Sign In

Pondok Pengajian Al Fateh

Pondok Pengajian Al Fateh

Category:

Product Description

PENGENALAN RINGKAS :

Pondok Pengajian Al Fateh adalah merupakan sebuah Pusat Pengajian Tahfiz yang terletak di, Tapak Wakaf, KR. 2/12/1A, Kampung Rahmat, 83000, Batu Pahat, Johor. Pusat Tahfiz ini telah berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ).

Madrasah ini telah ditubuhkan persendirian oleh sebuah keluarga yang ingin mengifaqkan kehidupannya di jalan Allah, pada tahun 2015.

Madrasah ini menjalankan Pengajian Tahfiz untuk lelaki dan perempuan.

Untuk keterangan lebih lanjut, sila hubungi talian seperti tertera di website ini.

Terima Kasih.

 

PERKONGSIAN :

 

Kelebihan TA’LIM (Majli Ilmu):

🌹Rumah yang didalamnya terdapat Majlis Taklim, bermakna rumah tersebut mewarisi pusaka Rasulullah S.A.W. Barangsiapa yang mewarisi pusaka Rasulullah S.A.W, maka akan diturunkan untuknya rahmat dan barakah , ketenangan, dan ketenteraman oleh Allah, ianya akan terwujud di rumah tersebut.

🌹Rumah yang diadakan Majlis Taklim di dalamnya akan dikunjungi oleh para Malaikat. Diturunkannya Taufiq, Hidayah serta Rahmat. Segala amal buruk, kegelapan, ketegangan akan dijauhkan dari rumah tersebut. Amalan Taklim akan membawa cahaya dan kesannya ialah, kehidupan akan damai dan sejahtera.

😍Langkah-langkah yang harus dilakukan agar terwujud Majlis Ta’alim di rumah kita:

->Tentukan waktu untuk Taklim. Waktu yang terbaik untuk Taklim adalah jika semua ahli keluarga sedang berkumpul.

-> Melaksanakan Taklim di tempat yang tetap dan masa yang tetap dengan istiqamah.

-> Bawa adab-adab majlis dengan sempurna seperti duduk iftirasy, menutup aurat, berwudhuk dan sebagainya.

-> Waktu untuk Ta’alim paling terbaik sekurang-kurangnya 30minit. Bagi orang baru memadai dengan membaca sebuah hadith setiap bab dan setiap hari demi hari supaya ada peningkatan iman.

😍Tujuan diadakan Majlis Taklim ialah :

-> Tujuan kita mengadakan Majlis Taklim adalah semata-mata untuk mengingati Allah S.W.T, mengetahui janji-janji Allah S.W.T, dan mendapat keredhaanNya.

-> Untuk menghidupkan sunnah Rasulullah S.A.W.  yang menjadi asbab kejayaan kita di Dunia dan Akhirat. Sunnah itu bukan hanya kita pelajari, tetapi untuk kita amalkan dalam kehidupan sehari-hari.

-> Apabila kita sering duduk di dalam Majlis Taklim, Fadilat, dan Amal, maka kita akan rasa semakin ghairah untuk mengamalkan Agama Islam.

-> Majlis Ta’alim menghubungkan ilmu kita yang sedikit ini, dengan ilmu Allah S.W.T. Yang Maha Luas itu.

-> Supaya kita dapat luangkan waktu untuk belajar agama.

-> Supaya kita dapat memiliki fikiran dan risau pasal Agama Islam.

-> Untuk mengetahui segala perintah Allah S.W.T. dan Sunnah-Sunnah Rasulullah S.A.W.  serta alam Akhirat.

-> Menghubungkan Ilmu dengan Amal.

-> Untuk memasukkan Nur Kalamullah dan Nur Sabdaan Rasulullah S.A.W.  ke dalam hati kita.

😍Keutamaan Majlis Ta’alim ialah :

Mahfum hadis Nabi S.A.W. : “Tiadalah berkumpul suatu kaum di dalam rumah-rumah Allah (masjid), untuk membacakan kitab Allah, saling mengajarkan sesama mereka, melainkan diturunkan kepada mereka sakinah, diliputi oleh rahmat, dikerumuni oleh para malaikat, dan mereka akan disebut oleh Allah dalam majlis para malaikat yang berada di sisiNya.” ( Hadith riwayat Muslim, dan Abu Daud)

🌹Majlis yang mendapat keampunan dosa-dosa pesertanya yang akan digantikannya dengan kebaikan. Walaupun seseorang itu hanyalah secara kebetulan sahaja menghadiri majlis yang di dalamnya disebutkan nama Allah S.W.T, tetapi orang itu tetap akan diampuni dosa-dosanya juga seperti yang lain-lain di Majlis itu.

