Sign In

Sek. Men. Islam Johor Bahru

Sek. Men. Islam Johor Bahru

Category:

Product Description

Sekolah ini diasaskan oleh ABIM Johor pada 30 Disember 2012 dan diselia oleh YTPNJ. Aktiviti kokurikulumnya berasaskan konsep pendidikan bersepadu Tahfiz dan KSSM.
 
Sekolah Menengah Islam Johor Bahru ini telah diasaskan oleh Angkatan Belia Islam Malaysia Negeri Johor (ABIM Johor) pada 30 Disember 2012 dan beroperasi di bangunan wakaf Ampuan Mariam, No. 10, Jalan Abdul Rahman Andak, Johor Bahru. Ia adalah kesinambungan dari Sekolah SRI Johor Bahru. ABIM Johor pernah menubuhkan Sekolah SMI Al Ummah Johor Bahru, namun, ianya hanya sempat beroperasi selama 2 tahun sahaja dan terpaksa ditutup operasinya pada tahun 2003 kerana tidak mendapat kelulusan Kementerian Pendidikan Malaysia pada masa itu atas alasan teknikal.

Walaubagaimanapun, semangat ABIM Johor masih berkobar-kobar untuk meneruskan usaha lanjutan pendidikan sekolah rendah ke sekolah menangah. Ahli Lembaga Pengelola sekolah telah mengambil keputusan untuk meneruskan lagi usaha membangunkan tanah tersebut bagi pembinaan Sekolah SRI Johor Bahru (Menengah).

Penubuhan Sekolah SRI Johor Bahru (Menengah) ini akan menjadi sebuah lagi Institusi Pendidikan ABIM yang berasaskan pendidikan bersepadu melalui proses Ilmu Islamisasi  dalam Pembentukan Insan Musleh serta menyediakan sumber modal Insan kepada umat yang kompeten untuk agama, bangsa dan negara. Ia dibina berasaskan konsep sistem Pendidikan Al Hikmah ABIM, berasrama penuh, Tahfiz Sains. Hal ini akan membolehkan proses pembinaan barisan pendakwah – pendakwah muda yang profesional , teknokrat, ahli profesional yang berwibawa, serta bakal pemimpin negara yang lebih berkaliber dan mempunyai tahap kesepaduan ilmu duniawi dan ukhurowi yang tinggi. Ini juga adalah satu bentuk sumbangan kepada umat dan Agama Islam, yang mana sistem pendidikan yang bersepadu ini, pastinya akan menjadi pilihan utama ibubapa.

Misi
“Membina Insan Berwibawa Yang Bertaqwa”

Yayasan Takmir Pendidikan Negeri Johor, ABIM Johor.

Reviews

There are no reviews yet.

Add Review

Add Review

Be the first to review “Sek. Men. Islam Johor Bahru”

Your email address will not be published. Required fields are marked *