Sign In

Sentosa Eco Park

Sentosa Eco Park

Category:

Product Description

Sentosa Eco Park terletak di sebelah utara bersempadan dengan Hutan Simpan Bujang Melaka dan kawasan tadahan hujan Sungai Cincin, Tapah, Perak. Kehijauan dan keindahan alam semulajadinya menyisihkan kawasan ini daripada kesibukan kota.

Sentosa Eco Park berkeluasan 25 ekar dan berdekatan dengan kawasan perkampungan orang asli. Lebih kurang 20 meter di kiri dan kanan kawasan Kem Sentosa telah dikepung oleh 2 jeram yang airnya begitu bersih dan jernih serta sesuai untuk aktiviti perkhemahan dan perkelahan.

Permandangan Sentosa Eco Park ibarat seperti teluk dimana di kiri kanan dan belakang kawasannya dikepung oleh Gunung Bujang Melaka. Di sebelah kanan kawasan kem merupakan dusun buah durian yang menghasilkan buah durian yang terbaik di Malaysia.

Visi kami ingin menjadi sebuah pusat latihan dan kawasan penginapan pelancongan yang progresif dan maju dalam sektor pelancongan dan latihan didalam suasana hutan dan flora fauna yang merangkumi perkhidmatan terbaik melalui inovasi, nilai, kualiti dan komitmen kepada para pelanggan kami.

Misi Sentosa Eco Park pula adalah memastikan setiap pelanggan kami berpuas hati dengan mutu servis yang diberikan. Selain itu memenuhi kehendak pelanggan adalah juga misi utama kami di Sentosa Eco Park.

 

Kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan di Sentosa Eco Park  pastinya memenuhi kehendak semua golongan. Kapasiti tetamu adalah seramai 600 orang dalam satu masa.

Kemudahan Yang Disediakan :

Surau
Asrama / Dorm / Homestay
Dewan Makan/Seminar
Sistem Suara
Padang/Gelanggang Sukan
Kedai Runcit
Padang Futsal
Bilik Kuliah
Dobi
Aktiviti-Aktiviti Yang Disediakan :

Aktiviti Outdoor

Rempuh Halangan
Elemen Tinggi
Elemen Initiatif
Elemen Rendah
Aktiviti Sukan Air
Aktiviti Indoor

Kursus / Seminar

 

Aktiviti Tambahan (Pilihan)

A) Khidmat Facilitator

B) Khidmat Pemandu Arah / Guide

 

1)    Sukan Air

River Crossing dan Floatation
Canoeing / Kayak
Rakit

2)    Jungle Tracking

3)    Rentas Halangan

Telephone Post Shuffle
Hole In One
All On Board
Tension Travers
Wild Woosely
Balancing Log
Postman Walk
Cat Walk

4)    Flying Fox

C) BBQ Set

D) Set Karaoke

E) Perlindungan Insurans

 

Perjalanan ke kem hanya 20 minit dari Plaza Tol Tapah Lebuhraya Plus. Dari Pekan Tapah ke jalan masuk utama kem adalah jalan bertar. Semua kenderaan boleh memasuki  kem tanpa mengalami sebarang masalah. Lebih kurang 5km dari kawasan kem tersebut terdapat sebuah kawasan peranginan Air Terjun Lata Kinjang. Kawasan ini telah menjadi pusat perlancongan yang terkenal di Negeri Perak.

Reviews

There are no reviews yet.

Add Review

Add Review

Be the first to review “Sentosa Eco Park”

Your email address will not be published. Required fields are marked *