Sign In

Sekolah Rendah Islam As-Sofa

Sekolah Rendah Islam As-Sofa

Category:

Product Description

PENGENALAN :

 

Pengasas Sekolah Rendah Islam As-Sofa ialah Al-Munsyid Syeikh Muhammad Fuad Bin Kamaludin Al-Maliki, yang dibina pada tahun 2011.

MATLAMAT :

Bagi melahirkan generasi Penghafal Al-Quran (Huffaz) yang berteraskan Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah. Hala tuju terjamin sehingga ke peringkat IJAZAH.

 

SISTEM PEMBELAJARAN :

 

Pembelajarannya berasaskan gabungan elemen Al-Quran, Turath dan Akademik.
sekolah ini juga telah mendapat Penganugerahan Sijil Penarafan Sekolah Swasta bertaraf 5 Bintang.

 

Misi :

“Membesar dengan Al-Quran”

Visi

Menjadi sebuah Institusi Pengajian Rendah Islam yang berteraskan Al-Quran, bertunjangkan As-Sunnah dan bermatlamatkan Akhlak Islamiah.

Moto :

Al-Quran, As-Sunnah, Akhlak 

 

Syarat Kemasukan : 
 

1) Kemasukan Tahun 1 Sesi 2012 bagi pelajar yang berumur 7 atau 8 tahun pada tahun 2012

2) Penglibatan secara sukarela oleh ibubapa / ahli keluarga / penjaga pelajar minima 2 jam seminggu ketika sekolah beroperasi

3) Kelayakan Pembelajaran 
    * Menguasai kemahiran menghafaz, membaca, menulis dan mengira (4M)
    * Boleh membaca dan menulis Jawi sekurang-kurangnya melibatkan perkataan mudah
    * Boleh membaca Iqra’ sekurang-kurangnya hingga buku 2
    * Keutamaan diberikan kepada pelajar yang boleh membaca :
       – Surah Al-Fatihah
       – Doa-doa asas
       – Beberapa surah lazim

4) Lulus ujian oral dan bertulis SRIASTE

5) Pemohon tidak menghadapi masalah Down Syndrome, ADHD (Attention Deficit Disorder Hiperactive), ADD(Attention Deficit Disorder)

6) Kelayakan masuk juga bergantung kepada hasil temubual ibubapa dengan pihak Lembaga Pengelola Sekolah

7) Terbuka kepada UMUM

 
 
 
Falsafah :

 

“مَا مِنْ مَوْلُودٍ إِلَّا يُولَدُ عَلَى الْفِطْرَةِ فَأَبَوَاهُ يُهَوِّدَانِهِ وَيُنَصِّرَانِهِ وَيُشَرِّكَانِهِ”

” Bahawa setiap seorang bayi itu yang dilahirkan adalah di dalam keadaan fitrah, maka kedua orang tuanyalah yang menjadikannya Yahudi atau Nasrani atau pun Musyrik ” (Hadis Riwayat Sahih Muslim).

” Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang beriman supaya kamu berjaya “
(Surah an-Nur, ayat 31)

 

PERKONGSIAN :

 

12 Barisan di Akhirat :

 

Suatu ketika, Muaz Bin Jabal R.A. datang untuk mengadap Rasulullah S.A.W.  dan bertanya: “ Wahai Rasulullah (S), tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah S.W.T: “Pada sangkakala ditiup, maka kamu sekalian datang berbaris-baris ” – Surah An-Naba’ : 18. Mendengar pertanyaan itu, lalu Baginda pun menangis sehingga basah pakaiannya dengan air mata Baginda. Kemudian menjawab : “ Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan kepada aku, perkara yang amat besar, bahawa umatku akan digiring, dikumpulkan berbaris-baris menjadi 12 barisan, masing-masing dengan pembawaan mereka sendiri….” Maka dinyatakan apakah 12 barisan tersebut:

BARISAN PERTAMA :

– Diiring dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih : “ Mereka itu adalah orang-orang yang sewaktu hidupnya menyakiti hati jirannya, maka demikianlah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KEDUA :

– Diiring dari kubur berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih : “ Mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya meringan-ringankan solat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KETIGA :

– Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking. “ Mereka itu adalah orang yang enggan membayar zakat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KEEMPAT :

– Diiring dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar dari mulut mereka. “Mereka itu adalah orang yang berdusta di dalam jualbeli, maka inilah balasannya dan tempat mereka adalah neraka…”

BARISAN KELIMA :

– Diiring dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai. Ketika itu Allah SWT menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Mahsyar. “Mereka itu adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula rasa takut kepada Allah SWT, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KEENAM :

– Diiring dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan. “ Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KETUJUH :

– Diiring dari kubur tanpa mempunyai lidah tetapi dari mulut mereka mengalir keluar nanah dan darah.

