Sign In

The Wetlands Kampung Belukar Durian

The Wetlands Kampung Belukar Durian

Category:

Product Description

Kompleks The Wetlands merupakan sebuah Pusat Aktiviti Pelancongan Desa bagi penduduk Kg Belukar Durian. Pusat ini diurus tadbir oleh Gerakan Daya Wawasan Kg Belukar Durian (GDW BD). Telah memulakan aktiviti ekonomi berasaskan pelancongan desa sejak tahun 2008. Antara agensi kerajaan yang banyak membantu & membimbing adalah Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA).

Bermula tahun 2008, KEJORA telah membangunkan beberapa projek infrastruktur pelancongan dengan tujuan menjadikan kampung ini sebagai salah sebuah Kampung Pelancongan Desa. Sejak tahun tersebut juga bermula aktiviti pelancongan. Terdapat beberapa kumpulan terutama pelajar dari Malaysia mahupun Singapura telah datang & mengikuti pakej serta membuat aktiviti di kampung ini dengan dikenakan sedikit bayaran. Pakej tersebut lebih dikenali sebagai Kampong Tour.

Pada tahun 2015, GDW BD telah mengorak selangkah kehadapan lagi apabila KEJORA telah menyumbang 7 unit chalet di tepi sungai. Sumbangan tersebut telah dimanfaatkan oleh GDW BD untuk dijadikan projek ekonomi & menjana pendapatan GDW BD supaya boleh menanggung kos operasi GDW BD disamping memperoleh dana bagi melaksanakan aktiviti. Selain itu juga, ia mampu memberi pekerjaan samping kepada penduduk tempatan.

Antara produk yang dimiliki:
– Chalet
– Bot River Cruise
– BBQ Set
– Kayak

Bagi yang hadir secara kumpulan, GDW BD ada menawarkan beberapa pakej homestay (terdapat beberapa aktiviti yang boleh dipilih untuk diisi dalam pakej tersebut & harga bergantung kepada aktiviti yang dipilih):
– Pakej Day Trip
– Pakej Kampong Tour
– Pakej Emas (2 Hari 1 Malam)
– Pakej Platinum (3 Hari 2 Malam)

Pihak kami mengalu-alukan kunjungan & lawatan dari pihak luar.

Sekiranya menggunakan Google Maps, Waze atau GPS, boleh cari menggunakan koordinat 1.815514, 104.141169.

 

Reviews

There are no reviews yet.

Add Review

Add Review

Be the first to review “The Wetlands Kampung Belukar Durian”

Your email address will not be published. Required fields are marked *