Sign In

Pusat Tahfiz Ibnu Hajar

Pusat Tahfiz Ibnu Hajar

Category:

Product Description

PENGENALAN RINGKAS :

Pusat Tahfiz Ibnu Hajar ialah merupakan sebuah Maahad Tahfiz yang dibuka untuk pelajar lelaki dan perempuan yang memiliki asrama.

 

 

 

MAKLUMAT LAIN :

 

 

TAHFIZ IBNU HAJAR

AKAUN MAYBANK : 554110511612

(IBH BANIN RESOURCES)

 

Ust. Abu Wabil : Mudir : 017-8853133

Ust. Sulaiman : Guru : 013-6957160

En. Sahizam : Setiausaha : 012-6749374
 

PRIHAL :

 

Pertubuhan Kebajikan Dan Pendidikan Ibnu Hajar Negeri Melaka, (2127-09-MEL), adalah merupakan sebuah Pertubuhan yang berdaftar dan di mana ianya juga menjalankan aktiviti-aktiviti Islamiah dalam penghidupan selaras dengan kehendak Al-Quran dan As-Sunnah di atas Manhaj Salafussoleh.

 

 

 

Cadangan Pembinaan Bangunan Kekal Satu Tingkat Di Atas Sebahagian Lot 850, Mukim Durian Tunggal, Daerah Alor Gajah Tahfiz Hafazan Al-Quran PKPIBH ini, telah diasaskan oleh beberapa orang yang terdiri dari jawatankuasa PKPIBH.

 

InsyaAllah, pembinaan Tahfiz Hafazan Al-Quran PKPIBH ini akan menjadi sebuah lagi Institusi yang berasaskan kebajikan dan pendidikan dengan berasaskan Al-Quran dan As-Sunnah.

 

Kekurangan Tahfiz Al-Quran di negeri Melaka, adalah merupakan salah satu faktor mengapa perlunya pembinaan Tahfiz Hafazan Al-Quran PKPIBH ini. Kebanyakan ibubapa yang menetap di negeri Melaka, terpaksa menghantar anak-anak mereka ke negeri Pantai Timur, seperti Kelantan dan Terengganu, untuk mengikuti pengajian Tahfiz Al-Quran.

 

Objektif Penubuhan Adalah Seperti Berikut :-

* Melahirkan generasi yang mencintai kalam Ilahi, menghafaz, memahami dan mengamalkannya serta menyebarkannya kepada orang lain.

* Melahirkan generasi yang mengamalkan Sunnah Nabi (s ) dan beramal dengannya.

* Melahirkan sebuah keluarga Muslim yang sebenar, di mana anak–anak kasih dan hormatkan kedua ibu bapa.

* Melahirkan generasi Islam yang berilmu, beriman, beramal, berpenghayatan Agama Islam dan berjiwa berakhlak mulia.

* Melahirkan insan yang kamil lagi Muktakammil di bawah naungan Al–Quran dan As-Sunnah.

* Melahirkan para Hufaz (Hafiz dan Hafizah) dan Ulama’ yang bertaqwa, berketerampilan, diiktiraf selaras dengan keperluan ummah dan negara.

* Mewujukkan pemeliharaan Al-Quran sebagai aset umat untuk generasi akan datang dan menjadikan isi kandungan Al-Quran pada jasad individu Muslim sebagai sebuah Al-Quran bergerak untuk dijadikan sebagai panduan secara praktikal pada seluruh alam.

 

Keseluruhan kos pembinaan bangunan ini ditanggung oleh individu prihatin, syarikat atau badan-badan tertentu yang berkongsi hasrat untuk melihat tertubuhnya sebuah Tahfiz Hafazan Al-Quran PKPIBH di, Lot 850, Mukim Durian Tunggal, Daerah Alor Gajah, Melaka.

 

Berbekalkan sumbangan yang telah diterima, dana yang telah terkumpul setakat ini adalah dalam lingkungan RM 60,000.00. Alhamdullilah, sumbangan daripada penderma yang budiman masih berterusan.

Memandangkan Dana yang terkumpul sehingga sekarang, masih belum mencukupi, disenaraikan perancangan terperinci perbelanjaan pembinaan Tahfiz Hafazan Al-Quran PKPIBH, untuk rujukan para dermawan. Sumbangan tidak terhad dalam bentuk wang ringgit sahaja, tetapi apa jua pun bentuk bahan binaan dan yang berkaitan, juga boleh disalurkan. Dokongan dalam memberi pandangan serta sokongan dalam membantu memungut derma juga amat dialu-alukan.

 

Pembinaan Tahfiz Hafazan Al-Quran PKPIBH ini terbahagi kepada tiga fasa dimana anggaran kos keseluruhan pembinaan ádalah RM500,000.00 (Ringgit Malaysia Lima Ratus Ribu Sahaja).