“ Mereka itu adalah orang yang enggan memberi kesaksian di atas kebenaran,maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KELAPAN :

– Diiring dari kubur dalam keadaan terbalik dengan kepala ke bawah dan kaki ke atas. ” Mereka adalah orang yang berbuat zina, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KESEMBILAN :

– Diiring dari kubur dengan berwajah hitam gelap dan bermata biru sementara dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh. “ Mereka itu adalah orang yang makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sebenarnya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KESEPULUH :

– Diiring dari kubur mereka dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan penyakit sopak dan kusta. “ Mereka adalah orang yang derhaka balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KESEBELAS :

– Diiring dari kubur mereka dengan berkeadaan buta mata-kepala, gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai ke dada dan lidah mereka terjulur memanjang sampai ke perut mereka dan keluar beraneka kotoran. “Mereka adalah orang yang minum arak, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KEDUA BELAS :

– Mereka diiring dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat. Maka,datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan: “ Mereka adalah orang yang beramal salih dan banyak berbuat baik. Mereka menjauhi perbuatan derhaka, mereka memelihara solat lima waktu, ketika meninggal dunia keadaan mereka sudah bertaubat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah syurga,mendapat keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah Yang Maha Pengasih…” ” Jika engkau mahukan kemesraan dengan Allah, maka garanglah terhadap dirimu sendiri. Jika engkau merasakan manisnya berhubung dengan Allah, tahulah engkau betapa peritnya berpisah denganNya…..”
 

Kisah berkat di sebalik membaca ‘Bismillah’ :

 

Bismillah = Dengan Nama Allah
Ar-Rahman = Yang Maha Pengasih
Ar-Rahiim = Yang Maha Penyayang

Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan.

Perempuan itu sentiasa membaca ‘Bismillah’ setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak melakukan sesuatu. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa mengejek isterinya.

Suaminya berkata sambil mengejek, “Asyik Bismillah, BIsmillah. Sekejap-sekejap Bismillah.”

Isterinya tidak berkata apa-apa, sebaliknya dia berdoa kepada Allah SWT supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari suaminya berkata, “Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu.”

Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata, “Simpan duit ini.” Isterinya mengambil duit tersebut dan menyimpannya di tempat yang selamat, namun suaminya melihat di mana isterinya menyembunyikan duit tersebut.

Kemudian, dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit itu ke dalam perigi di belakang rumah mereka.

Setelah beberapa hari, suaminya itu memanggil isterinya dan berkata, “Berikan padaku wang yang aku beri pada engkau tempoh hari untuk disimpan.”

Isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti oleh suaminyi. Dengan berhati-hati dia menghampiri tempat tersebut dan membuka tempat tersebut sambil membaca, “Bismillahirahmanirahiim.” Ketika itu Allah SWT menghantar malaikat Jibrail AS untuk mengembalikan beg duit itu di tempat asalnya. Kemudian, si isteri menyerahkan wang tersebut beg tersebut pada suaminya.

Alangkah terperanjat suaminya. Dia berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada si isteri. Ketika itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah SWT, dan dia juga membaca ‘Bismillah’ apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja. 

 
Al-Quran, syafaat tertinggi :

 

Di dalam sebuah hadis Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:

“Pada hari Kiamat nanti, di hadapan Allah swt tidak akan ada syafaat yang mempunyai taraf yang lebih tinggi daripada Al-Quran, bukan Nabi, bukan malaikat dan sebagainya”.

Melalui hadis di atas kita dapat mengetahui bahawa Al-Quran adalah pemberi syafaat yang mana syafaatnya akan diterima Allah. Terdapat satu riwayat menyatakan bahawa apabila seseorang itu meninggal dunia dan keluarganya sibuk melakukan upacara pengkebumian, seorang yang kacak akan berdiri di bahagian kepalanya.

Apabila mayat itu dikafankan, orang itu akan datang mendiami antara dadanya dan kain kafan itu.

Bila selesai dikebumikan, orang ramai termasuklah ahli-ahli keluarga dan kekasih kita akan pulang ke rumah dan datanglah dua malaikat Munkar dan Nakir cuba untuk memisahkan orang yang kacak itu supaya mereka dapat membuat pertanyaan mengenai iman orang yang meninggal dunia itu tanpa sebarang gangguan.

Tetapi orang yang kacak itu akan berkata:

“Dia adalah kawanku. Aku tidak akan meninggalkannya berseorangan walau dalam keadaan apa sekalipun.Jalankanlah tugas kamu tetapi aku tidak akan meninggalkannya sehingga aku membawanya masuk ke syurga!”

Selepas itu dia berpaling ke arah mayat sahabatnya dan berkata:

“Akulah Al-Quran yang mana engkau telah membacanya kadang kala dengan suara perlahan dan kadang kala dengan suara yang kuat.”

“Janganlah engkau bimbang. Selepas pertanyaan Munkar dan Nakir ini, engkau tidak akan berasa dukacitalagi”

Bila pertanyaan selesai, orang yang kacak itu akan mengadakan untuknya satu hamparan sutera yang penuh dengan kasturi dari malaikat-malaikat dari syurga.

Alangkah indahnya dan bahagianya sekiranya orang itu adalah kita.

Kita tahu tentang tingginya syafaat Al-Quran tetapi dengan mengetahuinya sahaja tanpa berusaha untuk mendekati dan merebut syafaat itu kita adalah orang-orang yang rugi.

Cuba kita renungkan sejenak untuk diri kita sendiri.

Ajal dan maut adalah ketentuan Allah. Bila ia telah datang kita tidak akan mampu memperlambatkan atau mempercepatkannya walaupun untuk tempoh sesaat.

Dan apabila berada di alam kubur siapakah lagi yang akan menemani kita jauh sekali memberi bantuan kecuali amalan-amalan kita sewaktu di dunia.

Allah telah menjanjikan Al-Quran sebagai pemberisyafaat terulung dan janji Allah itu adalah benar.

Allahu ‘Alam…

Reviews

There are no reviews yet.

Add Review

Add Review

Be the first to review “Sekolah Rendah Islam As-Sofa”

Your email address will not be published. Required fields are marked *