Sign In

Madrasah Tahfiz Al-Quran Jawahir Al-Ulum, Senggarang

Madrasah Tahfiz Al-Quran Jawahir Al-Ulum, Senggarang

Category:

Product Description

PENGENALAN RINGKAS :

 

MADRASAH TAHFIZ AL QURAN JAWAHIR AL ULUM -NAMA SINGKATANNYA (MTAJ)

 

Madrasah Tahfiz Al-Qur’an Jawahir Al-Ulum (MTAJ), telah diasaskan pada tahun 2011, dengan prinsip bermasyarakat dan telah didaftarkan mengikut peraturan di bawah Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) , dengan nombor pendaftarannya : MTS/BP/007.

Dibawah organisasi MTAJ ini, ruang pendidikan yang ditawarkan adalah seperti berikut :-

i) Tadika Pra Tahfiz Jawahir Aulad MTAJ : No. 8, Jln Parit Jabar, Senggarang, Batu Pahat, Johor.

ii)  Sekolah Rendah Tahfiz Jawahir Iklil MTAJ : (Status : sementara sehingga tapak sekolah di Parit Kemang, Batu Pahat, selesai disipakan) : Alamat Lokasi : No. LSL 27, Jalan Parit Lapis Sungai Lurus, Senggarang, Batu Pahat, Johor.

iii)  Sekolah Menengah Tahfiz Akademik Jawahir Al Ulum : No. LSL 27, Jalan Parit Lapis, Sungai Lurus, Senggarang, Batu Pahat, Johor.

iv) Sekolah Menengah Tahfiz Tulen Jawahir AL Ulum : Masjid Parit Tengah, Sri Merlong, Rengit, Batu Pahat, Johor.

 

Kami juga memiliki sebuah Kedai Runcit, yang terletak berhadapan di Sekolah Menengah Agama Jawahir Al-Ulum, Jalan Parit Kemang, Parit Raja, Senggarang, Batu Pahat, Johor. Kepada anda semua, kami memepelawa untuk datang ke kedai kami, ‘support’ kami dan ekonomi Muslim, sebagai satujihad juga daripada kita semua, bagi mendapatkan produk-produk yang dijamin Halalan Toyyiban, bolehlah dapatkannya di kedai kami. Sambil itu, boleh juag sebagai pembantu ekonomi Madrasah kami. Ribuan Terima Kasih yang mampu kami ucapkannya. Semoga Allah mengganjari kebaikan-kebaikan yang dihulurkan, amin, Insya’Allah…

 

‘SUPPORT’LAH Kedai Madrasah Jawahir untuk melipatgandakan usaha mempromosi Produk Muslim ini!!

 

“MENCARI YANG HALA ITU ADALAH FARDHU AIN KE ATAS SETIAP MUSLIMIN!!”

KAMI MERANCANG UNTUK BUAT MINI EXPO PRODUK MUSLIM. KAEDAH BUAT “PUBLIC EDUCATION AND EXPOSURE”. PENGELUAR YANG BERMINAT TURUT SERTA SILA HUBUNGI : 011-4057 9940 –

[Encik Nubhan]

 

 

Seruan Berjariah terhadap pembinaan Madrasah Tahfiz Al-Quran Jawahir Al Ulum. Sila salurkan derma dan sumbangan anda ke :

Akaun MAYBANK MADRASAH KAMI :

551445122749

NAMA : 

Madrasah Tahfiz Al-Quran Jawahir Al Ulum

atau terus hubungi Ustaz Shariff Omar di talian : 07-4291077

 

Assalamualaikum W.B.T…

Pada penghujung minggu ini, Pelajar Kursus Kokurikulum Berkredit Rekaan Grafik Berkomputer, UQM10201 akan mengadakan Program Safety First Through Graphic Design, dengan Kerjasama Madrasah Tahfiz Al-Quran Al Jawahir Al Ulum, Sungai Lurus, Senggarang Batu Pahat, Johor. Semoga dipermudahkan segala urusan-urusannya, amin. Jawatan Kuasa Pelaksanan Program Safety First Through Graphic Design Kursus Kokurikulum Berkredit Rekaan Graphic Berkomputer UQM 10201, akan dibuat di Seksyen 1, Pusat Pengajian Umum dan Kokurikum, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Parit Raja, Batu Pahat, Johor.

 

Sekian Sahaja, Terima Kasih.

Reviews

There are no reviews yet.

Add Review

Add Review

Be the first to review “Madrasah Tahfiz Al-Quran Jawahir Al-Ulum, Senggarang”

Your email address will not be published. Required fields are marked *