 

 

ANGGARAN KOS SERTA FASA PEMBINAAN TAHFIZ HAFAZAN AL-QURAN PKPIBH :-

• Fasa 1 => Bangunan Asrama / Pejabat / Dewan Kuliah RM250.000
• Fasa 2 = Surau / Dewan Serbaguna RM150.000

• Fasa 3 => 2 buah Rumah Berkembar (untuk petugas) RM100.000
Jumlah RM500.000

 

 

Untuk merealisasikan cita-cita ini, Ahli Jawatankuasa Tahfiz Hafazan Al-Quran PKPIBH telah diwujudkan dan ianya terdiri daripada :-

 

 

1. USTAZ MINGHAT BIN MAMUT :

( PENASIHAT )

019-6506198

2. HJ.MOHAMMAD AYUB BIN ABDUL KASIM :

( PENGERUSI )

019-6009342

3. HJ.MOHAMMAD @ MOHAMMAD HARON BIN DAUD :

TIMBALAN PENGERUSI :

(PEMBANGUNAN)
016-6037045

4. USTAZ HIDAYAT BIN SHAFIE :

TIMBALAN PENGERUSI :

(KUALITI & KURIKULUM)

013-5209649

5. A’RAFF BIN ABU AMIN :

TIMBALAN PENGERUSI DANA :

019-6320398

6. USTAZ KHOSIM BIN ISMAIL :

TIMBALAN PENGERUSI :

(PERHUBUNGAN AWAM & KOMUNIKASI)

019-5551234

7. NIK MOHD ZULKIFLI BIN NIK MUSTAPHA :

SETIAUSAHA :

013-9980049

8. HJ.NAZRI BIN TALIB :

BENDAHARI :

019-655313

9. USTAZ ABDUL RAHIM :

PENGAJAR 

10. USTAZ SHARUDIN BIN ABD AZIZ :

AHLI JAWATAN KUASA KECIL :

012-6237122

11. HJ. ABD GHANI KELING :

AHLI JAWATAN KUASA KECIL :

012-3845033

12. ZAIRI BIN MOHAMMAD :

AHLI JAWATAN KUASA KECIL :

012-6299994

13. ASHRAFF BIN MINGHAT :

AHLI JAWATAN KUASA KECIL :

019-6288840

14. USTAZ BAKHTIAR :

AHLI JAWATAN KUASA KECIL :

017-6361949

15. BAHIKI BIN ISMAIL :

AHLI JAWATAN KUASA KECIL :

013-6191148

16. HJH.NORHANI BT KHALIL :

AHLI JAWATAN KUASA KECIL :

019-6506198

17. AISHAH BT KHALIL :

AHLI JAWATAN KUASA KECIL :

013-6135205

18. HJH. FATIMAH :

AHLI JAWATAN KUASA KECIL :

019-6009342

 

 

Penubuhan Tahfiz Hafazan Al-Quran PKPIBH ini merupakan satu tuntutan agama dan ianya amat penting kepada masyarakat Islam dalam rangka untuk memastikan agar Islam di Malaysia dapat disebarkan dan difahami dengan betul justeru memastikan agar ianya terus bertapak di bumi Allah SWT.

 

 

Buat sementara waktu, Tahfiz Ibnu Hajar ini telah beroperasi selama satu tahun di lokasi rumah sewa Jalan Pulau Dodol, Kampung Pulau, Durian Tunggal. Guru Tahfiz adalah pelajar lepasan Universiti Madinah dan Yaman.

 

 

Memandangkan kos untuk menyiapkan bangunan Tahfiz Hafazan Al-Quran PKPIBH in, masih belum mencukupi, pihak kami mengharapkan sumbangan ikhlas dari semua pihak. Semoga dengan terhasilnya kertas kerja ini, individu atau pihak-pihak tertentu bermurah hati untuk menyumbangkan dana dari segi kewangan, bahan binaan mahupun tenaga kerja agar projek ini dapat dilaksanakan dan beroperasi sebagaimana yang dirancang. Usaha yang gigih diperlukan untuk mengembeling kerjasama di kalangan warga komuniti masyarakat agar projek ini akan berkekalan dan mampu mencapai matlamatnya amin….

Kepada setiap Individu dan Organisasi yang telah dan akan menyumbangkan dermanya sehinggalah terdirinya Tahfiz Hafazan Al-Quran PKPIBH ini dan pembelajaran dapat dimulakan semoga Allah memberikan naungan RahmatNya, amin…..

 

 

Hulurkan Derma , Zakat dan Sedekah
Atas Nama : –

PKP IBNU HAJAR NEGERI MELAKA

No. Akaun : 554110102002 (MAYBANK)

 

 

 

 

VISI :

“Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera”

MISI :

“Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara”

DAN

“INGIN MENJADI SEBUAH SEKOLAH MENENGAH BERALIRAN AGAMA ISLAM YANG MELAHIRKAN GENERASI HAFIZ AL-QURAN DAN CEMERLANG DALAM AKADEMIKNYA”

LOKASINYA DI ALAMAT :

Jalan Maahad Tahfiz, Kampung Chendereh, 77000, Jasin, Melaka.

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI DI TALIAN :

06-293 0010 / 019-689 2745

EMAIL :

( TIADA )

SEKIAN, TERIMA KASIH…

Reviews

There are no reviews yet.

Add Review

Add Review

Be the first to review “Pusat Tahfiz Ibnu Hajar”

Your email address will not be published. Required fields are marked *