Sign In

Pusat Tahfiz Anak Yatim As Sidiqi

Pusat Tahfiz Anak Yatim As Sidiqi

Category:

Product Description

Entah BILAKAH anak-anak yatim ini akan dapat mendiami asrama yang cuba diusahakan untuk dibina ini…
 

BILAKAH AGAKNYA ANAK-ANAK YATIM INI BOLEH MENDIAMI ASRAMA BARU MERKA ITU? Sedih, pilu, sayu dan berat mata memandang, berat lagi beban bahu yang memikulnya, apababila memikirkan nasib mereka…

 

Pihak TAHFIZ ANAK-ANAK YATIM AS SIDIQI ( TAYAS ), telah berazam untuk memulakan operasinya pada tahun ini. Namun akibat kekurangan dana dan kewangannya, bangunan asrama ini tidak dapat disiapkan lagi. Banyak lagi infrastrukturnya yang perlu diadakan, sebagaimana yang diwajibkan pihak berkuasa. Hutang barang binaan pun banyak lagi belum dilunaskan.

 

Ramai anak-anak Syurga ini yang datangnya daripada keluarga yang miskin, sekian lama menunggu untuk diterima masuk ke Pusat Tahfiz ini. Persekolahan mereka ini akan dibiayai sepenuhnya oleh Pusat Tahfiz. Makan minum mereka akan dijaga dan kasih sayang untuk mereka akan diberikan perhatian utama.

 

Pihak Tahfiz berusaha untuk membina penempatan anak-anak Yatim ini dengan bangunan yang lebih baik, selesa, dan sesuai mengikut peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa Malaysia.

 

Juga ingin membina bangunan tempat pembelajarannya yang selesa, sesuai, berkeadaan baik, bersistematik dan mengikut peraturturan yang ditetapkan.

 

Sehubungan dengan itu, pihak Tahfiz memohon bantuan, sumbangan, dan pertolongan daripada semua pihak untuk membantu meringankan bebanan yang ditanggung oleh pihak Tahfiz.

 

SUMBANGAN KEWANGAN ANDA UNTUK PUSAT TAHFIZ ANAK-ANAK YATIM AS SIDIQI INI ( TAYAS ), BOLEH DISALURKANNYA KE AKAUN PIHAK TAHFIZ SEPERTI BERIKUT :

 

 

AKAUN DANA TAYAS :

MAYBANK ISLAMIK : 563064140127 

NAMA : Pusat Pengajian Al Sidiqi

 

 

 

Pihak TAYAS perlukan lagi, sekurang-kurangnya RM15 ribu setiap bulan, bagi menyiapkan asrama ini mengikut jadualnya yang ditetapkan, setelah tertunda beberapa kali akibat kekurangan dana dan kewangannya.

 

Kini,  kutipan setiap bulan tidak sampai RM10 ribu. Walaubagaimana pun, Alhamdulillah, pihak Tahfiz bersyukur kepada Allah kerana ada yang sudi menghulurkan bantuan kewangan ini. Insya’Allah, semoga tuan-tuan sekalian dapatlah membantu kami untuk realisasikan hasrat, bagi membela anak-anak Syurga ini daripada keluarga yang miskin untuk ditempatkan di asrama yang baru ini, yang masih belum dapat disiapkan lagi dan perancanngan berdasarkan jadual kontraktor, jika kewangan mencukupi dapatlah bangunan ini disiapkan seperti yang dirancangkan itu, sebelum akhir tahun ini.

 

 

Mari kita fahami tentang firman Allah S.W.T. dan Hadith Nabi (S) di bawah ini. Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa kita dan memberikan kita keinsafan. Amin.

 

 

Allah Taala menyebut di dalam Surah Ad-Duha, Ayat 9-10 : “Pada anak-anak yatim itu ada penawar yang menyembuhkan. Pada anak-anak yatim itu juga, ada racun yang sangat menyakitkan. Sekiranya hatimu tega dan rela dengan kesusahan mereka, ertinya kau lupa dengan pesanan Allah ini. Maka terhadap anak-anak yatim janganlah engkau berkasar, dan terhadap pengemis janganlah kau mengherdiknya”.

 

 

Mereka ini mempunyai hak untuk ditunaikan seperti mana yang disebut dalam ayat di atas, berbuat baik kepada mereka adalah perkara yang paling terpuji, dan menyakiti mereka adalah perkara yang paling dikeji. Rasulullah S.A.W. bersabda : “Sesiapa yang menanggung makan minum seorang anak Yatim Muslim sehingga cukup keperluannya, maka wajib baginya Syurga”.

(Hadith Riwayat Al-Tabarani)

 

 

Sebarang Pertanyaan Sila Hubungi :

Saudara Ikhwan : 011-10693390 (Penyelaras Dana Kompleks TAYAS)
Tahfiz Anak-Anak Yatim Al-Sidiqi ( TAYAS ), Kampung Batu Rakit, Kuala Nerus, 21020, Kuala Terengganu, Terengganu.

 

 

 

Sebarang transaksi sumbangan boleh diemailkan ke :

 

danatayas@gmail.com atau sms & whatapp ke : 011-10693390

 

Tolong viralkan artikel di atas, WhatsApp, Facebook, Twitter dan lain-lain.

Reviews

There are no reviews yet.

Add Review

Add Review

Be the first to review “Pusat Tahfiz Anak Yatim As Sidiqi”

Your email address will not be published. Required fields are marked *