🌹Mendapatkan Sakinah atau Ketenangan Jiwa.

🌹Sebuah Majlis Taklim dapat menghapuskan 100 MAJLIS YANG MELALAIKAN, iaitu majlis yang tidak mengingati atau menyebut nama Allah S.W.T. di dalamnya.

🌹 Para Malaikat akan melihat tempat-tempat Majlis Ta’alim seperti manusia melihat bintang-bintang bercahaya di langit.

🌹Sesaat saja duduk di Majlis Taklim, pahalanya lebih baik daripada berziarah kepada 100 orang pesakit.

🌹Majlis Ta’alim juga lebih mulia daripada menghantarkan 1000 jenazah ke perkuburan.

🌹Mahfum hadith Nabi S.A.W.  Majlis Ta’lim ini adalah merupakan kebun-kebun syurga.

🌹Majlis Taklim juga merupakan Pusaka Warisan Rasulallah S.A.W.

🌹Allah S.W.T.  akan menurunkan rahmatNya kepada setiap peserta majlis ini. Ada 4 tempat di muka bumi ini yang Allah S.W.T. senantiasa menurunkan rahmatNya iaitu :

1- Masjidil Haram

2- Makam Rasulallah S.A.W.

3- Pada Bulan Ramadhan

4- Majlis-majlis yang di dalamnya disebut nama Allah.

🌹Jika kita senantiasa menghadiri Majlis Taklim, maka kita akan mendapat perbaiki 5 aspek agama dalam kehidupan kita iaitu :

1- Imaniyah

2- Ubudiyah

3- Muammalah

4- Muasyarah

5- Akhlak

 

🌹Setelah selesai sahaja Hadis-Hadis yang telah dibaca, maka teruskanlah dengan menyebut tentang 6 sifat para Sahabat Nabi Muhammad S.A.W.  yang mana jika kita ikuti , Insya’Allah akan membawa kepada kejayaan Dunia dan Akhirat.

🌹Jika kita dapat membentuk Majlis Taklim di rumah, itu bererti ada ciri-ciri Sunnah Rasulullah S.A.W. dan para Sahabat di dalam rumah kita.

🌹Insya’Allah, sebagaimana Allah S.W.T. mendidik mereka, begitu juga Allah S.W.T. akan mendidik kita juga. Segala sifat yang ada pada diri mereka sedikit sebanyak akan kita miliki.

🌹Rumah yang didalamnya diadakan Majlis Taklim, maka Rahmat dan Keberkatan akan datang untuknya, sakinah (ketenangan), serta ketenteraman akan terwujud. Amin.

🌹Jangan lupa habis sahaja Taklim, doa penutup majlis ialah dengan membaca tasbih kafarah.

🌹Setiap hadis diulang baca sebanyak tiga kali.

🌹Istiqamah dalam masa 40 hari Insya’Allah, kita akan rasai perubahan dalam keluarga dan kehidupan kita .

🌹Istiqamah 1 tempat 1 masa, contoh setiap hari pukul 9 pagi di tempat yang sama.

Wallahu’alam Bissawab,sekadar berkongsi. Sesungguhnya yang baik dan yang buruk itu adalah datangnya  daripada Allah. Tetapi yang lemah itu adalah daripada kelemahankita sebagai hambaNya. 

#PESANAN :

=> Hanya orang yang tidak tahu “KELEBIHAN” menghafal Al-Quran sahaja yang akan memandang rendah  terhadap PENGHAFAL AL-QURAN

” Menghafal Al-Quran pada setiap hari secara teratur itu lebih baik daripada menghafalnya dengan secara tidak konsisten yang terputus-putus (sekejap buat,sekejap tinggalkannya)”.

TENTANG REZEKI :

Rezeki adalah sebahagian dari Takdir Ilahi sehingga untuk memahaminya, haruslah memahami terlebih dahulu akan Takdir dengan baik.

Yang jelas Rezeki tidak mungkin tertukar, Allah pasti membahaginya rezeki dengan adil.

