Product Description
Assalamualaikum.W.B.T. dan Salam Sejahtera..
Maahad Tahfiz Al Quran dan Rumah Anak Yatim Al-Sagoff adalah merupakan sebuah tempat yang menempatkan anak-anak pelarian dari negara Myanmar yang menumpang kasih, belajar dan menghafal AL-Quran di negara Malaysia, yang mana, mereka ini telah diperangi di tanah air mereka oleh pihak Kuffar.
Juga menempatkan anak-anak yatim dan yang kurang bernasib baik.
Anak-anak ini tidak dibenarkan untuk ke sekolah kebangsaan memandangkan mereka adalah bukan rakyat Malaysia.
Sumbangan tenaga, idea dan bahan belajar daripada semua pihak untuk anak-anak ini, amat-amat diperlukan dan dialu-alukan.
Rumah ini tidak mendapat sebarang bantuan daripada kerajaan dan bergantung sepenuhnya kepada bantuan orang ramai untuk terus hidup.
Sebarang bentuk sumbangan, zakat, sedekah amat-amat dihargai. Mohon jasa baik anda semua untuk turut sama membantu membesarkan anak-anak yang kurang bernasib baik ini, atas saranan besar daripada junjungan besar kita Rasulullah S.A.W. untuk menjaga dan berbuat baik kepada anak-anak yatim dan golongan yang kurang bernasib baik, dan golongan yang ditimpa kesusahan atau musibah.
Untuk maklumat lanjut/sumbangan, boleh berhubung terus dengan maklumat seperti berikut :
Mudir : Ustaz Arif : 016-6171 484
Ustaz Amir Hossain Al-Hafiz : 011-11571476
Ustazah Zalina : 016-3548003
Maybank Account : 5625 5340 3786 Rumah Anak Yatim Al-Sagoff
Ribuan terima kasih kepada yang memberikan sebarang bentuk sumbangan dan bantuan anda. Semoga Allah mengkurniakan segala limpahan kebaikanNya untuk anda yang menyumbang ini. Amin Ya Rabbana.
Sekian Sahaja.
Terima Kasih.
Reviews
There are no reviews yet.