Product Description
PENGENALAN RINGKAS :
Pondok Tahfiz Ar-Rifaie :
NO. (2-3) & (2-3A) & (2A-3A), JALAN DESA PUTERA 43/KS 08, PUSAT PERNIAGAAN DESA PUTERA, JALAN KEBUN, Klang, Selangor.
Nombor Telefon : 019-932 8339
MAKLUMAT TAMBAHAN :
ptar.islamic.edu@gmail.com
MORE INFO :
Alhamdulillah segala pujian bagi Allah, yang mentadbir sekalian alam, kepadaNya jualah diserahkan segala urusan dunia dan Akhirat. Dialah yang Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana, Maha Suci Allaah dari sebarang persamaan dengan makhluk ciptaan-Nya walaupun satu bahagian kecil. Selawat dan salam dipanjatkan buat junjungan mulia Nabi Muhammad Shollallahu ‘Alaihi Wasallam, serta buat ahli keluarga Baginda dan para Sahabatnya, serta mereka yang ikhlas memperjuangkan Agama Allah.
PONDOK TAHFIZ AR-RIFAIE PUSAT KECEMERLANGAN ILMU, atau ringkasannya (PTAR), adalah merupakan cawangan kepada AR RIFAIE RESOURCES atau ringkasannya AR RIFAIE yang ditubuhkan pada 1 Oktober 2016, dan memulakan operasinya pada 1 November 2016, di Jalan Kebun, Klang, Selangor.
Terbinanya PTAR ini adalah di atas kerjasama, di antara Ar Rifaie Resources dan Ainasar Holdings Sdn. Bhd. Sejajar dengan penubuhan Pusat Tahfiz ini yang bermatlamatkan untuk menjulang fahaman Ahlus-Sunnah Wal-Jama’ah dan mendokong segala gerak kerja dakwah di seluruh Malaysia, khususnya dan Asia secara amnya. Pusat Tahfiz ini juga meletakkan asas Aqidah Ahlus-Sunnah Wal-Jama’ah sebagai tonggak pendidikan, Feqah Mazhab Imam As-Syafie, sebagai pendekatan dalam ibadah dan menjadikan bidang Tasauf sebagai penyucian Akhlak dan metodologi dalam berdakwah.
Misi dan visi Pusat Tahfiz ini adalah, menyemai kembali Aqidah Rasulullah ShollalLahu ‘Alaihi Wasallam, berteraskan kepada Manhaj Al-Asya’irah dan Al-Maturidiyyah, juga menyuburkan amalan-amalan dalam ibadah yang tidak bercanggah dengan Mazhab Imam As-Syaf’ie, di samping menghormati mazhab-mazhab lain juga yang muktabar, seperti Mazhab Hanafi, Maliki dan Hanbali, tanpa ada sifat prajudis dan mengenepikan peningkatan dan penyucian rohani yang berdasarkan kaedah Sufi dan Tasauf. Antara lain juga adalah, membasmi segala bentuk kesyirikan, kekhurafatan dan amalan-amalan yang bercanggah dengan Agama Islam.
“Ilmu, Amal dan Taqwa” itulah tema perjuangan yang di atasnya terbina Pusat Tahfiz ini.
_______________________________________
LEMBAGA PENGURUSAN PONDOK TAHFIZ AR-RIFAIE :
– PENASIHAT : ENCIK NIK NASRUL FADZIR ABDULLAH BIN NIK MOHAMMAD
(( CEO AINASAR HOLDINGS SDN.BHD ))
– PENGERUSI : USTAZ HAJI AHMAD HAFIZ BIN HAJI MOHD ALWI
(( PENGETUA AR-RIFAIE SHAH ALAM ))
– PENGETUA : USTAZ AHMAD SALMAN HAMIDI BIN RAHMAD
-SETIAUSAHA : USTAZAH QAIRUL NISAQ BINTI DAUD
– BENDAHARI : PUAN ROSNIDA BINTI ABDUL KADIR
PERKHIDMATAN :
Pengajian Yang Ditawarkan :
1. Pengajian Fardhu Ain
2. Pengajian Al-Quran Dan Tajwid
3. Pengajian Bahasa Arab
Reviews
There are no reviews yet.