Menjadi seorang hafidz mungkin adalah salah satu hal yang banyak dicita-citakan setiap muslim . Bagaimana tidak? Banyak keutamaan-keutamaan bagi seseorang yang bisa menjaga, menghafal dan juga mampu mengamalkan ayat-ayat Allah ini, di dalam kehidupannya sehari-hari, sebelum kita belajar bagaimana ‘methode’ cara menghafal Al-Quran, seafdholnya terlebih dahulu kita mengetahui fadhilat bagi Penghafal Al-Quran agar kita lebih termotivasi :

1) Dari Abu Hurairah R.A. bahwa Rasulullah S.A.W. bersabda :  “Penghafal Al Quran akan datang pada hari kiamat, kemudian Al-Quran akan berkata: “Wahai Tuhanku, bebaskanlah dia, kemudian orang itu dipakaikan Mahkota Karomah (Kehormatan), Al-Quran kembali lagi dengan meminta : “Wahai Tuhanku, tambahkanlah (lagi), maka orang itu diapakaikannya Jubah Karomah. Kemudian Al-Quran memohon lagi : “Wahai Tuhanku, redhailah dia”, maka Allah pun meredhainya. Dan diperintahkan kepada orang itu, “bacalah (Ayat-Ayat Al-Quran yang dihafalnya) dan teruslah kamu naiki (Darjat-Darjat Syurga)”, dan Allah menambahkan dari setiap ayat yang dibacanya itu dengan tambahan nikmat dan kebaikan”  

(H.R. Tirmidzi, Hadits Hasan {2916}, Ibnu Khuzaimah, Al Hakim, ia menilainya Hadits Shohih)

2) Muadz Bin Anas Radhiyallahuanhu, menyebutkan bahwa Nabi S.A.W.  bersabda : “Barangsiapa yang membaca Al-Quran dan mengamalkannya, maka akan dipakaikan kepada kedua orang tuanya Mahkota yang sinarnya lebih terang daripada sinar matahari di dunia pada hari kiamat nanti, kalaulah sekiranya ada bersama kalian, maka apa perkiraan kalian tentang orang yang mengamalkan Al-Quran  itu?” (H.R. Ahmad, Abu Daud, Al-Baihaqi dan Al-hakim ).

Dan tentunya masih banyak lagi tentang fadhilah bagi pennghafal Al Quran , lalu bagaimanakah kita bisa menghafal Al-Quran itu sendiri? Dalam pertanyaan ini Ustaz Abdul Aziz telah membahasnya dalam buku yang beliau tulis dengan judul, “Anda pun bisa menjadi Hafidz Al-Quran”, beliau menjelaskan beberapa cara yang bisa kita terapkan semasa dalam tahap menghafal Al-Quran, di antaranya :
 
– Yakinlah pada diri kita bahwa kita mampu menjaga Kalimah-Kalimah Allah, serta niat yang ikhlas.

– Yakinlah dengan hari Akhirat, kerana yang demikian itu, bisa menambah serta menguatkan kembali motivasi kita untuk mencari perlindungan serta Rahmat daripada Allah S.W.T.

– Mulailah daripada sekarang untuk mewujudkan hobi membaca Al-Quran dalam diri kita, dan gunakanlah setiap waktu yang terluang itu untuk membaca Al-Quran kerana dengan demikian, akan terpupuk dan tumbuhnya rasa cinta kita terhadap Al-Quran dan membaca Al-Quran akan menjadi kebutuhan kita sehari-hari selayaknya seperti seorang photografer yang membutuhkan kameranya.

– Perbaikilah bacaan Al-Quran kita.

 

FAKTA :

Biasakanlah atau dawamkan membaca surat pilihan (Al-Kahfi, Yasiin, Al-Waqi’ah, Ar-Rahman, Al-Mulk dsb). Ini kerana, di samping kita mendapat faedah daripada surah-surah itu, kita juga mendapat kemudahan, jika sekiranya kita menghafal surah yang sering kita baca atau dawamkanm itu.

Gunakan Mushaf Al-Quran satu tipe.

Bergurulah , maksudnya adalah saranan bagi kita, agar bisa berguru kepada orang yang kita anggap lebih tinggi Ilmu Agamanya dalam mendalami Ilmu Quran. Ini kerana ianya sangat membantu kita dalam memperbaiki bacaan-bacaan kita saat menghafal Al-Quran.

