Product Description
Solok Sengkuang Cabin D’Village adalah satu tempat pelancongan berkonsepkan pelancongan penginapan yang bermula operasi pada September 2015. Ianya di tadbir urus oleh Koperasi Homestay Batang Nyamor Rembau Berhad (ringkasan KHOBA’AN) yang ditubuhkan pada bulan Julai 2014.
Kemudahan yang terdapat di sini ialah:-
9 unit Kabin Keluarga berhawa dingin dilengkapi dengan bilik air
9 unit Kabin Dorm kapisiti 4 orang
Tapak Pekhemahan kapisiti 400 orang
Zon Penginapan Hammock
Khemah (4 orang)
Dewan berhawa dingin
Surau
Café
Kedai cenderahati
Mountain Bike dan berbasikal melalui trek-trek mencabar bermula dari Kg. Kendong hingga ke Kg. Bongek
2 Kolam Mandi untuk kanak dan dewasa (punca air dari gunung)
Pakej aktiviti ( obstacle ,panjat tiang licin,pukul bantal dan lain)
Jurupandu samada mendaki Gunung ataupun Ke Air Terjun Lubuk Petai
Bilik Air
Tempahan makan minum
Solok Sengkuang merupakan kawasan tanah pamah bekas sawah padi yang tidak diusahakan lagi dan terbiar melebihi 40 tahun. Status tanah adalah milikan individu (tanah adat) yang ditadbir dibawah Adat Istiadat Negeri Sembilan. Solok Sengkuang terletak 400 meter dari penempatan yang paling hampir dan tidak mempunyai kemudahan Air serta jalan raya. Buat masa ini hanya jalan tanah di dalam kebun kelapa sawit Batang Nyamor kepunyaan FELCRA menjadi perantaraan.
Apabila menyentuh hal pembangunan tanah adat yang begitu lama terbiar saya ingin berkongsi pengalaman menguruskan sehinggalah perjanjian di meterai di antara pemilik tanah dan juga waris tuan tanah dengan Koperasi Homestay Batang Nyamor Rembau Berhad. Setelah pemilihan kawasan di persetujui carian rasmi tuan tanah bagi lot-lot terlibat perlu di buat di Pejabat Tanah Daerah Rembau. Antara masalah yang dihadapi ialah seperti di bawah:-
Ada pemilik yang tidak tahu yang mereka ada mempunyai lot tanah di kawasan tersebut ,pemilik tidak tahu lokasi, tiada pertukaran nama dibuat, terlalu banyak nama dalam grant, pembahagian di buat secara lisan ( dalam bahaso kampung yang sobalah hulu tu ompok kau, yang hilir tu ompok kak long kau, yang darek tu ompok kak ngah kau) penyerahan secara hitam putih tidak dibuat , tiada batu sempadan, pemilik sukar dan tidak dapat di kesan, tiada dokumen hitam putih jual beli antara adik beradik sebagai contoh penubusan hutang bercagarkan tanah.
Sejarah Pembangunan Solok Sengkuang Cabin D’Village
Pembangunan Solok Sengkuang ini adalah di bawah Program Desa Lestari – 21st Century Village (Desa Abad Ke-21 ) yang telah dirancang oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah yang bermula pada tahun 2013 hingga 2015.
Pada Mac 2013 JKKK Batang Nyamor, Rembau, telah dicalonkan dibawah Program Desa Lestari dan pada Jun 2013 pihak JKKK telah menerima surat UPEN NS untuk mengadakan sesi pembentangan pencapaian JKKK Negeri Sembilan. Sesi pembentangan pertama telah di adakan pada 7 Julai 2013 – Ahad (9.00 malam) di INFRA Bangi. 4 buah kampong di setiap daerah turut dicalonkan iaitu Kg. Gebok Seremban, Kg.Terusan Uli,K.Pilah, Kg. Geduk Tampin, Kg. Gagu, Jelebu (tarik diri) (lebih 60 buah kampong terlibat dari seluruh Malaysia).
