Product Description
PENGENALAN RINGKAS :
Madrasah Tahfiz Al-Mizan Tanjong Gading ialah merupakan sebuah Maahad Tahfiz yang dibuka untuk pelajar lelaki dan perempuan yang memiliki asrama.
Perihal :
Adakah kita di antara hambaNya yang mengajar Al-Quran atau yang belajar Al-Quran atau yang membantu mereka mengajar dan belajar Al-Quran?
Objektif Penubuhannya Adalah Seperti Berikut :-
* Melahirkan generasi yang mencintai kalam Ilahi, menghafaz, memahami dan mengamalkannya serta menyebarkannya kepada orang lain.
* Melahirkan generasi yang mengamalkan Sunnah Nabi (s ) dan beramal dengannya.
* Melahirkan sebuah keluarga Muslim yang sebenar, di mana anak–anak kasih dan hormatkan kedua ibu bapa.
* Melahirkan generasi Islam yang berilmu, beriman, beramal, berpenghayatan Agama Islam dan berjiwa berakhlak mulia.
* Melahirkan insan yang kamil lagi Muktakammil di bawah naungan Al–Quran dan As-Sunnah.
* Melahirkan para Hufaz (Hafiz dan Hafizah) dan Ulama’ yang bertaqwa, berketerampilan, diiktiraf selaras dengan keperluan ummah dan negara.
* Mewujukkan pemeliharaan Al-Quran sebagai aset umat untuk generasi akan datang dan menjadikan isi kandungan Al-Quran pada jasad individu Muslim sebagai sebuah Al-Quran bergerak untuk dijadikan sebagai panduan secara praktikal pada seluruh alam.
VISI :
“Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera”
MISI :
“Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara”
DAN
“INGIN MENJADI SEBUAH SEKOLAH MENENGAH BERALIRAN AGAMA ISLAM YANG MELAHIRKAN GENERASI HAFIZ AL-QURAN DAN CEMERLANG DALAM AKADEMIKNYA”
LOKASINYA DI ALAMAT :
Kawasan Tanah Rizab Melayu, Kampung Tanjung Gading, Kesang, 84000, Pagoh, Muar, Johor.
UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI DI TALIAN :
0169304434
EMAIL :
( TIADA )
Reviews
There are no reviews yet.