review

Add Review

Be the first to review “Maahad Tahfiz Nurul Huda”

Your email address will not be published. Required fields are marked *