Sign In

Rantau Agro Park

Rantau Agro Park

Category:

Product Description

Rantau Agro Park Training Centre (RAP) diusahakan oleh Setaracita Adventure Sdn Bhd (SASB) iaitu syarikat milik penuh Bumiputera yang telah memulakan operasi pada 2 Januari 2011. RAP yang terletak di Rantau, Negeri Sembilan telah memilih slogan Back To Nature kerana RAP memilih konsep berteraskan alam semulajadi dalam pembinaan kemudahan yang berasaskan buluh. RAP adalah one stop centre bagi mana-mana organisasi yang berminat untuk menjalankan pelbagai bentuk program.

RAP menyediakan kemudahan yang lengkap antaranya :
1) 3 jenis penginapan – khemah, asrama dan calet
2) Dewan Makan
3) Dewan Seminar
4) Dewan Masak
5) Tandas
6) Surau
7) Sistem Siaraya
8) Projektor & Skrin

Kepakaran RAP adalah dalam mengendalikan aktiviti luar (outdoor activity). Aktiviti yang ditawarkan ialah rempuh halangan, orienteering, masakan rimba, explorace dan jungle tracking. Aktiviti luar yang dijalankan pada waktu malam pula ialah blind trail, water tubing, night walk, candle walk dan solo drop. Para peserta juga berpeluang untuk menjalankan aktiviti air seperti water tubing, water confident dan merakit.

Kedudukan lokasi RAP yang merentasi sungai serta dikelilingi pokok buah-buahan dan pokok buluh akan menarik perhatian lebih banyak organisasi untuk memilih RAP sebagai destinasi latihan.

Harapan kami agar RAP berpeluang untuk mencipta kenangan dan pengalaman manis bagi setiap program yang dijalankan di Rantau Agro Park Training Centre.

Reviews

There are no reviews yet.

Add Review

Add Review

Be the first to review “Rantau Agro Park”

Your email address will not be published. Required fields are marked *