Sign In

Madrasah Tahfiz Al-Quran Hamidiyah, Batu Pahat

Madrasah Tahfiz Al-Quran Hamidiyah, Batu Pahat

Category:

Product Description

Hadith riwayat oleh Abu Sa’id RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

” التَّاجِرُ الصَّدُوقُ الأَمِينُ مَعَ النَّبِيِّينَ، وَالصِّدِّيقِينَ، وَالشُّهَدَاءِ “

Maksudnya: “Peniaga yang jujur dan amanah akan bersama para Nabi, orang yang jujur ( lagi benar ) dan orang yang Syahid.”

[Riwayat al-Tirmizi (1209)][Hadith ini adalah hasan menurut Imam al-Tirmizi]

Alhamdulillah, penubuhan AJK Koperasi Madrasah Tahfiz Quran Hamidiyah (MTQH), yang terletak di Jalan Lim poon, Batu Pahat, telah berjaya mendidik para pelajarnya untuk menguruskan serba sedikit mengenai jual-beli (muamalat).

Berminat untuk menyokong produk koop MTQH sambil menderma untuk kelangsungan madrasah?
Sila hubungi Puan Aishah (017-7694517), & Tuan Mudir Ustaz HamidiBin Ahmad (013-3720457).

Hari ini kami warga MTQH dikejutkan dengan pemergian insan yang sering menyumbang untuk MTQH. Beliau adalah Tuan Yusuf Bin Jaffar, bapa saudara kepada Tuan Mudir MTQH, Ustaz Hamidi Bin Ahamad.

Allahyarham yang pernah berkhidmat di Ibu Pejabat Polis ( IPD ) Batu Pahat, sebagai Pegawai Polis di situ, telah menghembuskan nafas terakhirnya di kediaman beliau di Taman Perpaduan, Parit Besar, Batu Pahat.

Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama para sholiheen. Amin.

-Al-Faatihah-

MADRASAH TAHFIZ QURAN HAMIDIAH :

Madrasah Tahfiz Quran Hamidiah ( MTQM ) ini, terletak di berdekatan Sekolah Menengah Dato Bentara Luar ( SMDBL ) Batu Pahat, 83000 Batu Pahat, Johor, Malaysia.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Madrasah Tahfiz ini, sila hubungi nombor telefon ini : +60 7-432 7418.

Reviews

There are no reviews yet.

Add Review

Add Review

Be the first to review “Madrasah Tahfiz Al-Quran Hamidiyah, Batu Pahat”

Your email address will not be published. Required fields are marked *