Sign In

Madrasah Tahfiz Al-Quran Nasihun Amin, Muar

Madrasah Tahfiz Al-Quran Nasihun Amin, Muar

Category:

Product Description

PENGENALAN RINGKAS :

Madrasah Tahfiz Al-Quran Nasihun Amin, Muar, ialah sebuah Maahad Tahfiz  untuk pelajar lelaki perempuan berasrama.

MISI :

“Melahirkan Generasi Bijak Al-Quran dan Mahir Fardhu Ain sampai peringkat tinggi dan juga dapat belajar, beramal, menyampaikan.
Bagi yang berminat untuk menadah kitab-kitab lama boleh berbincang dengan Tuan Guru sendiri”.

 

 

Perihal :

 

 

Juga sebagai Tahfiz Al-Quran Dan Sistem Pondok (Kitab Turath) Jawi

Tahun ditubuhkan : 1990

Menyediakan Pembelajaran Tahfiz Al-Quran, Pengajian Pondok, Sijil Menengah Rendah Agama (SMRA), Sijil Menengah Agama (SMA), Sijil Syahadah Al-Quran, Mantap Hafazan 30 Juzu’, Pengajian Bahasa Arab, Kelas Al-Quran Dan Fardhu Ain (KAFA JAKIM), Sijil Pelajaran Melaysia (SPM), diberi jalan ke Diploma Pengajian Agama di antaranya : Diploma Tahfiz Wal Qiraat, Diploma Syariah, Diploma Usuluddin, Talaqi Pondok, Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), boleh Juga memohon sebagai Tenaga Pengajar bagi sektor swasta Dan kerajaan (sekiranya ada kekosongan), Kem Ibadah pada Bulan Disember yang dianjurkan pada setiap Tahun.

 

 

Anugerah :

 

– Melahirkan Pelajar Lepasan Al-Azhar, lepasan KUIN, MARSAH, KUIM,

– Melahirkan para Huffaz Perujian Tahfiz Daerah, Negeri dan Kebangsaan Tahfiz Al Quran 1-30 Juzu’, 1-20 Juzu’, 1-10 Juzu’, dan lain-lain.
 

PENGASAS :

1. Pengasas  : Tuan Guru Hj Mohd isa Bin Abd Latiff  : (Bekas Pelajar Pondok Di Negeri Pahang, Pasir Tumboh Kelantan, Melaka, Johor),
Bekas Murid Kepada Allahyarham Tuan Guru Hj. Abdullah, Allahyarham Tuan Guru Hj. Ma’lib, Allahyarham Tuan Guru Hj. Hashim Dan ramai Lagi).

 

2. Penaung Tuan Guru Khusnul Ain : (Bekas Pelajar Pondok Semelaysia)
Bekas Murid kepada Ramai Tuan-Tuan Guru Di malaysia).

 

3. Setiausaha : Muallimah Ustazah Noraini Binti Hj. Md. Basar : ( Bekas pelajar Pondok Di negeri Pahang dan Johor. Beliau juga telah mendalami Ilmu Agama Dari sejak usia Belasan Tahun Hingga 40’an. Insya’allah dengan pengalaman dan ilmu mereka itu, maka dapatlah kita mengambil manfaatn daripadanya untuk kita menimba Ilmu, sebagai bekalan untuk dibawa ke akhirat kelak, Insya’Allah, amin.

 

 

Pondok Tahfiz ini bermula di Parit Peropok, Muar, yang dibina pada tahun 1999. kemudian pada tahun 2000, ianya berpindah di tempat yang baru, iaitu di Parit Darat, Muar sehingga Kini.

 

 

MADRASAH TAHFIZ AL-QURAN NASIHUNA AMIN ini telah berdaftar dengan JABATAN AGAMA ISLAN NEGERI JOHOR (JAINJ).

NOMBOR PENDAFTARANNYA : MTS/MR/006 (JAINJ).

 

LOKASINYA DI ALAMAT :

Kampung Parit Bakar, 84000, Muar, Johor.

 

 

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI DI TALIAN :

019-668 6351

 

EMAIL :

muhammadmohdisa@gmail.com / mbt439@gmail.com

SEKIAN, TERIMA KASIH…

Reviews

There are no reviews yet.

Add Review

Add Review

Be the first to review “Madrasah Tahfiz Al-Quran Nasihun Amin, Muar”

Your email address will not be published. Required fields are marked *