Sign In

Maahad Tahfiz Sheikh Muhammad Nur

Maahad Tahfiz Sheikh Muhammad Nur

Category:

Product Description

PENGENALAN RINGKAS :

Maahad Tahfiz Sheikh Muhammad Nur ialah Maahad Tahfiz khusus untuk pelajar lelaki berasrama penuh.

LOKASINYA DI ALAMAT :

Masjid Kampung Sungai Chinchin, 53100, Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI DI TALIAN :

019-510 0058 / 019-2600119 / 012-225 4448

EMAIL :

naufalarif2017@gmail.com / zaiakmal@gmail.com

PENGASAS :

 

 

Syeikh Muhammad Nor Al Kholidi merupakan pengasas Kampung Sungai Chinchin, pada sekitar tahun 1894. Kampung ini terletak kira-kira 13 km dari bandaraya Kuala Lumpur. Beliau yang berketurunan Mendelang berasal dari Penyambongan, Sumatera Utara, Indonesia. Kampung ini merupakan sebidang tanah kurniaan (juga dikenali sebagai tanah wakaf) Sultan Selangor kepada beliau. Turut berhijrah bersama beliau ke Tanah Melayu ialah adik angkatnya Syeikh Zainal Abidin dan dua ulama’ lain. Hanya beliau dan Syeikh Zainal Abidin menetap di kampung ini. Dua ulama lain menetap di tempat lain iaitu, di Perak.

 

Beliau tersenarai dalam buku 7 Wali Melayu, Penerbitan Hikmah, 1993. Selain beliau, Ulama’-Ulama’ yang tersenarai dalam 7 Wali Melayu ialah Habib Nuh, Tok Kenali, Tokku Paloh, Tuan Tulis, Sheikh Muhammad Said Al-Linggi, dan Tuan Hussein Kedah Al-Banjari. Mereka pernah berperanan di semenanjung Tanah Melayu, termasuk Singapura antara akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20, bagi menyekat pengaruh budaya penjajah Barat dengan benteng keimanan, Ilmu dan Amal. Mereka adalah Ahli Sufi yang bersiasah Dakwah, menggunakan yakilah (stail) masing-masing dalam perjuangan Jihad mereka bagi menyemarakkan lagi pegangan Agama di kalangan bangsa Melayu, sehingga kini begitu sinonim “Melayu-Islam”.

Jasa-jasa besar mereka harus dikenang dan dicontohi, terutamanya oleh generasi hari ini, yang mempunyai cita-cita perjuangan murni menggemilangkan semula Agama Islam. Mereka dikenali sebagai Wali, dan hanya Allah S.W.T. sahaja yang Maha Mengetahuinya. Keperibadian mereka begitu mulia dengan amalan-amalan yang bermartabat tinggi di sisi Allah S.W.T. dan RasulNya.

Syeikh Muhammad Nor Al-Kholidi adalah khalifah ke-35 Tareqat Nasqsyabandiah dan terkenal sebagai Wali Allah dengan berbagai karamah yang dimiliki. Beliau berjaya mentadbir kampung ini dengan berteraskan syariat Islam. Syariat Islam benar-benar terlaksana pada pentadbiran beliau, kerana beliau bijak memimpin, mertabiah dan menyusun strategi pembangunan untuk memenuhi tuntutan hidup. Beliau telah membina 4 rumah penjara untuk mendidik mereka yang melakukan kesalahan dan kesan bangunan penjara ini masih wujud hinggi kini. Beliau tidak bersikap pilih kasih dalam melaksanakan hukuman. Ini terbukti apabila seorang daripada isterinya pernah dipenjarakan beberapa hari.

 

Selain itu, beliau telah membina masjid seiring dengan pembukaan kampung. Pada permulaan pembinaan masjid ini, pembuatannya dengan  mengunakan kayu tetapi kini, fungsinya telah digantikan dengan sebuah masjid batu. Beliau juga dapat membangunkan sebuah Pusat Pengajian (sekolah agama) yang bukan saja menekankan soal-soal Ilmu, tetapi juga Tarbiah Rohaniah.

 

 

Beliau tidak mengenakan sebarang bayaran kepada sesiapa yang ingin menetap dan menuntut Ilmu di kampung ini, tetapi mereka digalakkan menanam padi, mendulang Bijih Besi, Bijih Timah, Emas dan berkebun. Semasa Tanah Melayu diserang Jepun, kampung ini bukan sahaja tidak putus makanan bahkan melimpah ruah pula rezeki yang datang.

Perkampungan ini juga tidak tergugat sama sekali oleh kehadiran tentera Jepun. Kehidupan dan pengajiannya tetap berjalan seperti biasa. Beliau meninggal dunia dalam usia 58 tahun pada 1932, dan meninggalkan begitu banyak jasa dan muridnya.

