Sign In

Raudatul Iman Tahfeez School

Raudatul Iman Tahfeez School

Category:

Product Description

PENGENALAN RINGKAS :
 

 
Raudatul Iman Tahfeez School (RITP ), ialah merupakan sebuah Sekolah Rendah yang beraliran Agama, Tahfiz dan Akedemik, yang dibuka untuk pelajar lelaki dan perempuan dan ianya juga memiliki asrama. Ia menjalankan sistem Pengajian Hafazan Al-Quran dan Akedemik. 

MAJLIS MENSYUKURI SAMBUTAN ULANG TAHUN RITP KE 10
AlbumMAJLIS MENSYUKURI SAMBUTAN ULANG TAHUN RITP KE 10

 

 

MAJLIS MENSYUKURI SAMBUTAN ULANG TAHUN RITP KE 10 DAN HARI APRESIASI RAUDATUL IMAN® 2019

Alhamdulillah, 2 November 2019 yang lalu pihak Raudatul Iman telah mengadakan sebuah majlis Sambutan Ulang Tahun Raudatul Iman Tahfeez Pre-school (RITP) ke 10 di Horizon Hills, Johor Bahru. Sambutan majlis tersebut diadakan dalam keadaan sederhana, namun, tetap meriah bersempena mengingati, mengenang dan mensyukuri nikmat ulang tahun ke 10 RITP. Pada 10 tahun yang lalu, RITP (sebelum ini dikenali dengan nama Tadika Tahfiz Raudatul Iman) telah diusahakan penubuhannya oleh Pengasas Raudatul Iman® iaitu Al-Marhumah Hajah Laila binti Khairan bertempat di alamat No. 2, Jalan Pulai Jaya 3/6, Bandar Pulai Jaya, Skudai, Johor. Pun begitu, 4 tahun sebelumnya Al-Marhumah Hajah Laila telah pun membangunkan perusahaan pertamanya iaitu Taska Raudatul Iman di Taman Teratai pada tahun 2005. Bersempena 10 tahun penubuhan RITP, pihak Raudatul Iman® telah membuat keputusan untuk mengadakan majlis tersebut dengan sambutan yang terbaik sepanjang penubuhan Raudatul Iman® itu sendiri. Justeru, Horizon Hills menjadi lokasi pilihan kami pada tahun ini. Gerak kerja ke arahnya telah pun mula dilakukan pasca majlis tahun lalu. Persiapan dan latihan untuk majlis lebih jelas terlihat kira-kira 3 bulan sebelum majlis bermula. Beberapa persembahan telah pun dirangka oleh pihak guru-guru melibatkan keseluruhan rangkaian pendidikan Raudatul Iman®. Manakala penyeliaan persediaan majlis pula diuruskan oleh pihak Pentadbiran Raudatul Iman® dibantu sama oleh pihak ibu bapa. Majlis kali ini dibuat pada sebelah petang berkonsepkan Hi Tea. Tepat jam 2.00 petang majlis dimulakan dengan kemasukan Tetamu Kehormat kami pada majlis tersebut iaitu keluarga Pewakaf, Tuan Haji Yaacob bin Udin serta sebahagian penduduk Kampong Rantau Panjang, Johor diiringi Ketua Pegawai Eksekutif Raudatul Iman®, Ustaz Md Noer Hisyamuddin Ubaidullah bin Kamarudin. Ia kemudian diikuti dengan bacaan doa dan beberapa persembahan daripada pelajar-pelajar Raudatul Iman®. Acara kemudiannya diteruskan lagi dengan ucapan CEO Raudatul Iman® yang menerangkan tentang sejarah Raudatul Iman®, erti pendidikan Al-Quran buat keluarga dan hala tuju Raudatul Iman® 10 tahun seterusnya. Sesi pemberian hadiah kepada pelajar-pelajar Raudatul Iman® dilanjutkan pula setelah itu. Usai pemberian hadiah, para undangan dijemput untuk menjamu selera. Persembahan terakhir adalah sebuah persembahan yang amat dianti-nantikan oleh ramai pihak iaitu kisah teater Abrahah. Persembahan tersebut berjaya menyentuh perasaan hampir keseluruhan tetamu yang hadir kerana mesej disampaikan amat tulus dari jiwa dua orang moderator yang juga merupakan pelajar-pelajar Raudatul Iman®. Persembahan tersebut disusuli pula dengan sebuah nasyid tentang kesyukuran sebagai penutup. Majlis tamat kira-kira jam 5:00 petang. Kami mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis Sambutan Ulang Tahun Raudatul Iman Tahfeez Pre-school (RITP) ke 10 ini samaada secara langsung mahupun tidak langsung. Segala yang baik datangnya dari Allah. Manakala segala kekurangan pula adalah daripada pihak kami. Kami memohon maaf pada mana-mana bahagian yang kurang serta akan berusaha lagi menambah baik untuk majlis-majlis akan datang. In sya Allah. Doakan kami agar semua urusan kebaikan yang dilakukan, dipermudahkan urusannya oleh Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Pendaftaran dibuka sepanjang tahun. Sebarang pertanyaan bolehlah terus berhubung dengan pegawai kami di talian: +6075202957 – (Headquarters) www.wasap.my/+601133588648 – (General Manager Raudatul Iman®) www.wasap.my/+60173501410 (Pengurus Raudatul Iman® Cawangan Taman Teratai) www.wasap.my/+60127071410 (Pengurus Raudatul Iman® Cawangan Bandar Pulai Jaya) Pendaftaran dibuka sepanjang tahun. Raudatul Iman® – Aiming Paradise – www.raudatuliman.my —– © 2019 | Raudatul Iman Education Sdn. Bhd. (1131050 A)
 
 
 

VISI :
 
 

 
“Melahirkan Generasi Cemerlang Dan Bersahsiah Mulia”
 
 
 

MAKLUMAT LAIN :
 
 
 

 
 
Sebuah Tahfiz yang sah yang telah berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Negeri Johor ( JAINJ ).
 
 
 
 
 

LOKASINYA DI ALAMAT :
 
 
 

No.82, Jalan Enau 15, Taman Teratai, 81110, Skudai, Johor Bahru, Johor.
 
 
 
 
UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI DI TALIAN :
 
 

07-520 2957 / 019-7469238
 
 

 
 
EMAIL :
 
 
 

 
raudatuliman.hq@gmail.com
 
 
 
 

 
SEKIAN, TERIMA KASIH…

Reviews

There are no reviews yet.

Add Review

Add Review

Be the first to review “Raudatul Iman Tahfeez School”

Your email address will not be published. Required fields are marked *