Sign In

Madrasah Tahfiz Al-Jauhar

Madrasah Tahfiz Al-Jauhar

Category:

Product Description

PENGENALAN RINGKAS :

 

Madrasah Tahfiz Al-Jauhar telah ditubuhkan pada 06 Jun 2011, hasil perbincangan dan kesungguhan beberapa orang penaja Madrasah ini dan telah mempertemukan dengan Tuan Haji Sheikh Fahmi Bin Haji Kassim, yang telah menyampaikan hasrat almarhum ayahandanya, untuk mewaqafkan tanahnya, di Lot. 1512, Kampung Lukut, Kota Tinggi, untuk dijadikan sebuah Madrasah. Rentetan daripada itu, perbincangan demi perbincangan, telah disepakati oleh wakil Pewaqaf untuk mewaqafkan tanah ini, kepada tiga orang pemegang amanah, yang turut dibantu oleh satu Jawatankuasa yang disebut sebagai : Ahli Lembaga Jemaah Pengurusan Madrasah Tahfiz Al-Jauhar, Kampung Lukut, Kota Tinggi : Dengan maksud untuk mendirikan sebuah Madrasah dan diberi nama : Madrasah Tahfiz Al-Jauhar. Maka dengan tersebut, ianya tertubuhlah Madrasah ini.

Maka selepas itu, pembangunan pun dimulai dijalankan di atas tanah ini, dengan membangunkan asrama pelajar, dewan makan, surau dan kemudahan-kemudahan lain, sehingga terbinanya Madrasah ini, seperti yang wujud sekarang.

Pengambilan pelajar turut melalui fasa demi fasa, yang bermula dari tujuh orang pelajar perintis awal  sehinggalah ke hari ini, telah mencecah 100 orang pelajar, dalam tempoh dua tahun penubuhannya. Pada 01/01/2013, mesyuarat Pemegang Amanah setelah berpuas hati dengan perkembangan Madrasah ini dari sudut pengambilan pelajar, Pengurusan dan Pentadbiran, serta urusan Pembangunan dan Insrastruktur di bawah Pimpinan Mantan Mudir ketika itu, Al-Fadhil Ustaz Haji Muhamad Fairus Bin Ali Akhbar, maka bermulalah sejak daripada itu, beliau bercadang untuk memulakan proses pendaftaran Madrasah ini, dengan Bahagian Pendidikan Agama, Jabatan Agama Islam Negeri Johor ( JAINJ ).

Madrasah ini kini berada di dalam landasannya, di bawah pimpinan Mudir baru, bermula padaawal tahun 2016, iaitu Ustaz Mohammad Afdhaluddin Bin Ismail, untuk terus membawa halatuju Madrasah ini sebagai tempat melahirkan para Hafiz yang bertaqwa dan akan berkhidmat kepada agama, bangsa dan negara.

Madrasah ini, sudah barang tentu tidak dapat terbangun tanpa kerjasama yang padu, bantuan orang ramai, Jabatan Kerajaan, Syarikat Swasta atau orang perseorangan, yang sentiasa membantu samada dalam bentuk sokongan moral atau pun kewangan. Semoga dengan semua jariah yang dilakukan oleh semua pihak yang telah terlibat atau akan terlibat dalam membangunkan lagi Madrasah ini, akan mendapat keampunan Allah serta keredhaanNya dan dilimphi rezeki yang baik dan luasserta mendapata kejayaan dan keselamatan di dunia dan di Akhirat, Amin Ya Rabbana.

 

TEMUDUGA TERBUKA PENGAMBILAN PELAJAR TAHFIZ TAHUN 2020 :

 

Kami mempelawa semua calon yang layak untuk hadir temuduga bagi pengambilan pelajar aliran Tahfiz sesi 2020, di Madrasah Tahfiz Al-Jauhar, seperti ketetapan dibawah.  

Sebarang maklumat lanjut, hubungi :  

Pejabat : 07- 8801413  

Atau Whatsapp di link berikut :

  http://www.wasap.my/601111237313/temudugatahfiz2020

 

 

 ( Madrasah Tahfiz Al-Jauhar telah ditubuhkan pada 6 Jun 2011 hasil perbincangan dan kesungguhan beberapa orang penaja dan telah disepakati oleh wakil pewaqaf untuk mewaqafkan tanah ini kepada tiga orang pemegang amanah yang turut dibantu oleh jawatankuasa.

Madrasah untuk masyarakat adalah hasrat dalam membangunkan Madrasah Tahfiz Al-Jauhar ini. Semoga ia menjadi wadah mencari redha Allah dalam mengembangkan syiar Islam ).

 

 

ALAMAT PERHUBUNGAN KAMI :

 

MADRASAH TAHFIZ AL-JAUHAR

No. Lot 1512, Kampung Lukut,
81900, Kota Tinggi, Johor Darul Ta’zim

No Pendaftaran : MTS/KT/003

07-880 1413 : (Pejabat)
013-730 3132: (Hotline)

madrasahtahfizaljauhar@gmail.com

 

 

SEKIAN SAHAJA, TERIMA KASIH.

Reviews

There are no reviews yet.

Add Review

Add Review

Be the first to review “Madrasah Tahfiz Al-Jauhar”

Your email address will not be published. Required fields are marked *