Product Description
PENGENALAN RINGKAS :
Madrasah Tahfiz Dan Alim Baitul Bayan ialah merupakan sebuah Madrasah Tahfiz yang berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ), yang beralamat di :
NO. Lot 459 Jalan Baru Simpang Lima, Mukim 2, Bagan, Batu Pahat, Johor.
Perihal :
Madrasah Tahfiz Dan Alim Baitul Bayan ini ditubuhkan oleh ‘Pertubuhan Baitulbayan’. Pertubuhan Baitulbayan ditubuhkan sebagai badan bukan kerajaan (NGO), pada Jun 2010 yang menjalankan aktiviti penganjuran program pengajian lslam/kelas fardu ain dan lain-lain aktiviti ilmiah, yang diadakan di sekitar bandar Batu Pahat, Johor.
Skop :
Ingin melahirkan generasi pewaris para Ambiya’, Ulama’ penjaga Al-Quran dengan menghafal 30 juzu’nya, beramal dengan berpandukan ilmu-ilmunya, berpengetahuan arif berkenaan Al-Quran dan hukum Tajwidnya dan menyebarluaskan lagi ilmu Agama Islam kepada masyarakat dan menyampaikan ilmu-ilmu agama Islam yang lain-lainnya supaya masyarakat tidak jahil akan ilmu Agama yang benar dan suci ini.
Carta Organisasi Madrasah Tahfiz Dan Alim Baitul Bayan :
Penasihat: Dato’ Hj Awang bin Hj Mohamad
Pengerusi: Ust Anuar Bin Mustafha
Naib Pengerusi: Hj. Abdullah Bin Abdul Mutalib
Setiausaha: Hj. Dr Zulkifli Bin Mohd Shah
Penolong Setiausahai: Farhan bin Ashari
Bendahari: Hj. Kamaruddin Bin Othman
Ahli jawatankuasa: Hjh. Salamah Binti Bahrom,
Hjh. Saswita Binti Mohd. Nor
Ustazah Arfah binti Mohd Yusup
MOTTO :
“Membela Al-Quran adalah salah satu daripada cabang berjihad di jalan Allah”
Reviews
There are no reviews yet.