Sign In

Madrasah Tahfiz Al-Quran Darul Ulum Paka

Madrasah Tahfiz Al-Quran Darul Ulum Paka

Category:

Product Description

PENGENALAN RINGKAS :

 

MADRASAH TAHFIZ AL-QURAN DAN DARUL ULUM PAKA, ialah Maahad Tahfiz khusus untuk pelajar LELAKI berasrama penuh.

 

LOKASINYA DI ALAMAT :

No. Lot 19622, Kampung.Telaga Mas, 23100, Paka, Terengganu.

 

 

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI DI TALIAN :

 

Pejabat : 09-8272907 / Ustaz Mohd Mukhlis : 010-9000501 / Ustaz Mohd Nuruddin : 019-9813117 / Ustaz Muhammad Iliyas : 014-8406163 / Ustaz Muhammad Firdaus : 013-2371986

 

 

EMAIL :

www.mtdu.paka@gmail.com

 

PERKONGSIAN :

 

 

MUQADDIMAH :

 

 

   بسم الله الرحمن الرحيم   

       
الحمد لله على نعمة الإيمان والإسلام وهي أفضل النعام ، بحمده على جزيل الفضل والإنعام ، ونستغفره من جميع الذنوب والآثام ونشهد أن لا إله إلا الله وحده ، ونشهد أن محمدا عبده ورسله أفضل المقربين عنده وصلى الله عليه وعلى آله وصحبه وسلم أجمعين صلاة وسلاما داءمين مستمرين إلى يوم الدين. أما بعد:         

                       

 

Alhamdulillah, segala pujian untuk Allah SWT atas anugerah nikmat Iman dan Islam. Kita memuji-Nya atas semulia-mulia anugerah dan nikmat yang dikurniakan. Kita memohon keampunan-Nya dari semua dosa kecil dan besar. Kita bersaksi bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah SWT yang Maha Esa, dan kita bersaksi bahawa Junjungan Besar Muhammad SAW itu adalah hamba-Nya serta pesuruh-Nya, yakni semulia-mulia dan sehampir-hampir insan yang kepada Allah SWT. Selawat dan salam ke atas Baginda, keluarga Baginda serta para sahabat baginda sekeliannya, sebagai selawat dan salam yang berkekalan sehingga tibanya Hari Kebangkitan.

 

 

Islam yang kita imani dan hayati sekarang ini dengan segala kesyumulan dan kesempurnaannya tidaklah datang begitu sahaja, melainkan dengan jerih-payah generasi awal, yakni para sahabat rodhiyallaahu ‘anhum yang merupakan generasi didikan Rasulullah sollallaahu ‘alaihi wasallam, yang telah mengorbankan jiwa dan harta mereka, berhijrah meninggalkan keluarga, sanak-saudara dan kampung-halaman serta berjihad mempertaruhkan nyawa dan kehidupan, semuanya semata-mata untuk Islam.

 

 

Tidak sekadar itu, para sahabat rodhiyallaahu ‘anhum juga telah melaksanakan dengan sebaik-baiknya tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada mereka dalam memelihara dan menyampaikan ilmu pengetahuan dan hukum-hakam agama itu dalam rupanya yang asal sebagaimana diterima daripada Junjungan Besar Rasulullah sollallaahu ‘alaihi wasallam, menerusi perantaraan usaha dakwah dan tabligh dan majlis-majlis pengajian ilmu. Pengorbanan mereka ini kemudiannya diteruskan pula oleh generasi-generasi terkemudian. Ringkas kata, tanpa mereka, Islam tidak akan berkembang dan sampai kepada kita sepertimana hari ini.

 

 

Rasulullah sollallaahu ‘alaihi wasallam dan para sahabat rodhiyallaahu ‘anhum telah lama meninggalkan kita. Kini, tibalah pula giliran kita untuk meneruskan usaha dan pengorbanan mereka dalam memelihara, menyampaikan dan menyebar-luaskan ilmu pengetahuan dan hukum-hakam agama menerusi perantaraan usaha dakwah dan tabligh dan majlis-majlis pengajian ilmu; bagi memastikan Islam yang syumul akan terus tertegak dalam kehidupan umat sehinggalah ke akhir zaman.

 

 

             Firman Allah subhaanahu wa ta’aala dalam Surah Al Mujaadilah, ayat 11:

“Allah meninggikan orang-orang yang beriman diantara kamu, dan orang-orang yang berilmu, beberapa darjat”.

 

 

Sabda Rasulullah sollallaahu ‘alaihi wasallam dalam sebuah hadisnya yang masyhur yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim :

           
من أراد الدنيا فعليه بالعلم ، ومن أراد الآخرة فعليه بالعلم ، ومن أراد هما فعليه بالعلم

 

“Barangsiapa mengingini (kesejahteraan) dunia, maka hendaklah dia menimba ilmu. Dan barangsiapa mengingini (kesejahteraan) Akhirat, maka hendaklah dia menimba ilmu. Dan barangsiapa mengingini kedua-duanya, maka hendaklah dia menimba ilmu”.

 

 

Sehubungan dengan itu, sebesar-besar syukur kami lafazkan kepada Allah subhaanahu wa ta’aala yang mana dengan limpah-kurnia-Nya telah memberi kami taufiq dan kesedaran, serta membuka jalan dan kemudahan untuk kami menubuhkan Madrasah Darul Ulum ini. Semoga usaha dan pengorbanan kami yang tidak seberapa ini, diterima Allah sebagai suatu khidmat-bakti dalam memartabatkan agama-Nya. 

 

 

 

SEKIAN, TERIMA KASIH…

Reviews

There are no reviews yet.

Add Review

Add Review

Be the first to review “Madrasah Tahfiz Al-Quran Darul Ulum Paka”

Your email address will not be published. Required fields are marked *