Mulailah menghafal daripada juz yang ke 30. Kenalilah karakter Juz dan Surahnya. Bacalah Tafsirannya, kerana dengan memahami Al-Quran itu akan menjadikan kita lebih kenal dengan konteks dalam Al-Quran dan juga kita lebih tahu, apa yang Allah sampaikan kepada kita, dan dengan itu pula, kita akan lebih teguh keimanannya serta rasa interistik kita akan tumbuh kerana bisa memahami makna daripada Ayat-Ayat Allah yang indah.

Plilihlah waktu yang tepat untuk menghafal Al-Quran. Plilhlah tempat yang sesuai. Menyendirilah, kerana dengan menyendiri kita akan lebih berkonsentrasi. Buatlah perancangan yang mensasarkan target dan jadualnya. Sibukkanlah diri dengan Al-Quran. Berdoalah. Wiridkanlah, maksudnya adalah dengan mewiridkan Ayat-Ayat yang telah kita hafal agar lebih mudah untuk muraja’ah atau mengulang-ulang hafalan Al-Quran itu. Carilah sesuatu yang boleh kita jadikan panduan yang baik atau tauladan, agar kita lebih termotivasi .

Carilah teman akrab, dalam menghafal Al-Quran demi perjuangan, kesabaran, keteguhan dan lain-lain. Dan kondisi ini akan berlangsung selama 1 tahun atau bahkan lebihdari itu, maka apa jadinya jika dalam jangka waktu ini kita tidak mempunyai teman akrab yang dapat meluangkan isi hati kita semasa menghafal Al-Quran?

Rutinkanlah tahajud, perbanyakkanlah berzikir, rutinkanlah berpuasa sunat, perbanyak istihfar, bacalah biografi para shalafussaleh (orang-orang saleh), jadilah saabiqun bil khairot, artinya orang yang selalu bersegera dalam beramal sholeh. Rajinlah muraja’ah. Beranikan diri jadi imam solat. Bacalah ayat yang telah kita hafal dalam bacaan solat kita. Beranikan diri ikut musabaqoh, kerana akan sangat membantu kita dalam mengukur seberapa matang hafalan kita selam kita menghafal. Ajarkan Al-Quran kepada orang lain.

Ikhlaskan niat, karna niat adalah yang menentukan baik buruknya amal perbuatan seseorang. Berkomitmenlah, kerana dalam menghafal Al-Quran terkadang kita akan merasa kurang semangat tidak seperti hari-hari kelmarin, maka di sinilah kepentingan dari berkomitmen itu sendirian. Tancapkan dalam diri kita “saya bisa”. Jadikan Al-Quran menyatu dalam kehidupan kita, yaIni aplikasikan apa yang telah kita ketahui tentang pemahaman kita terhadap Al-Quran kerana akan membantu kita menjadi orang yang berakhlak Al-Quran bukan hanya penghafal.

Jadikan Al-Quran modal hidup didunia juga di Akhirat. Jauhkan diri daripada maksiat, kerana Ilmu Allah ini tidak diturunkan kepada orang-orang yang bermaksiat. Miliki cita-cita dalam jangka pendek, contoh ; ” Jika saya mampu menyelesaikan hafalan saya, saya akan melanjutkan study ke mesir”, dan sebagainya. Bentukanlah lingkungan, mari membentuk linkungan dengan menerapkan lingkungan Qurani, dengan selalu berusaha membawa kehidupan sekitar kita dengan akhlak yang baik, contoh dengan mengucapkan salam ketika bertemu dengan sanak kerabat atau orang yang kita ketemui dan sebagainya. Hati-hatilah dalam beralasan.

Berdakwaklah. Bersyukurlah selalu kepada Sang Ilahi Robi atas nikmat yang telah diberikan dalam setiap hembusan nafas kita. Amin.

Firman Allah :

“وَلَقَدْ يَسَّرْنَا الْقُرْءَانَ لِلذِّكْرِ فَهَلْ مِن مُّدَّكِرٍ”
 
“Dan sesungguhnya telah Kami memudahkan Al-Qur’an itu untuk pengajaran, maka adakah ada orang yang mengambil pengajaran daripadanya?”, (QS. al-Qamar:17).

Semoga apa yang telah kita azamkan bisa tercapai. Amin..Amin..Allahumma Amin.

Reviews

There are no reviews yet.

Add Review

Add Review

Be the first to review “Pondok Pengajian Al Fateh”

Your email address will not be published. Required fields are marked *