 

KAMPUNG SUNGAI CHINCHIN :

 

Nama kampung ini ialah Kampung Sungai Chinchin. Terdapat sumber yang mengatakan nama kampung ini mendapat nama bersempena dengan kisah seorang pengantin. Pada ketika itu, pengantin tersebut mandi di sungai yang terdapat di kampung ini. Sewaktu pengantin itu mandi, beliau mencabut cincinnya dan meletakkannya dekat dengan sungai. Apabila beliau telah selesai mandi, beliau mendapati cincinnya sudah hilang dan telah terjatuh ke dalam sungai. Hasil bantuan Syeikh Muhammad Nor, iaitu pengasas kampung ini, cincin itu berjaya ditemui. Ada yang sumber mengatakan Syeikh Muhammad Nor berjaya menjumpainya dengan menggunakan tongkatnya. Cincin itu telah melekat pada tongkatnya.

 

 

MOTO :

 

 

“Kafa bilmaut wa’idza”

“Cukuplah dengan mati sebagai peringatan”

 

 

Moto ini dihasilkan oleh Syeikh Muhammad Nur iaitu pengasas kampung ini. Moto ini telah diambil dari hadis Nabi Muhammad S.A.W. Beliau seorang yang warak dan sentiasa mengingati mati. Beliau telah mengukir ayat ini dalam duit syilingnya. Duit syiling ini akan dibawa bersama-sama ke mana saja beliau pergi. Selain itu, beliau mewujudkan banyak kubur contoh di sekitar masjid. Ia bertujuan menjadi peringatan kepada orang yang masih hidup. Tapi yang tinggal sekarang, hanyalah satu kubur contoh yang berada di bahagian luar mihrab Masjid Sungai Chinchin. Kisah kubur contoh ini pernah dimuatkan di dalam tabloid kosmo. Kubur ini telah dibina sekitar waktu pembinaan Masjid Sungai Chinchin, iaitu pada tahun 1894, sekali gus bermaksud kubur itu sudah berusia lebih 100 tahun. Lubang kubur itu dibina sedalam kira-kira dua meter yang hanya seluas 2.16 meter persegi itu.

 

 

PENGAMBILAN PELAJAR MASIH LAGI DIBUKA

Sila hubungi pihak maahad tahfiz untuk sesi temuduga. Tempat adalah terhad.

 

…السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Untuk makluman Tuan/Puan MAKLUMAT…

 

 

 

KATA ALUAN PENGERUSI

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh….

Pertama sekali saya ingin memanjatkan setinggi-tinggi rasa syukur ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan izin dan limpah rahmatNya kita dapat mewujudkan Maahad Tahfiz Sheikh Muhammad Nur ini.

 

 

Saya berharap agar semua ahli Maahad dan semua pihak yang sudi berkerjasama dapat bersama-sama bantu-membantu dari segi tenaga, material mahupun sokongan moral dan apa sahaja bentuk bantuan yang mampu kita hulurkan. Semoga silaturrahim antara kita bertambah erat dan keimanan kita bertambah teguh.Amin…

 

 

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan mesyuarat agung pada hari ini sama ada secara langsung atau tidak langsung. Saya amat memahami kesulitan anda semua, maka oleh sebab itu, sumbangan dan penglibatan anda lebih berharga dan lebih bermakna.

 

 

Akhir kata, saya mendoakan agar kita semua akan mendapat Rahmat dan keberkatan daripada penglibatan kita secara ikhlas dalam Maahad Tahfiz Sheikh Muhammad Nur ini, dengan niat untuk mengangkat martabat diri kita dan keluarga kita khususnya dan seluruh kaum penduduk Kampung Sungai Chinchin amnya.

(ZAINOL AKMAL BIN ABD RANI)

Pengerusi Maahad Tahfiz Sheikh Muhammad Nur

 

 

 

 

Assalamualaikum..

Kami mengalu-alukan sumbangan daripada tuan-puan dari segi kewangan, sarapan pagi, makan tengahari, beras dan lain-lain… Sumbangan boleh disalurkan terus kepada: 

 

 

Sumbangan boleh disalurkan terus kepada :

 

 

Maahad Tahfiz Sheikh Muhammad Nur

No. Akaun: 14162011002416

Bank Islam Malaysia Berhad

 

Jazakumullahu Khairal Jaza’, kepada yang memberikan sumbangan…

 

Sebarang pertanyaan boleh berhubung terus dengan:

 

Mudir Ustaz Hafizuddin www.wasap.my/601123813717

Pengerusi En Akmal www.wasap.my/60192600119

Maahad Tahfiz Sheikh Muhammad Nur

 

Jazakumullahu Khairal Jaza’

 

“إِنْ تُقْرِضُوا اللَّهَ قَرْضًا حَسَنًا يُضَاعِفْهُ لَكُمْ وَيَغْفِرْ لَكُمْ وَاللَّهُ شَكُورٌ حَلِيمٌ”

“Jika kalian meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, niscaya Allah melipat gandakan (pembalasannya) kepada kalian dan mengampuni kalian. Dan Allah Maha Pembalas Jasa lagi Maha Penyantun”.

(QS. At-Taghabun:17)”

SEKIAN, TERIMA KASIH…

Reviews

There are no reviews yet.

Add Review

Add Review

Be the first to review “Maahad Tahfiz Sheikh Muhammad Nur”

Your email address will not be published. Required fields are marked *