Sign In

Madrasah Tahfiz Al-Quran Ar Rasyid

Madrasah Tahfiz Al-Quran Ar Rasyid

Category:

Product Description

PENGENALAN RINGKAS :

 

Madrasah Tahfiz Al-Quran Ar Rasyid ialah Maahad Tahfiz ( MTAAR ) Madrasah Tahfiz adalah khusus untuk pelajar lelaki berasrama penuh.

 

 

PROFIL MTAAR :

 

MADRASAH TAHFIZ AL-QURAN AR-RASYID

 

 
Madrasah Tahfiz Al Quran Ar Rasyid (MTAAR) telah ditubuhkan pada tahun 1999. Pada awalnya MTAAR hanya membuka kelas tahfiz separuh masa (part time) di Surau Haji Mokhtar Telok Gadong, Klang dimana bilangan pelajar ketika itu melebihi 100 orang. Oleh kerana mendapat permintaan daripada pihak ibubapa untuk kelas sepenuh masa (full time), maka kami memutuskan untuk menyewa bangunan sementara bagi menempatkan pelajar-pelajar ini. Ianya memakan masa lebih kurang 10 tahun untuk kami direzekikan tapak untuk bangunan sendiri kini di Jalan Bawal Kg Sungai Udang, Klang. Alhamdulillah, kini MTAAR sudah beroperasi di bangunan sendiri yang menempatkan seramai 120 orang pelajar lelaki. Bangunan telah dirasmikan oleh YB Dr Hajah Halimah Ali pada 7 Safar 1431H bersamaan 23 Januari 2010.

 

 

Sehingga kini, nama MTAAR semakin berkembang positif dalam kalangan masyarakat dalam negara dan juga luar negara khususnya Kemboja kerana MTAAR menjadi perantara untuk menyampaikan sumbangan rakyat Malaysia kepada fakir miskin di sana selain aktif menunaikan ibadah korban di sana.

 

 

Berikutan itu, MTAAR kini mempunyai 7 cawangan :

❖ Madrasah As-Siddiq – khas pelajar kitab banin

❖ MTA Ummahatul Mukminin – khas pelajar banat

❖ MTAAR separuh masa – pelajar ulang-alik

❖ Akademi As-Siddiq -untuk pengajian orang dewasa

❖ MTAAR Anak Yatim Cawangan Kemboja (3 cawangan)

 

 

VISI :
 

 

Melahirkan huffaz Al-quran yang bersanad ilmu daripada Rasulullah صلى الله عليه وسلم dan mewarisi akhlak Baginda صلى الله عليه وسلم serta berketrampilan di dalam dakwah kepada masyarakat.

 

 

MISI :
 

 

Menyediakan pusat pengajian yang lebih efektif dan fleksibel untuk melahirkan huffaz Al- quran yang berkualiti.

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI DI TALIAN :

 

 
+60 10-234 5402

 

 

EMAIL :

 
tahfizarrasyid@gmail.com
 

 

 

LOKASINYA DI ALAMAT :

 

 

No. 2174, Jalan Bawal, Kampung Sungai Udang, 41250, Klang, Selangor D.E.

 

 

SEKIAN, TERIMA KASIH…

Reviews

There are no reviews yet.

Add Review

Add Review

Be the first to review “Madrasah Tahfiz Al-Quran Ar Rasyid”

Your email address will not be published. Required fields are marked *