JKKK Batang Nyamor dan Kg Geduk Tampin telah terpilih untuk pembentangan kali kedua iaitu merupakan Sesi Lawatan dan Penilaian Kampung Desa Lestari yang di adakan pada 11 September 2013. Pada hari sesi lawatan ini pihak JKKK menjemput penduduk kampong terutama warga emas dan juga belia-belia sama-sama hadir di balairaya bagi menunjukkan sokongan. Difahamkan kehadiran mereka ini merupakan salah satu criteria yang membolehkan JKKK Batang Nyamor di berjaya di pilih sebagai Kampung Desa Lestari bagi seluruh Negeri Sembilan dan antara 13 kampung berjaya terpilih seluruh Malaysia( 24 buah kampong di senarai pendek ). Melalui surat Kementerian Kemajuan Luar Bandar bertarikh 20 Februari 2014 telah mengesah bahawa Kampung Batang Nyamor, Gadong, Rembau telah dipilih sebagai salah satu kampong yang akan dimajukan pada tahun 2014/2015. Dengan pemilihan ini KKLW merasakan ia akan dapat menjadi lonjakan kepada tranformasi ekonomi setempat dan kampong-kampung berhampiran.
KKLW telah menetapkan 25 Mac 2014 sebagai lawatan penilaian pembentangan cadangan Projek Ekonomi Program Desa Lestari. Kami telah memilih Projek Pelancongan Penginapan untuk pembentangan. Bermula dari akhir Februari 2014 sehingga minggu ketiga Mac 2014 semua AJK JKKK dan orang persaorangan berkemahiran sama-sama membantu menyediakan kertas cadangan.
Pada 18 September 2014 Mesyuarat Jawatankuasa Induk Pelaksaan Desa Lestari KKLW telah meluluskan bagi melaksanakan 13 projek di bawah Program Desa Lestari yang berjumlah RM921,770.00 . Dengan kelulusan ini bermula kerja-kerja pembersihan serta meratakan kawasan serta pembinaan kabin-kabin. Setelah pembinaan siap pada 06 September 2015 penduduk kampong telah mengadakan gotong royong membersihan kawasan serta mengindahkan lanskap Solok Sengkuang. Pada 12 September 2015 Kumpulan yang pertama seramai 130 orang dari Persatuan Silat Cekak Hanafi Seremban mengadakan program di Solok Sengkuang Cabin D’Village.
Program Desa Lestari mewajibkan satu konsep iaitu setiap kampung dipilih disyaratkan menubuhkan KOPERASI sebagai perancang dan pengendalian projek. Koperasi Homestay Batang Nyamor Rembau Bhd. telah diluluskan penubuhanya pada bulan Julai 2014. Koperasi bertindak selaku agen pembangunan ekonomi kampung dengan penglibatan menyeluruh penduduk kampung sebagai ahli dan pekerja. Di samping itu agensi-agensi KKLW sebagai penyelaras dengan kerjasama Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) selaku badan induk yang akan membimbing projek oleh Koperasi Desa Lestari. Bagi Kg. Batang Nyamor agensi KKLW yang dilantik ialah RISDA (pemantauan dan pengesahan perjalanan projek) dan FELCRA ( pembayaran projek kerana semua peruntukan di salurkan terus ke FELCRA tidak kepada Koperasi) KHOBA’AN juga berharap perubahan ini akan memberi kesan yang lebih positif dari segi peningkatan ekonomi dan juga meningkatkan minat ahli KHOBA’AN untuk turut serta didalan setiap projek yang telah dirancang.
Pembangunan akan datang
Pembinaan Jalan masuk melalui jalan ke Taman Rekreasi Gunung Datuk bersebelahan laluan paip Petronas
Pembinaan flying Fox
Jambatan Gantung
Tambahbaik Cabin
Ladang Ternakan Rusa
Horse Riding
Gelanggang petanque
Pembekalan Air dari SAINS
Dengan pembukaan Solok Sengkuang Cabin D’Village ini ianya telah mencapai objektif Program Desa Lestari iaitu melibatkan pengupayaan komuniti dalam merancang serta menjayakan pelaksanaan pembangunan di kampung dan memperkasa aktiviti ekonomi dan keusahawanan penduduk kampung.Impak pelaksanaan Program Desa Lestari telah membuka peluang pekerjaan. Buat masa ini seramai 7 orang penduduk kampung telah lantik dengan menerima gaji tetap bulanan sebanyak RM900.00 sebulan. Disamping itu antara 3 – 15 orang kampung di bayar elaun khas apabila membantu secara sambilan mengikut aktiviti.
Dengan adanya Solok Sengkuang Cabin D’Village ini bertambahlah destinasi pelancongan di dalam Gadong selain dari Gunung Datuk dan Air Terjun Lubuk Petai.
Reviews
There are no reviews yet.